Bendera Brunei
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bendera Brunei diperkenalkan pada 29 September 1959 semasa Brunei merupakan negeri naungan (protektorat) United Kingdom dan dikekalkan apabila Brunei mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984. Bendera ini terdiri daripada lambang negara di bahagian tengah dengan latarbelakang warna kuning dan pepenjuru hitam,putih dan panji-panji berwarna merah di bidang bendera.
Lambang negara terdiri daripada bulan sabit (lambang Islam), dicantum dengan payung obor-obor (lambang kerajaan di bawah seorang raja). Di bawah payung adalah sayap yang melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan. Di sebelah kiri dan kanan terdapat sepasang tangan yang menadah. Di bulan sabit terdapat kekata dalam tulisan Jawi, "Sentiasa berkhidmat dengan panduan Tuhan" dan di bawah bulan sabit, kekata "Negara Brunei Darussalam" juga dalam tulisan Jawi.
Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Ini dapat dilihat di panji-panji diraja Malaysia dan Thailand dan juga bendera presiden Indonesia.