Alkena
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Alkena dan sikloalkena ialah hidrokarbon yang mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua karbon-karbon. Ia adalah hidrokarbon tak tepu kerana tidak mempunyai bilangan atom maksimum yang dapat ditempatkan pada setiap karbon. Alkena juga dikenali sebagai olefin.
Lebih reaktif berbanding alkana kerana adanya ikatan ganda dua, ia dapat melunturkan warna perang air bromin atau melunturkan warna ungu larutan kalium manganat (VII) berasid. Ia menghasilkan lebih banyak jelaga apabila terbakar kerana peratus karbon dalam molekulnya lebih tinggi.
[sunting] Sifat fizik alkena
Alkena diperolehi daripada petroleum dan gas asli. Sebagai hidrocarbon, ia terdiri daripada hidrogen dan karbon sahaja.
Alkena bersifat neutral. Sedangkan ia tidak larut dalam air, ia larut dalam pelarut organik. Alkana dan alkena dalam bentuk cecair adalah kurang tumpat daripada air.
[sunting] Sifat kimia alkena
- Kebanyakan tindak balas yang dijalani oleh alkena ialah tindak balas penambahan elektrofilik. Hasil tindak balas mengikut Peraturan Markonikov.
- Boleh dioksidakan dengan kalium permanganat berasid atau kalium dikromat berasid untuk membentuk sebatian diol. Jika ozon digunakan, ozonolisis berlaku membentuk sebatian karbonil.
- Terbitan alkena amat penting dalam pembentukan polimer.