UEP Subang Jaya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Subang Jaya atau UEP Subang Jaya terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Subang Jaya sempena nama Subang atau Lapangan Terbang Subang. Subang ialah sunting iaitu perhiasan ytang digantung di hujung bawah telinga.
Subang Jaya terletak di sebelah kiri Lebuh raya Persekutuan , dari Kuala Lumpur ke Kelang.
Subang Jaya berdekatan dengan bandar Sunway, Petaling Jaya, Kelana Jaya, Pandamaran, Padang Jawa, Shah Alam dan Batu Tiga, Selangor.
[sunting] Perindustrian
Subang Jaya dibangunkan selepas kejayaan pembangunan perindustrian Petaling Jaya.Zon Perindustrian Bebas Petaling Jaya tidak dapat lagi menampung kilang-kilang baru dan pembesaran kilang-kilang sedia ada berikutan permintaan produk elektrik dan elektronik.
Ia dibina pada 1980an oleh United Estate Project merupakan usaha sama antara syarikat Sime Darby dengan kerajaan negeri Selangor. Ladang-ladang getah milik Sime Darby dan lombong bijih timah yang tidak lagi ekonomik telah ditukar status menjadi tanah perindustrian dan tanah perumahan. Ini sejajar dengan Pelan Struktur Petaling Jaya.
Subang Jaya cukup strategi kerana dekat dengan Lapagan Terbang Antarabangsa Subang yang terletak di Subang, Selangor.
[sunting] Industri
- Sime UEP Industrial Park
- Kompleks Sime Darby