Harian Metro
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Harian Metro merupakan akhbar harian tabloid petang berbahasa Melayu di Lembah Kelang.
[sunting] Sejarah
Sebelum kehadiran Harian Metro, kalangan pendokong media sudah merasakan perlunya ada sebuah akhbar harian petang berbahasa Melayu di Lembah Klang.Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan sehinggalah Kumpulan New Straits Times Press menyahut cabaran itu. Akhbar petang pertama Malaysia berbentuk tabloid dilahirkan pada 25 Mac 1991 dengan pesanan cetakan awal 30,000 sehari. Sejak itu, Harian Metro diterbitkan enam hari seminggu (Isnin hingga Sabtu) oleh Berita Harian Sdn Bhd. Pada 25 Mac 1992, Harian Metro melancarkan edisi selatannya di Johor Bahru. Edisi selatan itu diterbitkan sebagai tabloid pagi. Pesanan cetakan pertama di kilang New Straits Times Press di Sinai ialah 15,000.
Sejak itu, Harian Metro memperkembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mewujudkan edisi utara dan timur untuk memenuhi selera tempatan. Harian Metro mencatatkan jualan tertingginya pada 202,800 naskhah pada 21 Disember 2003. Penerbitan Harian Metro menjadi lengkap apabila ia mengeluarkan edisi Ahadnya, iaitu Metro Ahad pada 20 Ogos 1995 dengan keluaran pertama mencatat 100,003 naskhah. Metro Ahad mencatat jualan tertingginya sebanyak 209,700 naskhah pada 28 Disember 2003.
[sunting] Matlamat
Matlamatnya untuk menyampaikan maklumat bagi penduduk Lembah Klang mengenai peristiwa berlaku di Kuala Lumpur dan sekitarnya pada hari sama ia terjadi. Selain berita tempatan, Harian Metro juga menyajikan berita terkini di peringkat nasional dan luar negara.
[sunting] Pautan luar
Akhbar-akhbar utama Malaysia
|
---|
Semenanjung Malaysia: Berita Harian - Bernama - Harakah - Harian Metro - KOSMO! - Malay Mail - Malaysiakini.com - Nanyang Siang Pau - New Straits Times - Sin Chew Daily - Tamil Nesan - The Edge - The Star - The Sun - Utusan Malaysia - Vanakkam Malaysia |
Sabah: Borneo Post - Daily Express - Sabah Times |
Sarawak: Daily Express - Malaysian Today - Sarawak Tribune |
|
|
---|---|
Lembaga Pengarah | Abdul Mutalib Mohd Razak (Pengerusi) · Abdul Rahman Ahmad (CEO) · Ahmad Farid Ridzuan (CEO, TV) · Shahril Ridza Ridzuan · Lee Lam Thye · Mohd Shahari Ahmad Jabar · Kamarulzaman Zainal · Seri Mohamed Jawhar |
Rangkaian Televisyen | TV3 · ntv7 · 8TV · TV9 |
Rangkaian radio | Fly FM · Hot FM |
New Straits Times Press | New Straits Times · The Malay Mail · Berita Harian · Harian Metro |
Perfileman | Grand Brilliance |
Lain-lain | gua.com.my · Tiga Events |