On Amazon.it: https://www.amazon.it/Complete-Concordances-James-Bible-Azzur/dp/B0F1V2T1GJ/


The Da Vinci Code - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

The Da Vinci Code

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Buku / Novel
Contoh kulit buku yang diterbitkan
The Da Vinci Code
Siri -
Pengarang Asal Dan Brown
ISBN ISBN 0385504209 (edisi kulit tebal AS)
ISBN 0593052447 (edisi kulit tebal UK)
ISBN 1400079179 (edisi kulit kertas US)
Kod Buku -
Saiz 454 muka (AS) & 359 muka (UK)
Terbitan Doubleday (AS) & Bantam (UK)
Bahasa Bahasa Inggeris
Tahun Keluaran 2003
Bilangan Muka Surat {{{bilangan muka surat}}}
Kulit bukuThe Da Vinci Code (Edisi pertama UK)
Kulit bukuThe Da Vinci Code (Edisi pertama UK)

The Da Vinci Code atau Kod Da Vinci merupakan sebuah novel cereka karangan Dan Brown dan diterbitkan pada tahun 2003 oleh Doubleday Fiction (ISBN 0385504209). Buku ini menjadi buku yang terlaris di dunia dengan jualan lebih dari 40 naskhah dan diterjemahkan kepada 44 buah bahasa. Buku ini merangkumi genre penyiasatan, ngeri dan pengkomplotan dan menjadi buku kedua selepas Angels and Demons, yang diterbitkan pada tahun 2000 yang mula memperkenalkan watak Robert Langdon. Buku ketiga dijangka terbit pada 2006 atau 2007 dengan tajuk The Solomon Key.

Pada November 2004, Random House menerbitkan "Edisi Bergambar Khas", dengan lebih 160 ilustrasi yang diselitkan bersama. Terdapat juga edisi kulit tebal yang mukanya tersorok kunci kepada persoalan yang berkaitan dengan jalan cerita.

Latar novel tersebut merangkumi pengkomplotan pihak Gereja Katolik untuk menutup cerita "sebenar" Jesus. Pihak Vatican mengetahui yang ianya adalah satu pembohongan tetapi tetap menyembunyikannya untuk membiarkan mereka berkuasa. Novel ini menaikkan kembali persoalan yang timbul disebalik lagenda atau mitos Cawan Suci dan peranan Mary Magdalene dalam sejarah Kristian.

Buku yang merupakan hasil kretaif, penuh aksi dan pencetus minda mendapat kritikan kerana menyatakan pembabitan Gereja Katolik dan Opus Dei dalam kes-kes negatif.

(Kulit kertas pasaran AS)
(Kulit kertas pasaran AS)

Senarai kandungan

[sunting] Watak Utama

Watak yang diperkenalkan Dan Brown adalah mengikut gaya penulisannya apabila nama watak turut memainkan peranan yang apabila dijadikan anagram dan perunuk tersembunyi dalam jalan cerita:

  • Robert Langdon – merupakan seorang profesor Kaji Simbol Agama di Universiti Harvard dan datang ke Paris bertujuan untuk memberikan syarahan tentang kerjanya. Perkaitannya dengan cerita utama bermula apabila Jacques Saunière, kurator Louvre terbunuh dan kebetulan mereka telah mengadakan temu janji pada pada satu waktu sebelum pembunuhan berlaku. Pihak polis Perancis meminta bantuannya, yang tanpa disedari Langdon, menganggapnya sebagai suspek utama di sebalik pembunuhan tersebut. Mungkin bukan kebetulan nama watak ini berkaitan dengan John Langdon pembuat ambigram dalam novel kemunculan pertama Robert Langdon iaitu Angels and Demons.
  • Jacques Saunière – kurator Louvre, ketua kepada Priory of Sion, dan datuk Sophie Neveu. Sebelum dibunuh oleh Silas di muzium, dia mendedahkan maklumat palsu tentang kata kunci Priory. Setelah ditembak, dia menggunakan masa-masa terakhirnya untuk meninggalkan petunjuk untuk cucunya, Sophie, agar dapat merungkai misteri pembunuhan dan menyimpan rahsia Priory of Sion. Nama Saunière mungkin berdasarkan nama Bérenger Saunière, orang yang banyak kali disebut dalam buku Holy Blood, Holy Grail.
  • Sophie Neveu – cucu Jacques Saunière. Dia adalah ahli kriptografi kerajaan Perancis yang belajar di Royal Holloway, Kumpulan Maklumat Keselamatan Universiti London. Dia dibesarkan oleh datuknya selepas kematian ibu bapa dalam kemalangan kereta. Dia dipanggil "Princesse Sophie" - "Puteri Sophie" oeh datuknya ketika kecil. Dia turut membantu menyelesaikan masalah bersama Robert Langdon walaupun dia pernah mengalami konflik tentang datuknya dan kumpulan rahsia itu.
  • Bezu Fache – kapten "Direction centrale de la police judiciaire (DCPJ)" (Badan Polis Pusat), polis penyiasatan jenayah Perancis. Dia ditanggungjawabkan terhadap kes pembunuhan Saunière. Dari mesej yang ditinggalkan curator itu, dia yakin yang pembunuh tersebut adalah Robert Langdon, lalu menyuruhnya datang ke Louvre untuk mengorek rahsia. Penangkapan Langdon terhalang apabila Sophie Neveu, yang mengetahui Langdon tidak bersalah telah secara senyap melarikannya.
  • Silas – pengikut Opus Dei yang albino. Dia adalah anak yatim dari Marseille dan terjebak dalam kancah jenayah lalu dipenjarakan di Andorra di Pyrenees dan bebas akibat gempa bumi. Dia mencari perlindungan dari paderi muda berbangsa Sepanyol iaitu Aringarosa, yang menamakannya Silas. Sebelum bermulanya peristiwa utama novel, Aringarosa menyuruhnya sentiasa berhubung dengan Guru dan memberitahunya yang misi yang diberikannya adalah sangat penting untuk menyimpan Kata Tuhan yang benar. Di bawah arahan Guru, dia membunuh Jacques Saunière dan tiga lagi pemimpin Priory of Sion semata-mata ingin mengetahui "batu kunci" Priory. Apabila mendapati dia diberikan maklumat yang salah, dia mengejar Langdon dan Neveu untuk mendapatkan batu kunci yang sebenar. Dia tidak mengetahui siapa Guru yang sebenarnya. Walaupun mengetahui pembunuhan adalah satu dosa, dia tetap melakukannya kerana yakin dengan itu, dia mampu menyelamatkan Gereja Katolik.
  • Biskop Manuel Aringarosa – ketua Opus Dei dan penjaga Silas. Dia dihubungi "Guru", yang mengetahui mesyuarat rahsianya di Vatican bersama golongan gereja iaitu sebaik sebelum dihubungi. Guru itu memberitahu dia boleh menyediakan artifak kepada Aringarosa yang bernilai kepada gereja yang mampu menaikkan Opus Dei mengatasi Vatican.
  • Guru – watak bayangan yang mendalangi jalan cerita. Dia bukan sahaja mengetahui tentang Opus Dei, tetapi tahu identiti keempat-empat pemimpin Priory of Sion, yang mengetahui tentang lokasi batu kunci. Dia mempergunakan Silas, jagaan Aringarosa, untuk menjalankan rancangannya.
  • André Vernet – presiden Bank Simpanan Zurich cawangan Perancis. Dia memberitahu Neveu dan Langdon bahawa mereka dikehendaki pihak DCPJ. Dia mahu menghalau mereka sebelum ketibaan polis untuk menglakkan nama buruk.Mereka memberitahunya tentang kematian pemegang akaun bank Jacques Saunière, telah mati dan Neveu kini memegang kunci tersebut iaitu Kunci Emas. Dengan menyamar sebegai pemandu bank, dia membawa keluar Neveu dan Langdon dari bank dengan selamat tanpa pengetahuan polis.
  • Sir Leigh Teabing – Ahli Sejarah Diraja British, dan kawan Robert Langdon. Sangat kaya dan tinggal di pinggir Paris. Langdon dan Neveu mencari perlindungan dengannya selepas melarikan diri dari Bank Simpanan Zurich bersama kotak rosewood yang mengandungi batu kunci. Dia membantu menerangkan tafsiran Cawan kepada Neveu selepas diketahui kehadiran mereka oleh Silas dan polis Perancis, mereka bersama chauffeurnya, Rémy, terbang ke England. Mereka membawa Silas bersama mereka dalam keadaan terikat. Selepas Neveu menyelesaikan gabungan kunci, Teabing membantu menafsirkan teka-teki yang mengatakan mereka akan ke Gereja Temple di London untuk mencari batu kunci yang kedua. Perhatikan bahawa nama Sir Leigh Teabing adalah anagram dari nama pengarang Holy Blood, Holy Grail, — Michael Baigent dan Richard Leigh.
  • Rémy Legaludec – orang gaji dan chauffeur kepada Leigh Teabing. Selepas terbang bersama Teabing, Langdon, dan Neveu ke England, dia memandu mereka ke Gereja Temple di London. Tanpa pengetahuan yang lain, dia bekerja untuk Guru. Ketika yang lain berada dalam Gereja Temple, dia melepaskan Silas dan dengan bersenjatakan pistol, memasuki gereja sebelum yang lain dapat mencari lokasi batu kunci di sana.
  • Lieutenant Collet – leftenan DCPJ dan turut bertanggungjawab dalam kes ini. Dia kecewa dengan Fache, Collet cuba menaikkan maruahnya dengan mengingkari arahan Fache. Di akhir penyiasatan, Collet berjaya menguruskan kes itu dan menyelamatkan Fache dari malu dengan penangkapan Guru.

[sunting] Ringkasan

Buku ini mengisahkan usaha Robert Langdon, Profesor "Kaji Simbol Agama" di Universiti Harvard, menyelesaikan masalah pembunuhan seorang curator terkenal di Muzium Louvre, Paris iaitu Jacques Saunière. Sudahpun tertera sebagai tajuk buku, keadaan kematian Saunière menepati karya Da Vinci apabila mayatnya ditemui di Sayap Denon Louvre dalam keadaan berbogel dan menunjukkan gaya Vitruvian Man iaitu satu daripada karya terkenal Leonardo da Vinci. Menurut karya tersebut, mesej rahsia tertulis di sebelah badannya dengan rajah Pentagram terlukis di atas perutnya dengan darahya sendiri.

Vitruvian Man, oleh Leonardo da Vinci.
Vitruvian Man, oleh Leonardo da Vinci.

Pesanan yang tersembunyi di sebalik karya agung Leonardo seperti Mona Lisa dan The Last Supper, menjadi titik tolak dalam menyelesaikan masalah dan rahsia yang dilindungi yang tidak sempat disampaikan oleh Saunière sebelum mati serta misteri di sebalik pembunuhan tersebut.

Dalam merungkai misteri tersebut, watak (bersama pembaca) terpaksa memerah otak untuk mengaitkan kejadian, pesanan dan rahsia yang mungkin tersembunyi secara sulit termasuk anagram dan nombor. Robert Langdon dalam usaha mencari jawapan terhalang apabila disyaki menjadi dalang di sebalik pembunuhan tersebut. Dalam keadaan diburu, mereka mendapati semua itu berkaitan dengan tempat yang mungkin terletaknya Cawan Suci dan persatuan sulit yang dikenali sebagai [[Priory of Sion], begitu juga dengan Kesatria Templar. Turut muncul dalam jalan cerita adalah organisasi Katolik dan "Opus Dei".

Antara beberapa plot cerita:

  • Jacques Saunière adalah ketua Priory of Sion, maka dia tahu akan maklumat tentang "batu kunci", yang mendedahkan lokasi Cawan Suci dan dokumen yang mampu menggoyahkan institusi asas Kristian dan Gereja Katolik. Dia dibunuh kerana maklumat tersebut ingin dicungkil oleh pembunuhnya.
  • Pesanan yang ditinggalkan Saunière yang tertulis dengan pen di atas lantai mempunyai tambahan "P.S. Find Robert Langdon" (P.S. Cari Robert Langdon). Sebab itulah Bezu Fache mengesyaki Langdon sebagai pembunuhnya. Fache memadamnya sebelum Langdon tiba di Louvre supaya Langdon tidak tahu yang polis mengesyakinya. Walau bagaimanapun, Sophie Neveu melihat keseluruhan pesanan tersebut setelah difakskan oleh pihak polis ke pejabatnya. Dia menyedari yang pesanan tersebut adalah untuknya memandangkan datuknya sering memanggilnya "Princesse Sophie" (atau "PS") ketika kecil. Kerana itulah dia mengetahui yang Langdon tidak bersalah dan meninggalkan sistem peti simpanan suara untuk mengelakkannya dari pihak polis.
  • Terdapat lagi tiga baris pesanan yang tertulis dengan darah Saunière yang merupakan anagram. Baris pertama adalah nombor Fibonacci yang ditunggang terbalikkan. Baris kedua dan ketiga tertulis "O, draconian devil!" dan "Oh, lame saint!" iaitu anagram bagi "Leonardo da Vinci" dan "The Mona Lisa" (dalam Inggeris). Petunjuk tersebut adalah panduan ke set petunjuk kedua. Pada kaca di potret Mona Lisa, Saunière menulis pesanan "So dark the con of Man" dengan pen curator yang hanya boleh dilihat dengan cahaya ultra ungu. Petunjuk tersebut adalah anagram bagi Madonna of the Rocks, iaitu satu lagi lukisan Da Vinci yang tergantung berhampiran. Di balik lukisan tersebut adalah kunci yang disorokkan Saunière yang tertulis di atasnya dengan pen kurator satu alamat.
  • Kunci tersebut boleh membuka peti keselamatan di Bank Simpanan Zurich dengan nombor akaunnya adalah nombor Fibonacci yang disusun mengikut susunan yang betul.
  • Di Westminster Abbey, Langdon membuka kripteks kedua dan menanggalkan isinya sebelum memusnahkannya di hadapan Teabing. Teabing ditangkap dan merayu kepada Langdon agar memberitahu kandungannya dan lokasi rahsia Cawan tersebut.
  • Biskop Aringarosa dan Silas mempercayai yang mereka menyelamatkan Gereja Katolik dan bukan memusnahkannya.
  • Bezu Fache mendapati Neveu dan Langdon tidak bersalah hanya selepas menemui peralatan perisikan di kawasan rumah Teabing.
  • Pesanan terakhir dalam batu kunci yang kedua tidak merujuk kepada gereja kecil Rosslyn Chapel, walaupun Cawan tersebut pernah ditanam di sana, di bawah Bintang David di atas lantai (dua segi tiga adala "bilah" dan "piala", atau lambing lelaki dan perempuan).
  • Penjaga gereja kecil Rosslyn adalah nenek Sophie (isteri Jacques Saunière ) yang telah lama menghilang.
  • Walaupun keempat-empat pemimpin Priory of Sion dibunuh, rahsia mereka tetap tidak hilang di kalangan organisasi tersebut
  • Pada penghujung buku, Robert Langdon dan Sophie Neveu merancang pertemuan mereka di Florence, Itali.

[sunting] Rahsia Cawan Suci

Perincian The Last Supper oleh Leonardo da Vinci.
Perincian The Last Supper oleh Leonardo da Vinci.

Seperti yang diterangkan Leigh Teabing kepada Sophie Neveu, orang yang berada di tangan kiri Jesus sepatutnya bukan John si Hawari, tetapi Mary Magdalene. Menurut buku ini, Mary Magdalene merupakan isteri Jesus Christ dan mengandungkan anaknya ketika penyaliban berlaku. Ketiadaan piala minum dalam lukisan tesebut menunjukkan yang Leonardo tahu yang Mary Magdalene adalah si Cawan Suci (pembawa darah Jesus). Ini dikatakan dengan jelas lagi apabila bentuk "M" wujud di antara Jesus, Mary, dan hawari (Saint Peter) iaitu tempat Mary bersandar. Buku juga menyatakan warna pakaian mereka berdua saling padan dan berlawanan: Jesus memakai jubah mereah dengan selendang biru manakala John/Mary memakai jubah biru berselendangkan kain merah — yang mungkin melambangkan ikatan perkahwinan. (Walau bagaimanapun, tafsiran ini ditolak sejarahwan seni.)

Menurut novel tersebut, rahsia Cawan Suci, seperti yang disimpan Priory of Sion, adalah seperti berikut:

  • Cawan Suci bukanlah piala atau cawan tetapi perempuan yang namanya Mary Magdalene, yang membawa darah Jesus.
  • Istilah Perancis Lama bagi Cawan Suci adalah, San gréal, yang juga boleh ditukar kepada Sang réal, yang bermaksud "darah diraja" dalam Perancis Lama.
  • Peninggalan Cawan tersebut mengandungi dokumen yang mengesahkan pertalian darah dan juga tulang Mary Magdalene yang mungkin di simpan di Gereja Kecil Rosslyn Chapel.
  • Pihak Gereja menyembunyikan kebenaran tentang pertalian darah antara Mary Magdalene dan Jesus selama 2000 tahun. Ini disebabkan mereka takut akan kuasa perempuan yang telah dirasuki Syaitan.
  • Mary Magdalene merupakan keturunan suci (melalui Yahudi, keturunan Benjamin) dan isteri Jesus, keturunan David. Tentang dia adalah seorang pelacur adalah penghinaan yang dicipta Gereja Katolik untuk membuatkan orang tidak percaya dengan hubungan mereka. Ketika waktu penyaliban, dia mengandung dan selepas itu, dia melarikan diri ke Gaul, di mana dia diberikan perlindungan oleh orang Yahudi Marseille. Dia melahirkan anak perempuan bernama Sarah. Pertalian darah Jesus dan Mary Magdalene menjadi Dinasti Merovingian di Perancis.
  • Kewujudan pertalian darah merupakan rahsia yang terkandung dalam dokumen yang dijumpai oleh Salibi selepas mereka menguasai Jerusalem pada 1099 (lihat Kerajaan Jerusalem). Priory of Sion dan Kesatria Templar ditubuhkan untuk menyimpan rahsia itu.

Rahsia Cawan Suci berkaitan, menurut novel, kepada karya Leonardo Da Vinci seperti yang beriku:

  • Leonardo merupakan ahli Priory of Sion dan tahu akan rahsia Cawan Suci. Rahsia tersebut didedahkan dalam The Last Supper, iaitu tiada piala yang ada di atas meja. Orang yang terletak di kiri Jesus bukanlah lelaki tetapi perempuab, iaitu isterinya Mary Magdalene (Cawan Suci).
  • Mona Lisa adalah lukisan tentang dirinya sebagai perempuan. Paparan tersebut melambangkan panyatuan suci lelaki dan perempuan seperti juga Jesus dan Mary Magdalene. Nama Mona Lisa juga anagram kepada "Amon L'Isa", iaitu merujuka kepada dewa ibu dan bapa bagi Mesir Purba iaitu Amon dan Isis).

[sunting] Persoalan dalam web

Terdapat dua soalan atau teka-teki yang terdapat dalam talian yang merupakan kempen promosi bagi buku tersebut tetapi kini sudah menjadi satu permainan yang mencabar. Persoalan The Da Vinci Code menjadi tarikan popular bagi pelayar laman web dan melibatkan pentafsiran petunjuk tulisan rahsia yang menggunakan buku dan internet untuk menyelesaikannya. Persoalan Da Vinci Code, kedua yang bertajuk 'Uncover The Code' (Mendedahkan Kod), juga mengikut gaya yang sama.

[sunting] Misteri di balik misteri

Sebahagian daripada pengiklanan novel adalah hasil seni jaket kulit buku versi Amerika yang mempunyai kod dan pembaca yang mampu menyelesaikannya melalui laman web pengarang akan diberikan hadiah. Beberapa ribu orang telah menyelesaikannnya dan satu nama dipilih secara rawak untuk dijadikan pemenang. Namanya diumumkan dalam siaran langsung, "Good Morning America", pada awal 2004 dan pemenangnya memperolehi hadiah perjalanan ke Paris.

Berikut adalah petunjuk yang tersembunyi itu:

  • Di belakang jaket buku mengandungi koordinat latitud dan longitud, yang ditulis terbalik, merah terang di atas merah pekat. Tambah satu darjah kepada latitude akan memberikan koordinat Agensi Perisikan Pusat (Central Intelligence Agency – CIA) di Virginia Utara, iaitu terletaknya arca misteri yang dipanggil Kryptos. Koordinat di ambil dari teks tulisan rahsia yang dipecahkan dari bahagian dua arca. Apabila Brown ditanya tentang mengapa koordinat berbeza satu darjah, dia menjawab, "Percanggahan itu disengajakan."
  • Terdapat pesanan tersembunyi dalam teks dimuka jaket bahagian dalam penutup
  • Perkataan "only WW knows" ("hanya WW yang tahu") boleh dilihat di penutup belakang. Ini juga rujukan kepada bahagian dua iaitu arca Kryptos. [1]
  • Bulatan bersama nombor, apabila digabungkan dengan teks dari buku, akan mendedahkan pesanan rahsia.
  • Terdapat tulisan terbalik pada penutup kulit buku.

