Taipei Cina
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Taipei Cina (Cina Tradisional: 中華臺北, Cina Ringkas: 中华台北, pinyin: Zhōnghuá Táibĕi) ialah nama yang digunakan oleh Taiwan, Republik China di Taiwan (ROC) untuk menyertai sukan antarabangsa. Oleh sebab Republik Rakyat China (PRC) menentang pengiktirafan Taiwan sebagai sebuah negara di bawah Dasar Satu Chinanya, ROC dipaksa melepaskan nama "Republik China" atau "Taiwan" agar tidak menyampaikan sebarang maksud tersirat akan kedaulatannya apabila menyertai kegiatan sukan antarabangsa (sila lihat Status politik Taiwan).
Terdapat dua versi terjemahan Cina untuk nama "Taipei Cina", iaitu:
- Zhōnghuá Táibĕi (中華臺北) yang digunakan oleh Republik China (ROC) dan dalam semua dokumen rasmi;
- Zhōngguó Táibĕi (中國臺北) yang digunakan oleh Republik Rakyat China (PRC).
Oleh sebab Zhōngguó Táibĕi (中國臺北) juga boleh bermaksud "Taipei, China", kerajaan ROC melihatkan nama tersebut sebagai menghina kerana ia meletakkan Taiwan pada taraf yang sama dengan Hong Kong, China, dan Macao, China.
[sunting] Lihat juga
- Bendera Taiwan cadangan
- Hubungan luar negeri Republik China
- Ketetapan Nagoya
- Lagu Bendera Kebangsaan, "'Guoqi ge"
- Pasukan bola keranjang nasional Taipei Cina
- Pasukan bola sepak nasional Taipei Cina
- Pasukan hoki ais nasional Taipei Cina
- Teori empat-peringkat Republik China
[sunting] Pautan luar
- Jawatankuasa Olimpik Taipei Cina: Laman web rasmi
- Taipkan "TPE" dalam laman-laman web jadual penerbangan yang berikut untuk melihat rujukan kepada "Taipei, Taipei Cina":
- Rencana-rencana mengenai rujukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Taiwan:
- Maklumat tentang Japan Asia Airways, sebuah anak syarikat Japan Airlines yang ditubuhkan untuk tidak menyinggung Beijing
- Permit Kediaman Switzerland merujuk kepada kerakyatan warganegara ROC sebagai "Taipei Cina"
Terdapat kandungan bahasa Inggeris yang tersirat di dalam rencana ini. Tolong bantu menterjemahkan. |
---|