Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
|
|||
Jenis | Badan subsidiari Perhimpunan Agung | ||
Singkatan | UNHRC | ||
Presiden | Doru Romulus Costea (Romania) |
||
Status | Aktif | ||
Penubuhan |
2006 | ||
Laman web | [1] |
Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) merupakan badan PBB yang menangani isu-isu pencabulan hak asasi manusia di seluruh dunia. Majlis ini menggantikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR), badan pendahulunya yang dikritik oleh ramai kerana dianggotai oleh negara-negara ahli yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk. Menurut Duta Cuba, Rodrigo Malmierca Díaz, UNCHR telah hilang amanahnya disebabkan oleh "penyelewengan politik, hipokrisi dan ketidakadilan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah dalam kerjanya." [1]
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
UNHRC ditubuhkan pada 15 Mac 2006, melalui Resolusi Perhimpunan Agung 60/251 dengan persetujuan 170 negara ahli. Amerika Syarikat, Kepulauan Marshall, Palau dan Israel membantah penubuhannya manakala Belarus, Iran dan Venezuela berkecuali. Pilihan ahli-ahli diadakan pada 9 Mei 2006 dan Sesi Pertama UNHRC diadakan pada 19 Jun. Sejak penubuhannya, UNHRC telah mengadakan 5 sesi biasa dan 4 sesi khas.
[sunting] Organisasi
Majlis Hak Asasi Manusia mempunyai 47 ahli, iaitu 13 dari Afrika, 13 dari Asia, 6 dari Eropah Timur, 8 dari Amerika Latin dan Caribbean, dan 7 dari Eropah Barat dan lain-lain (Australia dan New Zealand). Resolusi Perhimpunan Agung yang membentuk UNHRC mewajibkan ahli-ahli Majlis mendapat undian majoriti daripada Perhimpunan Agung serta "mendukung taraf menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia yang tertinggi". Ahli yang gagal memenuhi kriteria ini boleh digantung dengan undian majoriti 2/3 dalam Perhimpunan Agung. Satu penggal keahlian adalah selama 3 tahun.
[sunting] Ahli
Afrika | Asia | Eropah Timur | Amerika Latin dan Caribbean | Eropah Barat dan Oceania |
---|---|---|---|---|
Angola (2010) | Bangladesh (2009) | Azerbaijan (2009) | Argentina (2007) | Kanada (2009) |
Cameroon (2009) | China (2009) | Bosnia dan Herzegovina (2007) | Brazil (2008) | Finland (2007) |
Djibouti (2009) | India (2007) | Romania (2008) | Cuba (2009) | Perancis (2008) |
Mesir (2010) | Indonesia (2007) | Rusia (2009) | Ecuador (2007) | Jerman (2009) |
Gabon (2008)
|
Jepun (2008) | Slovenia (2010) | Guatemala (2008) | Belanda (2007) |
Ghana (2008) | Jordan (2009) | Ukraine (2008) | Mexico (2009) | Switzerland (2009)
|
Madagascar (2010) | Malaysia (2009) | Peru (2008) | United Kingdom (2008) | |
Mali (2008) | Pakistan (2008) | Uruguay (2009) | ||
Mauritius (2009) | Filipina (2007) | |||
Nigeria (2009) | Qatar (2010) | |||
Senegal (2009) | Korea Selatan (2008) | |||
Afrika Selatan (2010)
|
Arab Saudi (2009) | |||
Zambia (2008) | Sri Lanka (2008) |
(tahun menandakan masa penggal negara tersebut tamat)
[sunting] Rujukan
Sistem PBB: Mahkamah Keadilan Antarabangsa • Majlis Ekonomi dan Sosial • Majlis Keselamatan • Perhimpunan Agung • Sekretariat
Program, Tabung dan Agensi: FAO • ICAO • ILO • IPCC • UNCTAD • UNDCP • UNDP • UNEP • UNESCO • UNFIP • UNFPA • UNHCR • UNHRC • UN-HABITAT • UNICEF • UNRWA • UPU • WFP • WHO • WMO
Resolusi PBB: Perhimpunan Agung • Majlis Keselamatan
Keahlian: Negara-negara ahli • Pemerhati
\