Brown telah menyatakan yang teka-teki tersebut akan memberikan petunjuk kepada tajuk novelnya yang seterusnya, The Solomon Key. Hal tersebut sama apabil novel Deception Point mempunyai mesej yang kemudian diselesaikan menjadi "The Da Vinci Code will surface - (The Davinci Code akan muncul) ".

[sunting] Adaptasi

Rencana utama: The Da Vinci Code (filem)

Sony's Columbia Pictures mengadaptasikan novel ini kepada filem dengan lakon layar ditulis oleh Akiva Goldsman, dan pemenang Anugerah Akademi Ron Howard yang mengarah. Filem tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Mei 2006 dan dibintangi Tom Hanks sebagai Robert Langdon, Audrey Tautou sebagai Sophie Neveu, dan Sir Ian McKellen sebagai Sir Leigh Teabing.

[sunting] Kritikan

[sunting] Kes mahkamah

Dan Brown pernah dibawa ke mahkama oleh beberapa penulis yang mendakwa dia menciplak karya mereka. Antaranya seperti pada Februari 2006, Michael Baigent and Richard Leigh, dua daripada tiga pengarang The Holy Blood and the Holy Grail. Sesetengah berpendapat yang itu hanyalah aksi publisiti.Dan Brown menegaskan yang sejarah tidak boleh diciplak maka tuduhan dua pengarang tersebut adalah palsu.

Terdapat juga beberapa lagi perbicaraan yang dimenangi Dan Brown kerana peristiwa bersejarah tidak boleh dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan sesiapapun berhak menulis tentangnya.

[sunting] Tindak balas pihak Kristian

Biskop Katolik AS melancarkan laman web yang menentang novel tersebut. Biskop menyatakan yang terdapat kesilapan dalam The Da Vinci Code.

Organisasi Kristian merancang untuk bertemu dengan penonton filem dengan bantahan dan doa di luar panggung di seluruh AS. Selepas mengumpul lebih dari 60,000 tanda tangan dalam bantahan, organisasi Katolik merancang untuk mengadakan bantahan bagi seribu panggung dengan puluhan ribu pembantah. Pembantah juga mendapat galakn daripada pihak Vatican yang menyatakan filem tersebut mengandungi "fitnah, menyinggung perasaan dan kesalahan".[2]

Tidak semua kumpulan Kristian bertindak begitu. Selain merancang boikot dan bantahan, banyak penganut Kristian melihat filem tersebut sebagai alat untuk evangelisme.[3]

[sunting] Lihat juga

  • Kesatria Templar
  • Leonardo Da Vinci
    • Mona Lisa, lukisan
    • The Virgin of the Rocks, lukisan
    • The Last Supper, lukisan
    • Adoration of the Magi, painting
    • Vitruvian man, lukisan
  • Louvre, galeri seni Paris
  • Mary Magdalene
  • Opus Dei,
  • Priory of Sion,

[sunting] Pautan luar

[sunting] Bantuan dan panduan kajian

[sunting] Pandangan dan kritikan

[sunting] Laman peminat dan forum

[sunting] Lain-lain

Static Wikipedia March 2008 on valeriodistefano.com

aa   ab   af   ak   als   am   an   ang   ar   arc   as   ast   av   ay   az   ba   bar   bat_smg   bcl   be   be_x_old   bg   bh   bi   bm   bn   bo   bpy   br   bs   bug   bxr   ca   cbk_zam   cdo   ce   ceb   ch   cho   chr   chy   co   cr   crh   cs   csb   cv   cy   da   en   eo   es   et   eu   fa   ff   fi   fiu_vro   fj   fo   fr   frp   fur   fy   ga   gd   gl   glk   gn   got   gu   gv   ha   hak   haw   he   hi   ho   hr   hsb   ht   hu   hy   hz   ia   id   ie   ig   ii   ik   ilo   io   is   it   iu   ja   jbo   jv   ka   kab   kg   ki   kj   kk   kl   km   kn   ko   kr   ks   ksh   ku   kv   kw   ky   la   lad   lb   lbe   lg   li   lij   lmo   ln   lo   lt   lv   map_bms   mg   mh   mi   mk   ml   mn   mo   mr   ms   mt   mus   my   mzn   na   nah   nap   nds   nds_nl   ne   new   ng   nl   nn   nov  

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu