Fly FM
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Fly FM merupakan stesen radio swasta berbahasa Inggeris di Malaysia di bawah naungan Media Prima bersama Hot FM. Ia dilancarkan pada 3hb Oktober 2005, dan sasarannya ialah pendengar berumur 15-30 tahun. Fly FM ialah sebuah stesen radio Bahasa Inggeris kedua popular di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps.
Radio ini bersiaran terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kini Stesen Radio Bahasa Inggeris Berkembang Pantas di Malaysia berdasarkan AC Nielsen Radio Sweeps.
Baru-baru ini, Fly FM memulakan sebuah slot rancangan dikenali "50 minutes of non-stop music" (50 minit muzik tanpa henti) di mana krew akan menyiarkan lagu-lagu selama 50 minit tanpa iklan. Ianya terbukti sebagai sebuah kejayaan sebagaimana semua orang boleh mendengar Fly FM sebagai sebuah stesen radio "alternaltif".
Fly FM bukan sahaja menyiarkan lagu Bahasa Inggeris, tetapi muzik dalam Bahasa Melayu. Ini menjadikan Fly FM salah satu radio stesen pertama di Malaysia menyiarkan lagu-lagu lebih dari 2 bahasa.
DJ popular di stesen ini ialah Phat Babes,Ben,Steve,Shel,Jules,Basil dan Prem.
Senarai kandungan |
[sunting] Frekuensi
- 87.6 (Kuantan)
- 87.9 (Ipoh)
- 89.9 (Pulau Pinang)
- 102.5 (Johor Bahru)
- 94.0 (Melaka)
- 95.8 (Lembah Klang)
- 98.6 (Seremban)
- 107.5 (Terengganu)
[sunting] Moto
- "It's all about the music"
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
|
|
---|---|
Lembaga Pengarah | Abdul Mutalib Mohd Razak (Pengerusi) · Abdul Rahman Ahmad (CEO) · Ahmad Farid Ridzuan (CEO, TV) · Shahril Ridza Ridzuan · Lee Lam Thye · Mohd Shahari Ahmad Jabar · Kamarulzaman Zainal · Seri Mohamed Jawhar |
Rangkaian Televisyen | TV3 · ntv7 · 8TV · TV9 |
Rangkaian radio | Fly FM · Hot FM |
New Straits Times Press | New Straits Times · The Malay Mail · Berita Harian · Harian Metro |
Perfileman | Grand Brilliance |
Lain-lain | gua.com.my · Tiga Events |