Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/September
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Templat:SeptemberCalendar2008Source
1 September: Permulaan tahun liturgi Gereja Ortodoks Timur, Hari Perlembagaan di Slovakia, Hari Kemerdekaan di Uzbekistan.
- 1715 - Louis XIV dari Perancis (gambar), "Raja Matahari", meninggal dunia selepas memerintah selama 72 tahun, lebih lama daripada mana-mana raja Eropah lain.
- 1923 - Gempa bumi besar Kanto memusnahkan Tokyo dan Yokohama, mengorbankan kira-kira 100,000 orang.
- 1939 - Jerman Nazi melancarkan Kempen Poland dan menyerang Poland di Wieluń dan Westerplatte, memulakan Perang Dunia II.
- 1951 - Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani pakatan pertahanan bersama yang dikenali sebagai Perjanjian ANZUS.
- 1982 - Pejuang PLO berundur dari Lubnan dalam krisis Penyembelihan Sabra dan Shatila.
Hari-hari sebelum: 31 Ogos – 30 Ogos – 29 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
2 September: Hari Kebangsaan Vietnam; Hari Bapa di Australia dan New Zealand (2007).
- 31 SM - Tentera pimpinan Octavian mengalahkan angkatan Mark Antony dan Cleopatra di Pertempuran Actium.
- 1666 - Kebakaran Besar London: Satu kebakaran besar melanda bandar London dan memusnahkan lebih 10,000 bangunan termasuk Gereja St. Paul, tetapi hanya 16 orang diketahui terkorban.
- 1870 - Perang Perancis-Prusia: Napoleon III dari Perancis ditawan selepas Pertempuran Sedan.
- 1898 - Angkatan pimpinan Horatio Kitchener (gambar) mengalahkan puak Sudan dalam Pertempuran Omdurman, dan mewujudkan penguasaan British di Afrika timur laut.
- 1945 - Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun ditandatangani di atas kapal USS Missouri, secara rasminya mengakhiri Perang Dunia II.
Hari-hari sebelum: 1 September – 31 Ogos – 30 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
3 September: Hari Pekerja di Amerika Syarikat dan Kanada (2007), Hari Kemerdekaan di Qatar (1971), Hari Angkatan Tentera di Taiwan.
- 301 - San Marino, salah satu negara terkecil di dunia dan republik tertua yang masih wujud, diasaskan oleh Santa Marinus.
- 1260 - Angkatan Mamluk menewaskan tentera Mongol di Palestin dalam Pertempuran Ain Jalut, menandakan sempadan barat pengembangan Empayar Mongol.
- 1783 - Perjanjian Paris ditandatangani dan secara rasminya menamatkan Perang Revolusi Amerika.
- 1901 - Bendera Australia (gambar), sebuah Panji Biru yang ditambahkan dengan Bintang Komanwel dan Salib Selatan, dikibarkan buat pertama kali di Melbourne.
- 1976 - Kapal angkasa lepas Viking 2 mendarat di Marikh dan mengambil gambar warna jarak dekat yang pertama permukaan planet tersebut.
Hari-hari sebelum: 2 September – 1 September – 31 Ogos
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
4 September: Krishna Janmaashtami (Hinduisme, 2007)
- 476 - Romulus Augustus, maharaja Empayar Rom Barat terakhir, digulingkan.
- 1260 - Puak Ghibelline Siena menewaskan puak Guelph Florence dalam Pertempuran Montaperti.
- 1886 - Selepas lebih 25 tahun menentang Tentera Amerika Syarikat dan Mexico, Geronimo (gambar) dari Apache Chiricahua menyerah diri di Arizona.
- 1888 - Pencipta Amerika Syarikat George Eastman mendaftarkan tanda dagangan "Kodak" selepas mendapat paten untuk kamera filemnya.
- 1972 - Mark Spitz memenangi pingat emas renangnya yang ketujuh di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat, sekaligus menjadi ahli Olimpik pertama memenangi 7 pingat emas.
Hari-hari sebelum: 3 September – 2 September – 1 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
5 September: Hari Guru di India
- 1793 - Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi untuk melaksanakan langkah menggerunkan, memulakan Zaman Kezaliman.
- 1836 - Sam Houston (gambar) dilantik sebgai presiden pertama of the Republik Texas.
