Petaling
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Petaling merupakan satu daerah yang termaju di Negeri Selangor. Ia terletak di antara daerah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daerah Petaling dipecahkan kepada 3 jajahan perbandaran, masing-masing ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara petempatan yang utama dalam daerah Petaling adalah, Shah Alam (ibu negeri), Puchong, Serdang (Sri Kembangan), Subang Jaya, Damansara, Petaling Jaya dan Sungai Buloh.
Antara Institusi Pengajian Tinggi yang terdapat di daerah Petaling ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, kampus Petaling Jaya), Univeristi Tunku Abdul Rahman (UTAR, kampus Petaling), Universiti Putra Malaysia (UPM, Serdang), Universiti Teknologi Mara (UiTM, Shah Alam).
Daerah ini juga mempunyai sebuah lapangan terbang awam, iaitu Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah.