Ayn Rand
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
![]() |
|
Kelahiran | 2 Februari 1905 St. Petersburg, Rusia |
Kematian | 6 Mac 1982 Bandaraya New York |
Pekerjaan | Ahli falsafah, penulis novel serta drama |
Mahakarya | Atlas Tidak Diendahkan (Atlas Shrugged) |
Dipengaruhi oleh |
Aristotle, Thomas Aquinas, Nietzsche, Isabel Paterson |
Mempengaruhi | John Hospers, Harry Binswanger, Nathaniel Branden, Alan Greenspan, Anton LaVey, Leonard Peikoff, George Reisman, Tara Smith, Terry Goodkind, Steve Ditko |
Ayn Rand (2 Februari 1905 – 6 Mac 1982), dilahirkan di Rusia dengan nama Alisa Zinov'yevna Rosenbaum (bahasa Rusia: Алиса Зиновьевна Розенбаум), ialah seorang ahli falsafah wanita Amerika Syarikat [1] yang paling dikenali untuk pengembangan Objektivisme, serta novel-novelnya yang termasuk:
- Kepala Air Pancut (The Fountainhead)
- Atlas Tidak Diendahkan (Atlas Shrugged)
- Kami Yang Hidup (We the Living)
- Lagu Puja (Anthem).
Seorang tokoh Amerika Syarikat yang agak berpengaruh selepas Perang Dunia II, karya-karya Rand telah menarik kedua-dua kekaguman yang ghairah serta pengutukan yang pedas. Karya-karyanya menekankan apa yang beliau menganggap sebagai konsep-konsep falsafah asas untuk kenyataan objektif, jalan fikiran, egoisme rasional, serta kapitalisme laissez-faire dan pada masa yang sama, membidas apa yang beliau memperlihatkan sebagai ketakrasionalan dan ketaksusilaan altruisme, kolektivisme, dan komunisme. Rand mempercayai bahawa:
- orang-orang harus memilih nilai-nilai mereka melalui pemikiran;
- setiap individu berhak untuk hidup semata-mata untuk diri sendiri, tanpa mengorbankan diri untuk orang lain, atau mengorbankan orang lain untuk diri sendiri;
- tiada sesiapa pun yang berhak untuk mengambil harta orang lain, baik melalui pemaksaan mahupun melalui penipuan, atau untuk mengenakan tata kesusilaan terhadap orang-orang lain melalui kekuatan fizikal. Politiknya telah diperihalkan sebagai minarkisme dan libertarianisme, walaupun beliau tidak pernah menggunakan istilah pertama dan sangat benci akan istilah yang kedua. [2]
Matlamat khusus fiksyen Rand adalah untuk menonjolkan pahlawan Rand yang ideal, [3] seorang yang keupayaan dan kebebasannya mengakibatkan percanggahan dengan masyarakat tetapi yang walaupun demikian, masih tekun mencapai matlamat-matlamatnya.
[sunting] Rujukan
- ↑ Pendapat-pendapat berbeza tentang bolehkah Rand dianggap sebagai seorang "ahli falsafah". Salah satu sumber memperhatikan: "Mungkin kerana beliau menjauhkan diri daripada falsafah akademik, dan kerana karya-karya dianggap dengan betul sebagai karya kesusasteraan, falsafah objektisme selalunya tidak dimasukkan ke dalam falsafah akademik. Bagaimanapun, semua ahli akademik kesusasteraan menganggapnya sebagai seorang ahli falsafah. Karya-karyanya wajar dipertimbangkan sebagai karya falsafah pada dirinya." (Jenny Heyl, 1995, sebagaimana disebut dalam (1999) Mimi R Gladstein, Chris Matthew Sciabarra(eds) tajuk: Feminist Interpretations of Ayn Rand, penerbit: Percetakan Negeri Penn. ISBN 0271018313., m.s. 17)
- ↑ "Soal Jawab Ayn Rand mengenai Penyokong-penyokong Libertarianisme.". Dicapai pada 2006-03-22. di Institut Ayn Rand. Rand menyatakan pada tahun 1980, "Aku tak pernah membaca sesuatu yang ditulis oleh sebarang penyokong Libertarianisme... itu bukannya idea-ideaku yang telah salah diperlakukan — iaitu gigi-giginya tercabut — tanpa sebarang penghargaan."
- ↑ Lewis, John. "Ayn Rand". Dicapai pada 2006-03-29. The Literary Encyclopedia, 20 Oktober 2001.
[sunting] Pautan luar
Carilah maklumat lanjut di Ayn Rand melalui projek-projek kembar Wikipedia:
|
[sunting] Maklumat am
- Soalan Lazim Ayn Rand
- Soalan Lazim mengenai Ayn Rand
- Kemasukan "Ayn Rand" dalam Ensiklopedia Falsafah Internet
- Penulis-penulis Amerika: Ayn Rand – video RTSP C-SPAN 2002
[sunting] Karya dan ucapan Rand
- Lagu Puja – teks lengkap dalam domain awam
- Atlas Tidak Diendahkan – garis kasar buku
- Kepala Air Pancut – garis kasar buku
- Kami Yang Hidup – garis kasar buku
- "Falsafah: Siapakah Yang Memerlukannya?" – Ucapan kepada Kelas Tamatan Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point, New York - 6 Mac 1974
- Testimoni HUAC Rand – transkrip
- Kami Yang Hidup – garis kasar video
- Projek Gutenberg: Karya-karya oleh Ayn Rand
- Kertas-kertas kerja Rand di Perpustakaan Kongres
[sunting] Filem
[sunting] Pertubuhan yang memajukan falsafah Ayn Rand
- Laman web Atlasphere – direktori sejagat untuk peminat-peminat novel Ayn Rand, dengan ruang-ruang dan berita-berita yang berkaitan dengan Rand
- Institut Ayn Rand – sumber maklumat yang berwibawa mengenai Ayn Rand dan falsafahnya. Diasaskan oleh Leonard Peikoff, pewaris sah serta pewaris intelek Ayn Rand
- Dolar & Palang – ulasan dari sudut pandangan pro-kapitalis
- Pusat Rujukan Objektivisme
- Pusat Penyokong Objektivisme
- ObjectivismOnline.Net – mengandungi forum, blog, esei, bilik sembang, dan wiki mengenai Objektivisme
- Forum untuk peminat-peminat Ayn Rand
- Laman web SOLO Passion: Pertimbangan Hidup Penyokong Objektivisme
- Laman web TIA Daily – berita-berita harian dan ulasan dari sudut pandangan penyokong-penyokong Objektivisme melalui emel
[sunting] Sekutu Rand
[sunting] Pandang kritis
- Sosiologi Kultus Ayn Rand oleh Murray N. Rothbard di blog LewRockwell.com