- 1905 - Perjanjian Portsmouth ditandatangani di Limbungan Tentera Portsmouth di New Hampshire, AS, secara rasminya menamatkan Perang Rusia-Jepun.
- 1977 - NASA melancarkan penyiasat angkasa Voyager 1, kini objek buatan manusia terjauh dari Bumi.
- 2005: Sebuah pesawat Penerbangan Mandala RI 091 terhempas di Medan, Indonesia.
Hari-hari sebelum: 4 September – 3 September – 2 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
6 September: Hari Kemerdekaan di Swaziland (1968); Hari Pertahanan di Pakistan; Hari Kesatuan di Bulgaria; Hari Pengingatan Lahir Mati di Amerika Syarikat dan Kanada.
- 394: Maharaja Rom Timur Theodosius I mengalahkan perampas Empayar Rom Barat Eugenius dalam Pertempuran Frigidus.
- 1522: Kapal Victoria (gambar) kembali ke Sanlúcar de Barrameda, Sepanyol, menjadikannya kapal pertama mengelilingi dunia.
- 1955: Penduduk etnik Greek di Istanbul diserang oleh gerombolan orang Turki semasa Pogrom Istanbul.
- 1995: Pemain Baltimore Oriole Cal Ripken, Jr. bermain dalam perlawanan Liga Major Besbolnya yang ke-2131, sekaligus memecahkan rekod 56 tahun yang telah ditetapkan pemain New York Yankees Lou Gehrig.
- 2000 – Sidang Kemuncak Milenium, satu mesyuarat antara pemimpin dunia untuk membincangkan fungsi PBB pada peralihan abad ke-21, bermula di bandar raya New York.
Hari-hari sebelum: 5 September – 4 September – 3 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
7 September: Hari Kemerdekaan di Brazil (1822).
- 1191 - Perang Salib Ketiga: Salahuddin Al-Ayubbi dikalahkan oleh Richard I dari England dalam Pertempuran Arsuf.
- 1901 - Dengan Peking dikuasai tentera asing selepas Pemberontakan Boxer, China Qing dipaksa menandatangani Protokol Boxer, satu perjanjian tidak adil dengan Perikatan Lapan Negara.
- 1940 - The Blitz (gambar) bermula apabila Jerman Nazi mula mengebom London, hari pertama dari 57 hari pengeboman berturut-turut.
- 1986 - Desmond Tutu menjadi orang berkulit hitam pertama yang mengetuai Gereja England di Afrika Selatan.
- 1998 – Pelajar Universiti Stanford Larry Page dan Sergey Brin menubuhkan Google di Menlo Park, California, Amerika Syarikat.
Hari-hari sebelum: 6 September – 5 September – 4 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
8 September: Hari Kemerdekaan di Republik Macedonia (1991); Hari Kemenangan di Malta; Hari Kebangsaan di Andorra; Hari Kenal Huruf Antarabagsa.
- 1331 - Stefan Uroš IV Dušan daripada Keluarga Nemanjić dilantik menjadi Raja Serbia.
- 1504 - David, arca batu marmar yang dihasilkan Michelangelo, dipamerkan di Florence.
- 1888 - The Football League, liga bola sepak tertua di dunia, bermula di England.
- 1900 - Taufan Galveston, salah satu taufan paling berbahaya di Atlantik, melanda Galveston, Texas, mengorbankan 6,000 orang.
- 1966 - Star Trek: The Original Series, siri televisyen Star Trek pertama, muncul di NBC.
- 1978 - 88 penunjuk perasaan di Tehran (gambar) terbunuh dalam peristiwa Jumaat Hitam semasa Revolusi Iran.
Hari-hari sebelum: 7 September – 6 September – 5 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
9 September: Hari Republik di Korea Utara (1948); Hari Kemerdekaan di Tajikistan (1991); Hari Datuk dan Nenek Kebangsaan di Amerika Syarikat (2007).
- 1000 - Raja Olaf I dari Norway terjatuh dari kapal semasa Pertempuran Svolder dan hilang di Laut Baltik.
- 1513 - Raja James IV dari Scotland (gambar) terbunuh dalam Pertempuran Padang Flodden di Northumberland sewaktu mengetuai serangan ke atas England.
- 1945 - Perang China-Jepun Kedua berakhir apabila Jepun menyerah kalah.
