Unta
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Unta | |||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
|||||||||||||||||
Pengelasan saintifik | |||||||||||||||||
|
Unta (bahasa Inggeris: camel) ialah mana-mana satu daripada dua spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:
- Camelus dromedarius (ponok tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat;
- Camelus Bactrianus (ponok kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia tengah.
Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun. Istilah unta juga digunakan secara umum untuk merujuk kepada mana-mana satu daripada enam haiwan yang seakan-akan unta dalam famili Camelidae: dua jenis unta benar, dan empat jenis kamelid Amerika Selatan: Llama, Alpaka, Guanako dan Vikuna. Nama unta dalam bahasa Inggeris camel datang melalui bahasa Greek κάμηλος (kámēlos) daripada bahasa Arab جمل (jamal) atau bahasa Ibrani גמל (gahmal).
Unta Camelus Bactrianus mempunyai dua lapis bulu: selapis bulu halus yang hangat di dalam, serta selapis bulu yang panjang dan kasar di luar. Haiwan ini menggugur kedua-dua lapis bulunya dalam gumpalan yang biasanya dikumpul. Struktur bulunya serupa dengan sakhlat kashmir. Bulu halus yang panjangnya biasa antara satu hingga tiga inci (2-8 sentimeter) dipintal menjadi yan untuk kaitan. Unta menghasilkan 5 paun (2 kilogram) bulu setahun.
Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya, dan sebagai haiwan tenaga.
[sunting] Pautan luar
- Penggunaan unta oleh pihak polis Afrika Selatan
- Pusat Penyelidikan Unta Nasional, Bikaner (Rajasthan), India
- Kerja Berat Harian: Dua ekor unta sedang bekerja – Video mengenai unta memerah minyak zaitun dan memotong rumput di Djerba, Tunisia
- A-Z mengenai Unta
Kamelid | |
---|---|
Kamelid Afro-Asia: Camelus bactrianus - Camelus dromedarius | |
Kamelid Amerika Selatan: Alpaka - Guanako - Llama - Vikuna | |
Hibrid: Kama |