30 Ogos
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim Ogos 2008
30 Ogos merupakan hari ke-242 (hari ke-243 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 123 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
[sunting] Peristiwa
- 1800 - Gabriel Prosser cuba melancarkan pemberontakan hamba di Virginia, Amerika Syarikat.
- 1813 - Perang Napoleon: Jeneral Perancis Dominique Vandamme dan ribuan askarnya ditawan dalam Pertempuran Kulm oleh angkatan Fil Marsyal Michael Andreas Barclay de Tolly (gambar).
- 1862 - Perang Saudara Amerika: James Longstreet dan Stonewall Jackson memimpin askar Gabungan kepada kemenangan muktamad dalam Pertempuran Bull Run Kedua.
- 1992 - Michael Schumacher memenangi perlumbaan Formula Satu pertamanya di Grand Prix Belgium.
- 1999 - Penduduk Timor Leste mengundi untuk merdeka dari Indonesia dalam satu referendum.