Sungai Burong
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sungai Burong terletak di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia. Sungai Burung terletak di utara Kuala Selangor , di tepi jalan raya antara Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Sungai Burung bukanlah sebuah bandar, tapi sebuah pekan atau bandar kecil sahaja. Sebuah sungai dikenali sebagai Sungai Burung mengalir di kawasan ini dan membentuk rupa bumi kawasan ini.
Sungai Burung merupakan kawasan pertanian yang dahulunya ditanam dengan padi dan kelapa. Kini banyak ditanam dengan kelapa sawit. Banyak saliran atau terusan dibina bagi tebusguna tanah paya yang luas di sebelah barat. Di tepi-tepi jalan terdapat gerai menjual buah mempelam, jagung dan lain-lain.
Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum tetapi penduduk Melayu keturunan Jawa ramai mendiami kawasan ini. Mereka berpegang teguh kepada agama Islam.