New Straits Times
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
![]() |
|
---|---|
Jenis | Akhbar harian |
Format | Tabloid |
Pemilik | Media Prima Berhad |
Penerbit | Percetakan New Straits Times |
Penyunting | Hishamuddin Aun |
Diasaskan | 15 Julai 1845 |
Kecenderungan politik |
Pertengahan kanan, penyokong kerajaan |
Ibu pejabat | Balai Berita 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia |
Edaran | 200,000 |
Laman web: nst.com.my |
New Straits Times ialah akhbar bahasa Inggeris yang tertua di Malaysia. Diasaskan pada tahun 1845 dengan nama The Straits Times dan format lebar sehelai, akhbar ini adalah akhbar bahasa Inggeris yang tunggal di Malaysia yang pernah mempunyai format tersebut. Bagaimanapun, mencontohi akhbar-akhbar British, The Times dan The Independent, satu percubaan versi tabloid telah diterbitkan pada bulan September 2004 dan sejak 18 April 2005, akhbar ini hanya diterbitkan dalam format tabloid. Dengan ini, New Straits Times menamatkan tradisi 160 tahunnya. New Straits Times kini dijual pada harga Ringgit Malaysia 1.20.
New Straits Times dicetak oleh Percetakan News Straits Times yang juga mencetak akhbar tengah hari bahasa Inggeris, Malay Mail, serta berbagai-bagai akhbar bahasa Melayu, terutamanya Berita Harian. New Straits Times ialah sebahagian kumpulan syarikat Media Prima.
Ketika diasaskan sebagai Straits Times di Singapura, akhbar ini merangkumi seluruh kawasan British Malaya, serta Singapura. Ini diteruskan apabila Singapura menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, tetapi selepas pemisahannya daripada persekutan pada tahun 1965, satu versi untuk Malaysia, iaitu New Straits Times, telah diasaskan, sedangkan The Straits Times meneruskan penerbitannya di Singapura. Disebabkan kepekaan politik yang menetapkan bahawa akhbar-akhbar dari sebuah negara tidak boleh dijual di dalam negara yang lain. Straits Times tidak dijual di Malaysia dan sebaliknya, New Straits Times tidak dijual di Singapura.
New Straits Times mempunyai edaran sebanyak lebih kurang 200,000 naskhah sehari; kurang daripada edaran The Star, pesaing utamanya. Walaupun begitu, akhbar ini adalah akhbar pilihan bagi kaum-kaum ahli intelek dan pegawai awam yang bertutur dalam bahasa Inggeris disebabkan, berbeza dengan The Star, akhbar ini mempunyai lidah pengarang yang mengandungi rencana-rencana mengenai keadaan negara yang disumbang bukan sahaja oleh penyunting akhbar, tetapi juga oleh wartawan-wartawan dan ahli-ahli intelek yang bukan kakitangan akhbar itu. Oleh itu, New Straits Times telah dianggap sebagai akhbar perdana bahasa Inggeris di Malaysia.
Senarai kandungan |
[sunting] Penguasaan politik
New Straits Times telah dituduh sebagai satu alat propaganda untuk kerajaan dan pemilik proksinya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Seorang pengkritik mendakwa bahawa akhbar ini "kini hanya merupakan sebuah Surat Berita UMNO". [1] Walaupun tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, UMNO yang merupakan parti politik pemerintah memegang undi keemasan dan memutuskan semua dasar untuk akhbar ini. Akhbar ini juga mempunyai tradisi untuk melantik penyunting-penyunting yang menyokong kerajaan semasa. Ketua Penyunting terakhirnya, Abdullah Ahmad (tidak harus dikelirukan dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi), telah dipecat tidak lama sebelum persaraannya oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Alasan rasmi yang diberi adalah bahawa Abdullah telah menulis sebuah rencana yang menyinggung pihak berkuasa Arab Saudi, tetapi sesetengah orang mendakwa bahawa beliau telah berat sebelah menentang Mahathir dan Najib bin Tun Haji Abdul Razak (kini Timbalan Perdana Menteri Malaysia), walaupun beberapa bulan sebelum peletakan jawatan Dr. Mahathir, beliau telah mencuba mengubahkan kesetiaannya dengan tiba-tiba untuk menyesuaikan dengan iklim politik yang baru.
Rehman Rashid, seorang ahli intelek yang terkenal kerana kebolehan berjenaka pintarnya yang pedas, telah dikembalikan jawatannya sebagai Penyunting Bersekutu, selepas dipecat pada Mei 2003, akibat keengganannya untuk bertindak sebagai penulis siluman untuk Abdullah Ahmad. Bekas Ketua Penyunting Kumpulan, Datuk Kalimullah Hassan, menegaskan bahawa pelantikan dirinya kepada jawatan tersebut akan merupakan pelantikan terakhir yang dibuat secara langsung oleh ahli-ahli politik. Walaupun Kalimullah memberi tanggapan umum sebagai seorang yang memihak kerajaan, beliau adalah seorang penyunting yang popular disebabkan beliau mengamalkan pendekatan guna tangan terhadap tugasnya, dan pernah juga menulis sesetengah rencana halaman depan. Bagaimanapun, Kalimullah telah dituduh kerana terlalu mengampu tuan-tuan politiknya dan tidak bertoleransi terhadap mereka yang tidak bersependapat dengannya. Pada akhir 2005, beliau melantik pewarisnya, Datuk Hishamuddin Aun. Kini, Kalimullah masih menyertai operasi New Straits Times sebagai penasihatnya.
Penyunting kumpulan yang terkini ialah Brendan Pereira, sedangkan penyunting-penyunting eksekutifnya ialah Kamrul Idris Zulkifli, Saiful Azhar Abdullah, Lim Thow Boon, Rajan Moses dan P'ng Hong Kwang.
[sunting] Business Times
Selama beberapa tahun, New Straits Times telah mengandungi Business Times yang mengembangkan bahagian perniagaan supaya dapat menarik hati para peniaga dan usahawan.
[sunting] Property Times
Diterbitkan buat pertama kali pada Mei 1995, Property Times ialah sebuah naskhah tambahan yang boleh dikeluarkan yang diterbitkan pada setiap hari Sabtu dalam New Straits Times. Bahagian ini menumpukan perhatian kepada pasaran harta tanah dan petua-petua untuk menghiasi rumah.
[sunting] Nota dan rujukan
- ↑ Merican, Din & Musa, M. Bakri (2006). "Yang Berani dan Yang Dapat Diramalkan – Bertukar-tukar Pandangan dengan Din Merican". Dicapai pada 13 Mac 2006.
[sunting] Pautan luar
Akhbar-akhbar utama Malaysia
|
---|
Semenanjung Malaysia: Berita Harian - Bernama - Harakah - Harian Metro - KOSMO! - Malay Mail - Malaysiakini.com - Nanyang Siang Pau - New Straits Times - Sin Chew Daily - Tamil Nesan - The Edge - The Star - The Sun - Utusan Malaysia - Vanakkam Malaysia |
Sabah: Borneo Post - Daily Express - Sabah Times |
Sarawak: Daily Express - Malaysian Today - Sarawak Tribune |
|
|
---|---|
Lembaga Pengarah | Abdul Mutalib Mohd Razak (Pengerusi) · Abdul Rahman Ahmad (CEO) · Ahmad Farid Ridzuan (CEO, TV) · Shahril Ridza Ridzuan · Lee Lam Thye · Mohd Shahari Ahmad Jabar · Kamarulzaman Zainal · Seri Mohamed Jawhar |
Rangkaian Televisyen | TV3 · ntv7 · 8TV · TV9 |
Rangkaian radio | Fly FM · Hot FM |
New Straits Times Press | New Straits Times · The Malay Mail · Berita Harian · Harian Metro |
Perfileman | Grand Brilliance |
Lain-lain | gua.com.my · Tiga Events |