- 2001 - Ahmed Shah Massoud, pemimpin Perikatan Utara Afghan, mati dibunuh di Afghanistan.
- 2004 - Sebuah kereta meletup di luar Bangunan Kedutaan Australia di Jakarta, mengorbankan sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan 140 yang lain.
Hari-hari sebelum: 8 September – 7 September – 6 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
10 September: Hari Kebangsaan di Gibraltar (1967)
- 1813 - Amerika Syarikat menewaskan United Kingdom dalam Pertempuran Tasik Erie.
- 1897 - Tunjuk perasaan aman oleh pelombong berketurunan Poland dan Slovak di Luzerne County, Pennsylvania, Amerika Syarikat ditembak oleh sherif.
- 1898 - Maharani Elisabeth dari Austria (gambar) mati ditikam di Geneva, Switzerland.
- 1987 - Osama bin Laden melancarkan al Qaeda di kediamannya di Afghanistan.
- 1990 - Gereja terbesar di Afrika, Gereja Our Lady of Peace of Yamoussoukro di Yamoussoukro, Côte d'Ivoire, telah ditakbiskan oleh Paus John Paul II.
Hari-hari sebelum: 9 September – 8 September – 7 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
11 September: Tahun Baru mengikut kalendar Koptik dan Habsyah, Hari Kebangsaan Catalonia, Hari Guru di sebahagian negara Amerika Latin.
- 1297 - Orang Scotland di bawah pimpinan William Wallace mengalahkan tentera Inggeris dalam Pertempuran Stirling.
- 1857 - Militia Paiute dan Mormon membunuh sekurang-kurangnya 120 orang peneroka California dalam kereta api wagon sewaktu Pembunuhan Gunung Meadows.
- 1973 - Satu rampasan kuasa di Chile yang diketuai Augusto Pinochet menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Salvador Allende.
- 1998: SUKOM '98, Sukan Komanwel pertama diadakan di Asia, dirasmikan di Kuala Lumpur.
- 2001 - Serangan 11 September: Pengganas merampas empat buah kapal terbang penumpang, dua digunakan untuk merempuh World Trade Center di Bandar raya New York (gambar), satu untuk Pentagon di Washington, D.C., sementara kapal terbang ke-4 terhempas di Pennsylvania.
Hari-hari sebelum: 10 September – 9 September – 8 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
12 September: Hari Kebangsaan di Cape Verde; Ramadhan bermula pada waktu maghrib (Islam, 2007); Rosh Hashanah bermula ketika matahari terbenam (Agama Yahudi, 2007).
- 1683 - Perang Turki Agung: Tentera Poland yang diketuai John III Sobieski bersekutu dengan tentera Habsburg untuk mengalahkan tentera Empayar Turki Uthmaniyyah semasa Pertempuran Vienna.
- 1933 - Leó Szilárd, yang sedang menunggu lampu merah di Southampton Row di Bloomsbury, mendapat idea tentang tindak balas rantai nuklear.
- 1942 - Insiden Laconia: Sebuah U-bot menenggelamkan kapal RMS Laconia dengan sebutir torpedo berhampiran dengan pesisir pantai Afrika Barat dan cuba untuk menyelamatkan penumpangnya, yang termasuk 80 orang awam, 160 askar Poland, 268 askar British dan 1800 tawanan perang Itali.
- 1977 - Aktivis anti-aparteid Afrika Selatan, Steve Biko (gambar) terbunuh semasa dalam tahanan polis.
- 1992 - Abimael Guzmán, pemimpin pertubuhan gerila Maoist Peru, Shining Path, ditangkap di Lima.
Hari-hari sebelum: 11 September – 10 September – 9 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 533 - Belisarius dan tenteranya menewaskan Gelimer dan orang Vandal semasa Pertempuran Ad Decimum berdekatan Carthage.
- 1814 - Pengeboman Kubu McHenry semasa Pertempuran Baltimore memberi inspirasi kepada Francis Scott Key untuk menulis The Star-Spangled Banner, yang kemudiannya menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1956 - IBM mendedahkan 305 RAMAC, komputer komersil pertama yang menggunakan storan cakera magnet.
- 1987 - Insiden Goiânia: Satu bahan beradioaktif dicuri dari sebuah hospital terbiar di Goiânia, Brazil, mencemarkan beratus-ratus orang.
