Semenyih
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Semenyih ialah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan pekan Semenyih.
Senarai kandungan |
[sunting] Istilah
Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau.
Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husain kepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan.
Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zaman Sultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor.
[sunting] Lokasi
Di dalam peta topografi, Kedudukan di dalam peta ialah latitud Utara 2° 57' , longitud Timur 101° 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut.
Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan.
Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang, Cheras, Dusun Tua dan Kajang.
[sunting] Jarak
Jarak di antara Semenyih dengan bandar atau pekan yang berhampiran adalah seperti berikut:
- 1. Semenyih ke Kajang 8 km
- 2. ke Kuala Lumpur 32 km
- 3. ke Beranang 8 km
- 4. ke Broga 12 km
- 5. ke Kuala Klawang 60km
- 6. ke Bangi Lama 8 km
- 7. ke Bandar Baru Bangi 20 km
- 8. ke Seremban 32 km
- 9. ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 40km
Semenyih hanya boleh dihubungi ke tempat-tempat di atas melalui jalan raya. Tidak ada landasan kereta api dan jalan air mahupun landasan kapal terbang.
[sunting] Bentuk mukabumi
Semenyih terletak pada ketinggian 43 meter dari aras laut.
Muka bumi Semenyih tidak begitu rata. Permukaaannya pamah dan beralun. Di kawasan Hulu Semenyih diliputi kawasan berbukit-bukit. Kawasan yang agak rata terletak berhampiran dengan tepi Sungai Semenyih.
Kawasan di Pekan Semenyih bolehlah dikatakan rata. Permukaannya semakin meninggi apabila menghala ke hulu Sungai Semenyih. Sementara di kawasan hilir Sungai Semenyih, tanahnya lebih rendah. Pada suatu masa dahulu, iaitu tahun-tahun sebelum 1965, kawasan hilir sungai Semenyih merupakan kawasan limpahan banjir. Banjir sering berlaku di tebing-tebing sungai. Contohnya di kawasan Kampung Sungai Purun, Kampung Batu Tiga dan Rinching Hilir.
Kini, banjir tidak berlaku lagi kerana sungai Semenyih telah diluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dan terbinanya sebuah empangan di hulu sungai Semenyih.
[sunting] Sungai
Terdapat beberapa sungai yang utama di Semenyih. Sungai tersebut adalah seperti berikut:-
- 1. Sungai Semenyih
- 2. Sungai Batangsi
- 3. Sungai Lalang
- 4. Sungai Saringgit
- 5. Sungai Kachau
- 6. Sungai Broga
- 7. Sungai Rinching
- 8. Sungai Purun
- 9. Sungai Tekala
- 10. Sungai Pening.
Sungai yang utama dan terpanjang ialah sungai Semenyih. Punca sungai ini adalah dari Bukit Arang yang berhampiran dengan sempadan negeri Sembilan. Lebar sungai ini kira-kira 40 kaki. Sementara airnya tidak dalam, kira-kira 1 -2 meter sahaja. Sungai Semenyih ini bercantum dengan sungai utama di daerah Hulu Langat iaitu Sungai Langat.
[sunting] Tanah Tinggi
Terdapat beberapa kawasan berbukit yang utama, terutama sekali di kawasan yang bersempadan dengan negeri Sembilan. Antaranya ialah:
- 1. Bukit Arang 1838 kaki
- 2. Bukit Naning 1418 kaki
- 3. Bukit Tekala 783 kaki
- 4. Bukit Pening 1068 kaki
- 5. Bukit Berak 331 kaki
- 6. Bukit Ulu Beranang 2654 kaki
- 7. Bukit Rambai 490 kaki
- 8. Bukit Buluh 421 kaki
- 9. Bukit Tempurung 401 kaki
- 10. Bukit Payung 354 kaki
Legeh pada bukit-bukit ini merupakan kawasan punca sungai. Air sungai mengalir dari kawasan berbukit-bukit ini. Ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Kawasan tadahan hujan adalah luas. Oleh yang demikian, sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang, Kuala Langat dan lain-lain.
