Vasco da Gama
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Vasco da Gama (c. 1469—24 Disember 1524), merupakan Penjelajah Portugis yang merupakan orang pertama belayar secara langsung dari Eropah ke India.
[sunting] Kehidupan
Semenjak awal abad ke 15, sekolah navigasi Henry the Navigator telah mengembangkan pengetahuan Portugis mengenai pesisiran Africa. Semenjak 1460an, matlamat menjadi mengelilingi bahagian selatan semenanjung dan mendapatkan laluan lebih mudah kekayaan India (terutamanya lada hitam dan rempah lain-lain) melalui laluan laut yang lebih boleh diharap berbanding laluan darat yang lebih mahal dan berbahaya.
Da Gama dilahirkan di Sines. Dia hampir mencecah 30 tahun ketika rancangan jangka panjang ini membuahkan hasil. Bartolomeu Dias telah pulang dari mengelilingi Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) dan mengembara sejauh sungai Fish di Afrika Selatan moden, sementara Pero da Covilhã di India telah menjelajah jauh kearah selatan yang mengasingkan antara dua sub-benua (subcontinent) dan akhir penjelajahan. Ianya hanya tinggal bagi dua bahagian dirangkaikan sebagai satu perjalanan.