Bruce Lee
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bruce Lee | |
---|---|
![]() Bruce Lee dalam Enter the Dragon |
|
Nama kelahiran | Jun Fan Lee |
Lahir | 27 November 1940![]() ![]() |
Meninggal dunia | 20 Julai 1973 (umur 32 tahun)![]() |
Berkahwin dengan | Linda Lee Cadwell |
Laman web rasmi | www.bruceleefoundation.com |
Watak dikenali | Lee dalam Enter the Dragon |
Bruce Jun Fan Lee (Bahasa Cina: 李振藩; pinyin: Lǐ Zhènfán; lahir 27 November 1940 di San Francisco - muat 20 Julai 1973 di Hong Kong) adalah pesilat serta pelakon Amerika-Cina yang telah dianggap secara meluas sebagai pengamal seni bela diri yang paling masyhur dan terpengaruh pada abad ke-20, serta pengamal seni bela diri yang terutama dalam sejarah.
Filem-filem Lee, khususnya persembahannya dalam filem Kemasukan Naga (Enter the Dragon) yang diterbitkan oleh Hollywood, menaikkan taraf filem-filem silat tradisional Hong Kong ke tahap yang baru, dan membangkitkan minat seluruh dunia terhadap seni ini. Usaha-usaha perintisnya telah membuka jalan kepada para bakal pengamal seni bela diri dan pelakon bela diri seperti Jackie Chan, Jet Li, serta Chuck Norris, dan membawa filem-filem dan pelakon-pelakon bela diri ke aliran utama.
Filem-filem Lee mencetuskan pertambahan minat utama yang sulung terhadap silat Cina di dunia Barat. Arah dan nada filem-filemnya mengubahkan dan mempengaruhi silat dan filem silat di Hong Kong, China, dan negara-negara yang lain di seluruh dunia. Lee telah menjadi tokoh ikonik, khususnya kepada orang-orang Cina kerana beliau memaparkan kebanggaan negara China dan faham kebangsaan Cina dalam filem-filemnya.
Banyak orang memperlihatkan Lee sebagai contoh untuk memperoleh badan yang kuat dan cekap, serta untuk menguasai seni silat dan kemahiran dalam pertarungan tanpa senjata. Lee mencipta sistem pertarungan sendiri yang digelarkan Jeet Kune Do. Penilaiannya terhadap doktrin-doktrin silat tradisional kini telah diperlihatkan sebagai salah satu langkah sulung dalam mempopularkan silat campuran gaya moden.