Ntv7
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jenis | Televisyen daratan digital swasta |
---|---|
Negara | ![]() |
Ketersediaan | Seluruh negara |
Slogan | Your Feel Good Channel (Saluran Ceria Anda) |
Pemilik | Media Prima Berhad |
Tarikh pelancaran | 1998 |
Laman web | www.ntv7.com.my |
ntv7 merupakan salah sebuah televisyen swasta di Malaysia yang menawarkan rancangan dalam Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Ntv7 juga dikenali sebagai "Natseven TV Sdn Bhd" dilancarkan seluruh Malaysia pada 7 April 1998. Antara rancangan yang berkualiti dari ntv7 ialah 'My News Network'. Pada 28 Oktober 2005, ntv7 dibeli oleh Media Prima pada harga pertimbangan RM90 juta.
Moto ntv7 ialah 'Saluran Ceria Anda' atau 'Your Feel Good Channel'.
Dalam Berita Harian (31 Mac 2006), dilaporkan berdasarkan statistik AGB Nielsen, ntv7 menjadi saluran pilihan utama di kalangan penonton berbangsa Cina dengan jumlah penonton 145,000 pada waktu perdana. Ntv7 menguasai kira-kira 36 peratus penonton masyarakat Cina berusia 25 tahun ke atas.
ntv7 menyiarkan pelbagai jenis rancangan contohnya drama, komedi(sitkom),rancangan berbentuk hiburan, game show,program kanak-kanak dan lain-lain. Siaran berita juga disediakan dalam tiga bahasa iaitu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Mandarin.
Selepas beroperasi pada tahun 1998, ntv7 mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap penonton di Malaysia. Penyiaran disiarkan melalui 10 pemancar yang terletak di seluruh Malaysia dan siaran biasanya bermula pada pukul 8.00 pagi (9.00 pagi pada hujung minggu dan cuti am) hingga selepas tengah malam.
Senarai kandungan |
[sunting] Rancangan
[sunting] EdisiSlot berita yang terdiri daripada:
[sunting] NetworkSlot waktu pagi, waktu perdana dan lewat malam yang terdiri daripada rancangan-rancangan berikut: [sunting] Melayu
[sunting] Inggeris[sunting] Tempatan
[sunting] Antarabangsa
|
[sunting] HongSlot rancangan bahasa Cina yang merangkumi rancangan berikut: [sunting] Tempatan
[sunting] Luar negara
[sunting] Kids@FGWSlot rancangan kanak-kanak/remaja yang merangkumi rancangan berikut: [sunting] Kartun Barat
[sunting] Anime
|
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM1 | RTM2 | TV3 | ntv7 | 8TV | TV9 |
|
|
---|---|
Lembaga Pengarah | Abdul Mutalib Mohd Razak (Pengerusi) · Abdul Rahman Ahmad (CEO) · Ahmad Farid Ridzuan (CEO, TV) · Shahril Ridza Ridzuan · Lee Lam Thye · Mohd Shahari Ahmad Jabar · Kamarulzaman Zainal · Seri Mohamed Jawhar |
Rangkaian Televisyen | TV3 · ntv7 · 8TV · TV9 |
Rangkaian radio | Fly FM · Hot FM |
New Straits Times Press | New Straits Times · The Malay Mail · Berita Harian · Harian Metro |
Perfileman | Grand Brilliance |
Lain-lain | gua.com.my · Tiga Events |