- 1993 - Selepas beberapa siri rundingan di Norway, pemimpin PLO, Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin (gambar bersama-sama dengan Presiden A.S. Bill Clinton) secara rasmi menandatangani Perjanjian Damai Oslo.
Hari-hari sebelum: 12 September – 11 September – 10 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 786 - Harun al-Rashid (gambar) menjadi khalifah Abbasiyyah selepas kematian abangnya, al-Hadi.
- 1752 - Dengan mengambil sistem kalendar Gregory, Empayar British melangkau sebelas hari (2 September diikuti oleh 14 September).
- 1812 - Serangan Perancis ke Rusia: Napoleon I menawan Moscow, tetapi mendapati kota tersebut telah ditinggalkan dan dibakar.
- 1959 - Kapal angkasa lepas Soviet Luna 2 terhempas dan menjadi objek buatan manusia pertama berada di bulan.
- 1960 - Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) diasaskan oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi dan Venezuela.
Hari-hari sebelum: 13 September – 12 September – 11 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
15 September: Hari Kemerdekaan di Costa Rica, Guatemala, Honduras, Nicaragua dan El Salvador (1821)
- 1831 - John Bull, lokomotif stim tertua yang masih beroperasi di dunia berjalan buat kali pertama.
- 1835 - Di atas HMS Beagle, Charles Darwin sampai ke Kepulauan Galapagos, di mana dia mendapat ilham mengenai teori evolusinya.
- 1916 - Kereta kebal, "senjata rahsia" Tentera British semasa Perang Dunia I, pertama kali digunakan dalam pertempuran di Pertempuran Somme.
- 1935 - Jerman Nazi menggubal Undang-undang Nuremberg, yang menyebabkan Yahudi Jerman kehilangan kewarganegaraan, dan menggunakan bendera kebangsaan baru yang dihiasi dengan swastika (gambar).
- 1950 - Perang Korea: Tentera Amerika Syarikat mendarat di Incheon, Korea.
Hari-hari sebelum: 14 September – 13 September – 12 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
16 September: Dieciséis de septiembre di Mexico (1810), Hari Malaysia di Malaysia (1963), Hari Kemerdekaan di Papua New Guinea (1975).
- 1400 - Owain Glyndŵr diisytiharkan sebagai Putera Wales dan menyeru pemberontakan terhadap pemerintahan Henry IV dari England.
- 1810 - Miguel Hidalgo y Costilla, seorang paderi di Dolores, Guanajuato, mengirimkan Grito de Dolores kepada pengikut-pengikutnya, memulakan Perang Kemerdekaan Mexico.
- 1941 - Shah Reza Pahlavi dari Iran dipaksa turun takhta dan digantikan oleh anaknya Mohammad Reza Pahlavi.
- 1963 - Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak and Singapura bergabung untuk membentuk Malaysia (gambar bendera).
- 1982 - Militia Lubnan yang diketuai Elie Hobeika melakukan pembunuhan beramai-ramai di khemah pelarian rakyat Palestin di Sabra dan Shatila.
Hari-hari sebelum: 15 September – 14 September – 13 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
17 September: Hari Perlembagaan di Amerika Syarikat (1787)
- 1809 - Perjanjian Fredrikshamn menamatkan Perang Finland antara Rusia and Sweden, dengan Finland mendapat autonomi Grand Duchy di bawah Czar Alexander I.
- 1894 - Tentera Laut Imperial Jepun dan Armada Beiyang dari Dinasti Qing China bertempur dalam Pertempuran Sungai Yalu, pertempuran laut terbesar dalam Perang China-Jepun Pertama.
- 1916 - Perang Dunia I: "The Red Baron", juruterbang handalan Luftstreitkräfte Jerman, memenangi pertarungan udara pertamanya berhampiran Cambrai, Perancis.
- 1939: Kesatuan Soviet menyertai serangan Jerman Nazi ke atas Poland semasa Perang Pertahan Poland 1939.
- 1978 - Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menandatangani Perjanjian Damai Kem David selepas 12 hari berunding secara rahsia di Kem David (gambar).
Hari-hari sebelum: 16 September – 15 September – 14 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
18 September: Hari Kebangsaan di Chile.
- 96 - Nerva telah dilantik oleh Senat untuk menjadi Maharaja Rom, yang pertama daripada Lima Maharaja Baik.
