Nusantara
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Nusantara ialah sepatah kata majmuk yang berasal daripada dua perkataan bahasa Jawa kuno, iaitu nusa (pulau) dan antara (lain). Dalam penggunaan bahasa moden, istilah "Nusantara" merujuk kepada lingkungan pengaruh kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kepulauan Indonesia, Malaysia, Singapura, bahagian paling selatan Thailand, Filipina, Brunei, Timor Timur dan mungkin juga Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea.
Istilah padanan untuk "Nusantara" dalam bahasa Melayu ialah Alam Melayu dan dalam bahasa Indonesia ialah "Nusantara", walaupun istilah ini kini juga digunakan secara meluas di Malaysia.
Senarai kandungan |
[sunting] Bahasa dan kebudayaan
Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya, bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia (yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia), Singapura dan Brunei (yang dikenali sebagai Bahasa Melayu). Bahasa Indonesia juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia oleh orang tempatan.
Seribu tahun dahulu, agama wilayah Nusantara ialah agama campuran yang terdiri daripada agama-agama Hindu, Buddha, dan tradisi-tradisi asli. Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk agama Kristian dan terutamanya, agama Islam telah memantapkan kedudukannya di sini.
Kebudayaan di wilayah ini kini dipengaruhi oleh banyak agama. Agama Islam merupakan agama yang terutama, khususnya di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan di kalangan orang Melayu di Singapura, serta juga di Mindanao dan kawasan Filipina selatan, manakala agama Katolik merupakan agama terutama di Filipina dan Timor Timur. Di Semenanjung Malaysia terdapat juga banyak penganut agama Buddha dan Kristian daripada berbilang mazhan, bersama-sama orang Hindu. Agama Hindu ialah agama terutama di Pulau Bali.
[sunting] Konsep Nusantara
Istilah "Nusantara" boleh merujuk kepada perkara-perkara yang berlainan, bergantung kepada konteksnya.
[sunting] Nusantara sebagai Konsep Kebudayaan
Digunakan dalam konteks kebudayaan, istilah "Nusantara" secara amnya merangkumi pulau-pulau Asia Tenggara dan sebilangan wilayah benua yang berjiran yang bahasa-bahasa Melayu-Polinesia serta budaya-budaya berkait merupakan budaya yang terutama. Dari sudut pandangan ini, Malaysia (termasuk tanah besar Malaysia), Filipina, dan pulau-pulau Indonesia (kecuali New Guinea (Pulau Irian)), kesemuanya termasuk dalam konsep Nusantara. Secara linguistik, konsep ini boleh diperluas untuk merangkumi pulau-pulau Taiwan dan Madagascar kerana bahasa asli kedua-dua pulau ini juga merupakan sebahagian bahasa Austronesia.
[sunting] Nusantara sebagai Konsep Geografi
Dengan erti kata geografi yang sebenarnya, "Nusantara" merujuk kepada kawasan-kawasan yang merangkumi Singapura, pulau-pulau Malaysia, termasuk pulau Labuan tetapi tidak merangkumi tanah besar Malaysia, dan kesemua pulau Indonesia serta juga Timor Timur dan New Guinea (Pulau Irian).
[sunting] Kerajaan-kerajaan Jawa
Di bawah Kerajaan-kerajaan Jawa, istilah "Nusantara" ialah istilah yang paling luas antara tiga istilah yang digunakan untuk menghuraikan lingkungan pengaruh raja-raja Jawa:
- "Negara Agung"' digunakan untuk menghuraikan kawasan di sekitar ibu kota yang tertakluk kepada pengaruh raja secara langsung;
- "Mancanegara" digunakan untuk kawasan-kawasan yang budayanya adalah serupa dengan kebudayaan Jawa, tetapi terletak di luar lingkungan pengaruh langsung raja. Ia umumnya termasuk pulau-pulau Madura, Bali, dan mungkin juga Lampung dan Palembang.
- "Nusantara" ialah kawasan di luar pengaruh kebudayaan Jawa tetapi masih dituntut oleh raja-raja Jawa sebagai tanah jajahan mereka, dengan raja kawasan-kawasan tersebut diperlukan membayar ufti kepada raja Jawa.
[sunting] Penggunaan moden
Walaupun istilah "Nusantara" kekadang digunakan untuk merujuk kepada wilayah-wilayah Indonesia, isitilah ini secara amnya kini dipergunakan dengan erti kata yang sebenarnya dari segi konsep kebudayaan yang dihuraikan di atas.
[sunting] Penggunaan lain
"Nusantara" juga merupakan nama keluarga di Indonesia. Kebanyakan keluarga yang mempunyai nama keluarga, Nusantara, berasal daripada suku Jawa.
[sunting] Lihat juga
- Asia Tenggara Kelautan
- Aksara Nusantara
- Austronesia
- Melayu
- Kepulauan Melayu
- Indonesia
- Brunei
- Malaysia
- Filipina
- Hindia Timur
- Prasasti Nusantara
- Sejarah Nusantara
- Timor Timur