Laut Mati
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Laut Mati | |
---|---|
|
|
Koordinat | |
Jenis tasik | endorheik hipersaline |
Sumber utama | Sungai Jordan |
Aliran keluar utama | Pemeluwapan |
Kawasan tadahan | 40,650 km² (25,258 mi²) |
Negara lembangan | Jordan Israel Wilayah Palestin |
Panjang maksimum | 67 km (42 mi) |
Lebar maksimum | 18 km (11 mi) |
Luas permukaan | 810 km² (Lurah Utara) |
Dalam purata | 120 m[1] (394 ft) |
Dalam maksimum | 330 m (1,083 ft) |
Isi padu air | 147 km³ (91 mi³) |
Panjang pesisir1 | 135 km (84 mi) |
Aras tinggi permukaan | -418 m (-1,371 ft) |
1 Panjang pesisiran adalah ukuran tak tepat dimana mungkin tidak dipiawai untuk rencana ini. | |
Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت) merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, serendah 418 m di bawah aras laut [2], dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. ia juga merupakan laut termasin di dunia, dengan kemasinan hampir 30 % [3]. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya.
Tasik atau laut ini terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Panjangnya 67 km dan 18 km paling lebar. Cawang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.