Kudat
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kudat adalah sebuah bandar di Sabah, Malaysia timur, di pulau Borneo. Ia berkhidmat sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.
Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.
Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik Bajau, Dusun, Murut, Bugis, Suluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.
Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi strategik. Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh bajau, Sulu dan Illanun lanun, selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhanSandakan yang lebih selamat di timur Sabah.
Kudat bukanlah lokasi untuk pelawat-pelawat asing yang terkenal, bagaimanapun beberapa resort-resort moden di pantai-pantai dan padang golf. Tarikan setempat termasuk rumah panjang Rungus, di mana tradisional gong-gong telah dibuat daripada loyang, dan di mana madu dihasilkan dan Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo.
[sunting] Pautan luar
Bahagian: Pantai Barat • Kudat • Sandakan • Tawau • Pedalaman
Bandar raya: Kota Kinabalu
Bandar: Beaufort • Beluran • Bongawan • Inanam • Kalabakan • Keningau • Kimanis • Kinabatangan • Kuala Penyu • Kota Belud • Kota Marudu • Kudat • Kunak • Kundasang • Lahad Datu • Long Pasia • Membakut • Nabawan • Papar • Penampang • Pensiangan Pitas • Putatan • Ranau • Sandakan • Semporna • Sepanggar • Sindumin • Sipitang • Tambunan • Tamparuli • Tawau • Tenom • Tomanggong • Tuaran
Pulau: Pulau Balambangan • Pulau Banggi • Pulau Gaya • Pulau Jambongan • Pulau Kapalai • Pulau Lankayan • Pulau Layang Layang • Pulau Libaran • Pulau Ligitan • Pulau Mabul • Pulau Malawali • Pulau Sebatik • Pulau Selingan • Pulau Sipadan • Pulau Tabawan • Pulau Tiga