- 1895 - Daniel David Palmer (gambar) memberikan rawatan kiropraktik pertama kepada Harvey Lillard yang pekak.
- 1919 - Kerajaan Belanda memberikan hak kepada golongan wanita untuk mengundi.
- 1931 - Peristiwa Mukden: Satu bahagian Landasan Kereta Api Manchuria Selatan yang dibina oleh pihak Jepun didakwa dimusnahkan oleh pengganas dari China, memberikan alasan kepada Jepun untuk menawan Manchuria.
- 1961 - Kapal terbang yang membawa Setiausaha Agung PBB Dag Hammarskjöld terhempas dalam keadaan misteri berhampiran Rhodesia Utara.
Hari-hari sebelum: 17 September – 16 September – 15 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
19 September: Hari Kemerdekaan di Santo Kitts dan Nevis (1983), Día de las Fuerzas Armadas di Chile; Prinsjesdag di Belanda.
- 1356 - Perang Seratus Tahun: Angkatan Inggeris dan Wales yang diketuai Putera Hitam Edward memenangi Pertempuran Poitiers dan menangkap Raja Perancis Jean II.
- 1692 - Giles Corey, yang enggan membuat rayuan, dihimpit sehingga mati semasa perbicaraan ahli sihir Salem.
- 1893 - New Zealand menjadi negara pertama memperkenalkan hak pengundian sejagat, selepas gerakan hak pengundian wanita (gambar) oleh Kate Sheppard.
- 1982 - ":-)" dan ":-(" pertama kali dicadangkan oleh Scott Fahlman untuk digunakan sebagai emoticon.
- 1985 - Satu gempa bumi berukuran 7.8 membinasakan Bandar Raya Mexico, mengorbankan lebih 9,000 orang dan hampir 100,000 yang lain tiada tempat berteduh.
Hari-hari sebelum: 18 September – 17 September – 16 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
- 1187 - Salahuddin Al-Ayubbi memulakan Pengepungan Baitulmuqaddis.
- 1378 - Perpecahan Paus: Tidak bersetuju dengan Paus Urban VI (gambar), sekumpulan kardinal melantik Antipaus Clement VII sebagai paus lain, meletakkan Gereja Roman Katolik dalam kekacauan.
- 1854 - Perang Krimea bermula dengan kemenangan Perancis-British ke atas Rusia dalam Pertempuran Alma.
- 1906 - Kapal samudera RMS Mauretania, kapal terbesar dan terpantas di dunia ketika itu, dilancarkan di Newcastle, England.
- 1946 - Pesta Filem Cannes pertama. Hadiah Palme d'Or, pada masa itu dipanggil Grand Prix du Festival, dikongsi bersama oleh 11 filem.
Hari-hari sebelum: 19 September – 18 September – 17 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
21 September: Hari Keamanan Antarabangsa; Hari Kemerdekaan di Malta (1964), Belize (1981) dan Armenia (1991).
- 1792 - Revolusi Perancis: Convention Nationale mengundi memansuhkan pemerintahan beraja, dan Republik Pertama diisytiharkan.
- 1823 - Mengikut Joseph Smith Jr., malaikat Moroni muncul kepadanya dan memberitahu lokasi Pinggan Keemasan, yang mengandungi teks suci purba Kitab Mormon.
- 1898 - Pembaharuan Seratus Hari di China tamat mendadak apabila Maharani Balu Cixi (gambar) memencilkan Maharaja Guangxu dan mengambil alih sebagai pemangku raja.
- 1937 - Buku J. R. R. Tolkien The Hobbit, buku sebelum The Lord of the Rings, diterbitkan.
- 1942 - Model prototaip B-29 Superfortress terbang buat pertama kali.
Hari-hari sebelum: 20 September – 19 September – 18 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
22 September: Hari Kemerdekaan di Bulgaria (1908) dan Mali (1960); Hari Bebas Kereta di Eropah dan Kanada.
- 1776 - Kapten Nathan Hale, seorang perisik Tentera Continental semasa Revolusi Amerika digantung oleh tentera British.
- 1862 - Sejarah perhambaan di Amerika Syarikat: Presiden Abraham Lincoln (gambar) meluluskan Pengisytiharan Pembebasan, yang membebaskan semua hamba abdi di Negeri-Negeri Gabungan Amerika bermula 1 Januari 1863.
- 1869 - Das Rheingold, opera pertama dalam Der Ring des Nibelungen oleh penggubah Jerman Richard Wagner dipersembahkan di Munich.
- 1961 - Kongres Amerika Syarikat meluluskan arahan eksekutif Presiden John F. Kennedy untuk menubuhkan Peace Corps.
- 1980 - Iraq melancarkan serangan ke atas Iran, memulakan Perang Iran-Iraq.
Hari-hari sebelum: 21 September – 20 September – 19 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
23 September: Ekuinoks (09:51 UTC, 2007).
- 1459 - Tentera York yang diketuai Richard Neville memenangi Pertempuran Blore Heath di Staffordshire, England, pertempuran besar pertama bagi Perang Bunga Ros.
- 1845 - Alexander Cartwright membentuk pasukan besbol pertama, New York Knickerbockers.
- 1846 - Planet Neptun ditemui oleh ahli astronomi Urbain Le Verrier, Johann Gottfried Galle dan John Couch Adams.
- 1868 - Ramón Emeterio Betances mengetuai Grito de Lares, suatu pemberontakan menentang penjajahan Sepanyol di Puerto Rico.
- 1932 - Hijaz dan Nejd disatukan dan dinamakan semula Kerajaan Saudi Arabia, dengan Ibn Saud (gambar) sebagai raja pertama dan Riyadh sebagai ibu negara.
Hari-hari sebelum: 22 September – 21 September – 20 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
September 24: Hari Kemerdekaan Guinea-Bissau (1973), Hari Republik di Trinidad dan Tobago (1976), Hari Warisan di Afrika Selatan.
- 622 - Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut baginda dari Makkah menyempurnakan Hijrah mereka ke Madinah.
- 1664 - Perang Anglo-Belanda: Belanda menyerahkan kepada England New Amsterdam, sebuah penempatan berkubu milik Belanda di New Netherland yang kemudiannya menjadi Bandaraya New York.
- 1841 - Sultan Brunei memperkenankan untuk menyerahkan Sarawak kepada warga British, iaitu James Brooke.
- 1903 - Alfred Deakin menjadi Perdana Menteri Australia kedua, menggantikan Edmund Barton yang menjadi hakim Mahkamah Tinggi Australia.
- 1948 - Soichiro Honda mengasaskan Honda Motor Co., Ltd. dan memulakan penghasilan motosikal.
Hari-hari sebelum: 23 September – 22 September – 21 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
25 September: Perayaan Kuih Bulan mengikut Kalendar Cina (2006)
- 1066 - Harold II dari England menewaskan Harald III dari Norway dalam Pertempuran Stamford Bridge, menandakan berakhirnya serangan Viking ke Great Britain.
- 1396 - Tentera Uthmaniyah di bawah Bayezid I (gambar) menewaskan perikatan Kristian pimpinan Sigismund dari Hungary dalam Pertempuran Nicopolis.
- 1513 - Conquistador Vasco Núñez de Balboa, dari atas puncak Darién, Panama, menjadi orang Eropah pertama melihat Lautan Pasifik, yang dinamakannya Mar del Sur (Laut Selatan).
- 1962 - Republik Demokratik Rakyat Algeria diisytiharkan secara rasmi. Ferhat Abbas dilantik Presiden pertama kerajaan sementara, dengan Ahmed Ben Bella sebagai Perdana Menteri.
- 1969 - Pertubuhan Persidangan Islam ditubuhkan di Rabat, Maghribi selepas cubaan membakar Masjid Al Aqsa.
Hari-hari sebelum: 24 September – 23 September – 22 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
26 September: Hari Bahasa Eropah; Sukkot bermula ketika matahari terbenam (Agama Yahudi).
- 1580 - Kapal Golden Hind belayar masuk ke Plymouth, England, setelah Francis Drake menamatkan pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1687 - Parthenon (gambar) di Athens musnah sebahagian ketika pertikaian bersenjata antara Republik Venice dan Tentera Empayar Uthmaniyah.
- 1907 - Newfoundland dan New Zealand menjadi kawasan penguasaan Empayar British.
