Kepulauan Melayu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kepulauan Melayu adalah kepulauan terbesar dan mempunyai paling banyak gunung berapi di dunia. Ianya meliputi seluruh Indonesia, Filipina, Brunei, Timor Leste dan Malaysia Timur. Kepulauan ini meliputi 2 juta km persegi dengan populasi seramai 300 juta. Pulau terbesar ialah Borneo dan Sumatra manakala pulau terpadat ialah Jawa. Puncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia.
Secara amnya, kepulauan ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
- Kepulauan Melayu Barat
- Nusa Tenggara
- Kepulauan Maluku
- Filipina
Iklim si sepanjang kepulauan ini ialah Tropika kerana kedudukannya di Khatulistiwa. Kepulauan ini juga mempunyai beberapa gunung berapi paling aktif di dunia.
Antara pulau-pulau terletak di kepulauan ini ialah: