Togo
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
|
|||
Cogan kata: Travail, Liberté, Patrie Perancis: Usaha, Merdeka, Tanahair |
|||
![]() |
|||
Ibu negara | Lomé | ||
Bandar terbesar | |||
Presiden | Gnassingbe Eyadema | ||
Perdana Menteri | Koffi Sama | ||
Keluasan: Jumlah: |
Tangga ke-123 56,785 km2 |
||
Penduduk: Jumlah: Kepadatan: |
Tangga ke-106 5,018,502 (2002) 88/km2 |
||
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis | ||
Bahasa lain | |||
Lagu kebangsaan | Salut à toi, pays de nos aïeux | ||
Agama rasmi | |||
Agama lain | |||
Matawang | CFAF | ||
Zon Waktu | UTC+0 | ||
Internet TLD | .tg | ||
Kod panggilan | 228 | ||
Togo, secara rasminya digelar Republik Togo, ialah sebuah negara di Afrika Barat yang menyempadani Ghana di barat, Benin di timur, dan Burkina Faso di utara. Di selatan, negara inti mempunyai pantai yang pendek yang berhadapan dengan Teluk Guinea. Lomé, ibu negaranya, terletak di pantai tersebut.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Sejarah barat tidak mencatatkan apa yang berlaku di Togo sebelum orang-orang Portugis tiba di sana pada lewat abad ke-15. Semasa tempoh sejak dari abad ke-11 sehingga abad ke-16, berbagai-bagai puak masuk ke dalam kawasan ini dari semua arah: puak Ewé dari Nigeria dan Benin, serta puak-puak Mina dan Guin dari Ghana. Kebanyakan mereka menetap di kawasan-kawasan pantai. Apabila perdagangan abdi bermula dengan sungguh-sungguh pada abad ke-16, puak Mina mendapat paling banyak manfaat. Selama dua ratus tahun kemudian, kawasan pantai ini merupakan sebuah pusat serangan yang utama untuk orang-orang Eropah yang datang untuk mencari abdi, dan menyebabkan Togo serta kawasan-kawasan bersekitaran dinamai "Pantai Abdi.
Dalam sebuah perjanjian yang dimeterai di Togoville pada tahun 1884, Jerman mengisytiharkan sejalur wilayah di sepanjang pantai sebagai sebuah negeri naungan, dan beransur-ansur memperluas penguasaannya masuk ke pedalaman. Pada tahun 1905, kawasan tersebut menjadi sebuah tanah jajahan Jerman. Selepas Perang Dunia I, tanah jajahan ini berpecah menjadi dua buah mandat Liga Negara-Negara yang masing-masing ditadbirkan oleh United Kingdom dan Perancis. Selepas Perang Dunia II, mandat-mandat tersebut menjadi Wilayah Amanah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Penduduk-penduduk Togoland British mengundi untuk menyertai Pantai Emas sebagai sebahagian negara merdeka Ghana yang baru, manakala Togoland Perancis menjadi sebuah republik autonomi di dalam Kesatuan Perancis. Pada tahun 1960, Togo menjadi sebuah negara merdeka di bawah Sylvanus Olympio. Bertahun-tahun ketakstabilan politik menyusul, dan memuncak dengan Lt. Kol. Étienne Eyadéma merampas kuasa pada 13 Januari 1967.
Gnassingbe Eyadema meninggal dunia pada awal tahun 2005 selepas memegang kuasa selama 38 tahun, dan merupakan diktator yang paling lama di Afrika. Pelantikan anaknya, Faure Gnassingbe, oleh tentera Togo sebagai presiden membangkitkan pengutukan antarabangsa yang meluas. Bagaimanapun, pemerintahannya tidak kekal lama. Faure menarik diri dan mengadakan pilihan raya yang menyebabkan kemenangan Prashay Dhupelia, dua bulan kemudian. Pihak pembangkang mengatakan bahawa pengundian itu dimanipulasi. Perkembangan-perkembangan pada tahun 2005 menimbulkan soalan-soalan baru tentang komitmen demokrasi yang dibuat oleh Togo pada tahun 2004 dalam sebuah usaha untuk memulihkan hubungannya dengan Kesatuan Eropah yang menghentikan bantuan kepadanya pada tahun 1993, akibat rekod hak asasi manusia Togo. Tambahan pula, sehingga 500 orang telah dibunuh dalam keganasan politik yang menyelubungi pemilihan presiden, menurut PBB. Sekitar 40,000 orang Togo melarikan diri ke negara-negara berjiran.
[sunting] Geografi
Togo ialah sebuah negara sub-Sahara yang kecil dan sempit yang menyempadani Teteluk Benin di selatan, Ghana di barat, Benin di timur, dan Burkina Faso di utara..
Di utara, kawasannya dicirikan oleh savanah beralun, berbanding dengan kawasan tengahnya yang dicirikan oleh bukit-bukau. Togo selatan mempunyai sebuah penara yang terbentang sehingga dataran pantai yang mengandungi banyak lagun dan tanah paya. Luasnya negara ini 21,925 batu persegi (56,785 km²), dengan kepadatan penduduk purata sebanyak 253 orang per batu persegi (98/km²). Pada tahun 1914, negara ini menukarkan namanya daripada Togoland kepada Togo.
[sunting] Daerah
Togo dibahagikan kepada lima buah kawasan yang dibahagikan pula menjadi 30 buah prefektur dan sebuah komun. Kawasan-kawasannya dari utara ke selatan ialah Savanes, Kara, Centrale, Plateaux dan Maritim.
Togo juga dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu utara, selatan, timur, dan barat.