- 1957 - West Side Story, satu muzikal yang ditulis Arthur Laurents, Leonard Bernstein dan Stephen Sondheim, dan diterbit dan diarah Jerome Robbins, dipentaskan buat pertama kali di Broadway.
- 1983 - Leftenan Kolonel Stanislav Petrov dari Kesatuan Soviet menghindarkan perang nuklear sedunia.
Hari-hari sebelum: 25 September – 24 September – 23 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
27 September: Meskel di Ethiopia dan Eritrea; Hari Pelancongan Sedunia.
- 1905 - Albert Einstein menerbitkan rencana "Adakah Inersia Jasad Bergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" yang memperkenalkan persamaan E=mc².
- 1940 - Perang Dunia II: Pakatan Tiga Pihak ditandatangani di Berlin oleh Kuasa Paksi besar — Jerman Nazi, Itali fasis dan Empayar Jepun.
- 1988 - Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi ditubuhkan di Burma.
- 1983 - Richard Stallman mengumumkan projek GNU (gambar logo) untuk membangunkan sistem pengoperasian seperti-UNIX bebas.
- 1996 - Taliban menghalau Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani dari Kabul, menjatuhkan hukuman mati kepada bekas presiden Mohammad Najibullah, dan menubuhkan Amiriah Islam Afghanistan.
Hari-hari sebelum: 26 September – 25 September – 24 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
28 September: Hari St. Wenceslas di Republik Czech, Hari Guru di Taiwan.
- 1066 - Penaklukan Norman: William si Penakluk dan armada 600 kapalnya sampai di England dan mendarat di Pevensey, Sussex.
- 1106 - Henry I dari England menang muktamad ke atas abangnya Robert Curthose, Duke Normandy dalam Pertempuran Tinchebray, dan menuntut Normandy sebagai hak milik Kerajaan England.
- 1542 - Penjelajah Portugal Juan Rodríguez Cabrillo (gambar), orang Eropah pertama berjalan di pantai California, mendarat di tempat yang kini adalah bandar San Diego.
- 1994 - Feri M/S Estonia tenggelam di antara Tallinn, Estonia dan Stockholm, Sweden, mengorbankan 852 nyawa dalam salah satu kemalangan laut terburuk di Laut Baltik.
- 2000 - Intifadhah al-Aqsa bermula selepas lawatan Ariel Sharon ke Masjid al-Aqsa.
Hari-hari sebelum: 27 September – 26 September – 25 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
29 September: Michaelmas
- 61 SM - Di Rome, Pompey meraikan kemenangan ke atas lanun di timur Laut Mediterranean dan dalam peperangan melawan Raja Mithridates VI dari Pontus di Asia Kecil. Hari tersebut juga merupakan hari lahirnya yang ke-45.
- 1829 - Pasukan polis rasmi pertama di dunia, Polis Metropolitan London, juga dikenali sebagai the Met atau Scotland Yard, diasaskan oleh Robert Peel (gambar).
- 1938 - Persetujuan Munich ditandatangani, yang menetapkan Czechoslovakia harus menyerahkan Sudetenland kepada Jerman.
- 1941 - Pembunuhan beramai-ramai Babi Yar bermula di Kiev, Ukraine.
- 1964 - Mafalda, jalur komik oleh Quino, diterbitkan buat pertama kali dalam akhbar di Argentina.
Hari-hari sebelum: 28 September – 27 September – 26 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah
30 September: Hari Kemerdekaan di Botswana (1966)
- 1399 - Duke Lancaster menggulingkan Richard II untuk menjadi Henry IV dari England, menggabungkan Duchy Lancaster ke dalam England.
- 1939 - Perang Dunia II: Jeneral Władysław Sikorski (gambar) menjadi Perdana Menteri kerajaan Poland dalam buangan.
- 1966 - Seretse Khama menjadi Presiden pertama Botswana apabila Negeri Bechuanaland mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom.
- 1980 - Spesifikasi Ethernet diterbitkan buat pertama kali oleh Xerox, Intel dan Digital Equipment Corporation.
- 1991 - Presiden Haiti Jean-Bertrand Aristide digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh Jeneral Raoul Cédras.
Hari-hari sebelum: 29 September – 28 September – 27 September
Arkib – Melalui emel – Lagi...
lihat - perbualan - sunting - sejarah