[sunting] Cuaca
Secara am, cuaca di Semenyih adalah panas dan lembab . Keadaan ini berlaku siang dan malam sepanjang tahun. Suhu panas disederhanakan oleh pokok-pokok tanaman dan pokok semulajadi yang banyak terdapat di Semenyih. Suhunya di antara 27 hingga 29 darjah Celcius.
Hujan sering turun pada waktu petang. Biasanya dari jenis hujan perolakan
[sunting] Tumbuhan Semulajadi
Hutan Lipur Sungai Tekala terletak di mukim Hulu Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.
Hutan Lipur Sungai Tekala termasuk dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, Selangor.
Hutan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan air yang ditadah, diempang oleh Empangan Semenyih. Airnya disalurkan melalui paip air ke Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semenyih tidak menerima air daripada Empangan Semenyih. Kawasan Semenyih kmendapat bekalan air dari hilir Sungai Semenyih iaitu di Jenderam yang dipanggil Semenyih Intake.
[sunting] Sejarah
- Engku Husain
- Sistem Pentadbiran di Semenyih
- Sejarah Kampung Baru Daerah Hulu Langat
- Penduduk Semenyih
- Kemudahan Awam di Semenyih
- Sejarah komunis di Selangor
- Sekatan Makanan di Semenyih
- Tragedi Semenyih
[sunting] Pusat Rekreasi Semenyih
- 1. Air terjun Sungai Tekala
- 2. Air Terjun sungai Batangsi
- 3. Air Terjun Sungai Gabai
- 4. Air Terjun Sungai Lalang
- 5. Empangan Semenyih
- 6. Air panas Broga
[sunting] Pusat Ibadat Semenyih
- Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih
- Masjid Kampung Pasir ,Kampung Pasir
- Masjid Kampung Rinching Hilir , Kampung Rinching Hilir
- Masjid Kampung Batu Tiga,Kampung Batu Tiga
- Masjid Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Hulu
- Masjid Kampung Sungai Kembung,Kampung Sungai Kembung
- Kuil Seri Subramaniam ,Pekan Semenyih
- Kuil Ladang Semenyih,Ladang Semenyih
- Kuil Kampung Rinching Tengah,Kampung Rinching Tengah
- Kuil Sekolah Tamil Ladang Rinching
- Kuil Kampung Sireh, Kampung Sireh
- Gereja Ladang Semenyih, Kampung Baru Jaya, Semenyih
- Gereja Lutheran Kampung Baru Jaya, 43500 Semenyih
[sunting] Pendidikan di Semenyih
- BIJAK IT DOT COM - Pusat Komputer dan Latihan ICT Semenyih
- Universiti Nottingham
- Kolej Profesional MARA, Beranang
- Institut Kwmahiran MARA, Beranang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain
- Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Kampung Baru Semenyih
- Sekolah Jenis Kebangsaan(Cina) Sin Ming
- Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Dominion
- Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Rinching
- Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ladang Semenyih
- Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching
- Sekolah Kebangsaan Bandar Teknologi
- Sekolah Kebangsaan Semenyih
- Sekolah Kebangsaan Kampung Rinching
- Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir
- Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Rinching
- Sekolah Rendah Agama Pekan Semenyih
- Sekolah Rendah Agama Kampung RTinching Tengah
- Sekolah Rendah Agama Kampung Batu Tiga
- Sekolah Rendah Agama Kampung Rinching Hilir
- Sekolah Rendah Agama Kampung Pasir
- Tadika An Nura, Jalan Sungai Lalang
- Pasti As Syakirin , Taman Seri Tanjung
- Tabika Perpaduan , Pekan Semenyih
- Tadika Maria, Jalan Bangi, Semenyih
[sunting] Jalan raya di Semenyih
[sunting] Ekonomi Semenyih
- Sektor Pertanian di Semenyih
- Sektor Perlombongan di Semenyih
- Perindustrian di Semenyih
- Sektor Perniagaan dan Perdagangan