[sunting] Ekonomi
Ekonomi sub-Sahara Togo yang kecil ini amat bergantung kepada kedua-dua pertanian komersil serta pertanian sara diri yang memberikan pekerjaan kepada 65% daripada tenaga buruhnya. Koko, kopi, dan kapas bersama-sama memberikan lebih kurang 30% daripada perolehan eksport Togo. Togo adalah negara mampu diri dari segi bahan makanan asas ketika tuaiannya adalah normal, dengan kesukaran bekalan kawasan dihadapi sekali-sekala. Dalam sektor perindustrian, pelombongan fosfat merupakan kegiatannya yang paling penting walaupun ekonomi Togo telah terjejas, akibat kejatuhan harga fosfat dunia serta persaingan asing yang meningkat. Pendapatan negara kasar (PNK) per kapita ialah AS$380 (Bank Dunia, 2005).
Togo bertindak sebagai sebuah pusat komersil dan perdagangan wilayah. Usaha kerajaan selama sedekad yang dibantu oleh Bank Dunia dan IMF untuk melaksanakan langkah-langkah reformasi ekonomi, menggalakkan pelaburan asing, dan menyebabkan hasil negara sepadan dengan perbelanjaan, telah berhenti.
Pergolakan politik, termasuk mogok-mogok dalam sektor kerajaan dan swasta pada sepanjang tahun 1992 dan 1993 telah menjejaskan rancangan reformasi, menyusutkan asas cukai, serta mengganggu kegiatan-kegiatan ekonomi yang penting. Turun nilai mata wang pada 12 Januari 1994 sebanyak 50% memberikan dorongan yang penting terhadap pelarasan struktur yang baru. Usaha-usaha itu dimudahkan oleh keakhiran persengketaan pada tahun 1994 dan pengembalian kepada ketenangan politik yang terang-terangan. Kemajuan negara ini bergantung kepada keterbukaan operasi-operasi kewangan kerajaan (untuk memberi perkhidmatan sosial yang lebih banyak) dan mungkinnya pengurangan saiz tenteranya yang rejim itu telah bergantung untuk mengekalkan diri. Kekurangan bantuan, bersama-sama dengan harga koko yang murah, mengakibatkan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1% pada tahun 1998, dengan pertumbuhan disambung semula pada tahun 1999.
[sunting] Agama
Sebahagian besar penduduk Togo (51%) berpegang teguh pada kepercayaan-kepercayaan animisme asli. [1] Agama Kristian merupakan agama kedua terbesar yang dianuti oleh 29% daripada jumlah penduduk negara ini. Penduduk-penduduk yang lain menganuti agama Islam.
[sunting] Lihat juga
|
|
|
[sunting] Rujukan
Rencana ini mengandungi bahan-bahan daripada Buku Fakta Dunia CIA. Sebagai sebuah terbitan kerajaan Amerika Syarikat, terbitan in berada di domain awam.
- Schnee, Dr. Heinrich, (bekas Gabenor Afrika Timur Jerman), German Colonization, Past and Future - The Truth about the German Colonies, George Allen & Unwin, London, 1926.
- Bullock, A.L.C., Germany's Colonial Demands, Percetakan Universiti Oxford, 1939.
- Profil Negara Berita BBC - Togo
[sunting] Pauta luar
Carilah maklumat lanjut di Togo melalui projek-projek kembar Wikipedia:
|
- Berita
- AllAfrica.com - Togo – pautan-pautan tajuk berita
- IFEX - Togo – makalah berita dan dosir
- Gambaran keseluruhan
- Profil Negara Berita BBC - Togo
- Halaman Negara Ensiklopedia Britannica - Togo
- Buku Fakta Dunia CIA - Togo
- Projek Direktori Terbuka - Togo – kategori direktori
- Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat - Togo – termasuk maklumat latar belakang, kajian negara, serta laporan-laporan utama
- Kerajaan
- (Perancis) Laman web rasmi Republik Togo
- (Perancis) Laman web rasmi Dewan Undangan Negara Togo
- Pelancongan
- Panduan pelancong {{{2}}} dari Wikitravel
- Sukan
Algeria · Afrika Selatan · Angola · Benin · Botswana · Burkina Faso · Burundi · Cameroon · Tanjung Verde · Republik Afrika Tengah · Chad · Comoros · Republik Demokratik Congo · Republik Congo · Côte d'Ivoire · Djibouti · Mesir · Eritrea · Habsyah · Guinea Khatulistiwa · Gabon · Gambia · Ghana · Guinea · Guinea-Bissau · Kenya · Lesotho · Liberia · Libya · Madagascar · Malawi · Mali · Mauritania · Mauritius · Mozambique · Namibia · Niger · Nigeria · Rwanda · Republik Demokratik Arab Sahrawi · São Tomé dan Príncipe · Senegal · Seychelles · Sierra Leone · Somalia · Sudan · Swaziland · Tanzania · Togo · Tunisia · Uganda · Zambia · Zimbabwe
Afrika Selatan · Republik Afrika Tengah · Algeria · Angola · Benin · Botswana · Burkina Faso · Burundi · Cameroon · Chad · Comoros · Republik Demokratik Congo · Republik Congo · Côte d'Ivoire · Djibouti · Eritrea · Gabon · Gambia · Ghana · Guinea · Guinea-Bissau · Guinea Khatulistiwa · Habsyah · Kenya · Lesotho · Liberia · Libya · Madagaskar · Maghribi · Malawi · Mali · Mauritania · Mauritius · Mesir · Mozambique · Namibia · Niger · Nigeria · Rwanda · Republik Demokratik Arab Sahrawi · Sao Tome dan Príncipe · Senegal · Seychelles · Sierra Leone · Somalia (Somaliland) · Sudan · Swaziland · Tanjung Verde · Tanzania · Togo · Tunisia · Uganda · Zambia · Zimbabwe