RTM 2
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
![]() |
|
Jenis | VHF Gelombang I dan III, UHF |
---|---|
Negara | ![]() |
Ketersediaan | Seluruh Malaysia dan negara jiran |
Slogan | Saluran Famili Anda |
Pemilik | Kerajaan Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia |
Tarikh pelancaran | November 17, 1969 |
Laman web | www.rtm.net.my |
RTM 2 ataupun Radio Televisyen Malaysia 2 (RTM) merupakan sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah naungan Kementerian Penerangan Malaysia.
Penyiaran televisyen Malaysia RTM 2 ini bermula pada 17 November 1969 dan menawarkan program hiburan, filem dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin. RTM 2 juga menyiarkan sinerton dan telenovela bahasa Sepanyol.
RTM 2, juga dipanggil TV 2, bersama-sama dengan RTM 1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 - Saluran Famili Anda menggantikan nama sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel). Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004, 2 minggu selepas pembaharuan imej TV 1 oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan dikawal. Bagi bersaing dengan saluran swasta yang bertambah, beberapa program baru Playtime On 2, E-Shoppers, Whassup dan Elegance On 2 telah diperkenalkan melalui saluran berkenaan. Selain itu penonton kaum Cina juga dihidangkan dengan beberapa rancangan-rancangan seperti Dim Sum Hour, Gallery Phoenix dan Chopstick On 2.
Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV2 yang baru ini. Walaupun TV2 lebih komersil, ia akan turut memikul tanggungjawab untuk mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi melalui variasi programnya.
Pada 1 April 2006, RTM2 mengandaikan nama lamanya (dahulunya TV2), tetapi slogannya masih sama. Pada pukul 5:55 pagi 3 April 2006, RTM2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya, menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.
RTM1, RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut 61st Annivesary Bash tahun ini.
TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di RTM2 (1972 hingga 1999).
RTM2 bersiaran melalui Frekuensi Lebih Tinggi gelombang ke-III, walaupun beberapa tempat di Malaysia menyiarkannya dalam UHF. Di Lembah Kelang, ia dipancarkan dari Menara Kuala Lumpur di saluran VHF 8, dengan siaran lemah dari Gunung Ulu Kali di saluran VHF 10 di beberapa tempat di Lembah Kelang.
Lebih terbaru, saluran ini telah dikritik kerana tidak menyiarkan kebanyakkan perlumbaan F1 (hanya 7 dari 17 perlumbaan ialah siaran langsung, kebanyakkanya adalah siaran tertunda). Banyak penonton merasa susah hati kerana RTM tidak serius dengan liputan tersebut dan hak liputan ini seharusnya dikembalikan kepada stesen TV swasta.
RTM2 juga boleh ditonton di Astro saluran 102 (sebelumnya di Saluran 6, kemudian saluran 2).
[sunting] Alamat
Jabatan Penyiaran
Kementerian Penerangan Malaysia
Angkasapuri, 50614 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: 03-22825333
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
Saluran televisyen percuma di Malaysia |
RTM1 | RTM2 | TV3 | ntv7 | 8TV | TV9 |