6 Mac
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
<< | Mac | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 | |||||
2008 |
6 Mac merupakan hari ke-65 (hari ke-66 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 300 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Ghana (1957).
[sunting] Peristiwa
- 1521 - Ferdinand Magellan dan anak-anak kapalnya tiba di Guam dan disambut oleh orang-orang Chamorus.
- 1836 - Revolusi Texas: Angkatan tentera Mexico menawan Alamo selepas pengepungan selama 13 hari.
- 1857 - Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes Dred Scott, satu keputusan penting yang menyebabkan banyak pindaan perlembagaan.
- 1869 - Dmitri Mendeleev (gambar) memperkenalkan jadual berkala yang pertama untuk unsur kepada Persatuan Kimia Rusia.
- 1899 - Syarikat kimia dan farmaseutikal Jerman Bayer mendaftarkan aspirin sebagai satu tanda dagangan.
- 1975 - Pembukaan rasmi Stadium Kota Raja Kelang oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj, Sultan Selangor.
- 1987 - Feri British M/S Herald of Free Enterprise terbalik sewaktu meninggalkan pelabuhan Zeebrugge, Belgium, dan mengakibatkan kematian 193 penumpang.