Magical Girl Lyrical Nanoha
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Mahou Shoujo Lyrical Nanoha | |
![]() |
|
魔法少女リリカルなのは (Magical Girl Lyrical Nanoha) | |
Genre | Magical girl, Bishoujo |
Anime TV | |
---|---|
Diarah oleh | Akiyuki Shinbo |
Studio | Seven Arcs |
Rangkaian | ![]() ![]() |
Siaran pertama | 1 Oktober 2004 – 25 Disember 2004 |
Bilangan episod | 13 |
Magical Girl Lyrical Nanoha (魔法少女リリカルなのは Mahō Shōjo Ririkaru Nanoha?) merupakan siri anime 13 episod yang berasal dari Jepun. Siri ini sedang disiarkan di ntv7. Siri ini merupakan satu spin-off daripada siri permainan dan OVA Triangle Heart.
Siri ini telah disusuli oleh dua sekuel, iaitu Magical Girl Lyrical Nanoha A's yang telah disiarkan di Jepun pada akhir 2005; dan Magical Girl Lyrical Nanoha StrikerS yang bakal disiarkan pada tahun 2007.[1] Terdapat juga siri manga yang berkenaan, memberi gabungan antara cerita serta menambah unsur baru padanya, dan ajanya juga CD drama.
Sungguhpun siri ini mengandungi klise yang terdapat dalam anime jenis "Magical Girl", namun adanya juga kelainan yang ketara:
- Nanoha mendasarkan 'magis'nya pada teknologi berbanding unsur 'magis' tradisi dalam anime jenis sedemikian yang lain.
- Siri ini mempunyai koreografi yang dihasilkan dengan lebih teliti berbanding rancangan "Magical Girl" yang lain, mencerminkan demografik berlainan (penonton lelaki remaja dan dewasa muda, berbanding penonton perempuan muda yang lazim bagi subgenre anime ini)
- Paling penting sekali, kisah siri ini lebih menekankan unusr emosi daripada anime Magical Girl lain, dengan tema-tema seperti pengasingan sosial dan penderaan kanak-kanak.
[sunting] Kisah
Nanoha Takamachi merupakan pelajar perempuan sekolah rendah tahun tiga, yang tinggal bersama ibu bapa yang mengurus kedai kopi, serta abang dan kakaknya yang masing-masing belajar di universiti dan sekolah menengah tinggi. Kehidupan biasa Nanoha berubah pada suatu hari apabila sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah, dia terdengar satu suara yang memanggilnya lalu mendapati bahawa dia menyelamatkan seekor feret (yang sebenarnya seorang budak lelaki yang berubah wajah bernama Yūno, seorang pakar arkeologi dari dunia yang lain). Nanoha memperoleh kristal ajaib bernama "Raising Heart" (atau "Raging Heart"), makalah dia memperoleh kuasa ajaib.
Setelah pertemuan itu, Nanoha dan Yūno perlu mengumpul semula 21 butir "Jewel Seeds" (ジュエルシード Jueru Shīdo?), kristal berkuasa yang hilang dari dunia Yūno yang boleh menunaikan hajat serta amat berbahaya jika disalah guna. Bagaimanapun, bukan sahaja Nanoha dan Yūno yang memburu Jewel Seeds, malah ada seorang gadis asing bernama Fate Testarossa yang wajahnya bermata sedih turut mencarinya.
[sunting] Watak
- Nanoha Takamachi (高町 なのは Takamachi Nanoha?)
Seorang murid tahun tiga sekolah rendah yang berasa bahawa dia banyak membantu orang lain dengan sebaiknya. Tidak seperti ahli keluarga dan rakan-rakannya sendiri, dia tiada kawan yang amat rapat untuk berpaut dan tidak tentu arahnya dalam hidup. Namun, setelah menemui Yūno dan menyedari kehebatan sihirnya, Nanoha menghidupkan Raising Heart melalui sebutir kristal ajaib yang dibawa Yūno dan mencari kesemua Jewel Seed dengan sepenuh hati. Dia kelihatan sedikit berpemikiran lurus dan telalu mudah mempercayai orang lain, namun pemandangannya yang amat jauh dapat membantunya bertembung dengan Fate.
- Yuno Scrya (ユーノ・スクライア Yūno Sukuraia?)
Yūno ialah seorang pengamal sihir dari Midchilda yang usianya sebaya dengan Nanoha. Meskipun usianya yang muda, dia bertugas sebagai ahli arkeologi dan menemui satu set artifak kuno yang berkuasa (istilah magis bagi benda itu ialah "Lost Logia") yang dipanggil "Jewel Seed". Setelah Biro Pentadbiran Masa-Angkasa tercicir kesemua Jewel Seed itu, Yūno tiba di Bumi untuk mencarinya; apabila cuba melarikan diri daripada dikejar raksasa, dia tercedera lalu bertukar bentuk dirinya menjadi seekor feret. Dia memainkan peranan sebagai sahabat Nanoha.
- Fate Testarossa (フェイト・テスタロッサ Feito Tesutarossa?)
Meskipun didera oleh ibunya sendiri, Fate tetap setia kepada Precia secara buta-buta tanpa persoalan dan menjalankan pencarian untuk Jewel Seed bagi ibunya. Apabila pencarian ini melihatkan dia bertembung dengan Nanoha, Fate memandang rendah kenaifan lawannya dan sering berbalah dengannya. Bagaimanapun, setelah Nanoha tetap hendak mencuba menyedari motif Fate lalu membawanya ke jalan yang betul, Fate menghadapi kenyataan yang mengejutkan daripada semua orang di sekelilingnya lalu perlu memutuskan jalan apa yang hendak dilaluinya.
- Arf (アルフ Arufu?)
Sahabat Fate berbentuk wanita anjing yang suka berterus terang. Dia dan Precia saling membenci, tetapi Arf tidak mampu berbuat apa-apa untuk melindungi Fate daripada ibunya. Sebaliknya, Arf meluahkan perasaan marahnya terhadap musuh-musuhnya. Dia amat baik hati dan sentiasa melindungi Fate.
- Precia Testarossa (プレシア・テスタロッサ Pureshia Tesutarossa?)
Precia ialah seorang mage yang tinggal dalam Taman Masa. Dia menjadi kurang siuman setelah kematian seorang anak perempuannya Alicia. Dia sering mengarah anaknya yang lain Fate (iaitu klon Alicia) untuk mencari Jewel Seed serta sering memukulnya tanpa berhati perut apabila anaknya itu tidak dapat menjalankan tugas yang memuaskan hatinya. Precia terdesak untuk memperoleh Jewel Seed untuk membangkitkan semula Alicia, sehingga bersumpah agar tidak was-was untuk menghapuskan apa-apa halangan. Pada masa dahulu Precia amat baik hati dan berpemikiran normal, namun tiada lagi kesan nilai murni dalamnya.