Surah Yusuf
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sebahagian siri dalam Islam Sejarah Islam |
|
Ajaran dan Kepercayaan | |
Kepercayaan kepada Tuhan Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah |
|
Tokoh-Tokoh Utama | |
Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali |
|
Kitab & Undang-Undang | |
al-Qur'an · Hadith · Surah Mazhab · Syariah |
|
Golongan Islam | |
Sunah · Syiah · Sufi | |
Kota Suci Islam | |
Aspek-Aspek Sosial | |
Kota Islam · Seni bina Sains · Tamadun Islam Kesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · Jihad |
|
Lihat Juga | |
Rencana mengenai Islam |
Surah Yusuf adalah surah ke-12 dalam Al Qur'an dan terdiri atas 111 ayat. Surah ini termasuk golongan surah-surah Makkiyyah kerana diturunkan di Makkah sebelum hijrah. Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana metitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf a.s. . Riwayat tersebut adalah salah satu di antara cerita-cerita ghaib yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai mukjizat . Menurut riwayat Al Baihaqi dalam kitab Ad Dalail bahswa segolongan orang Yahudi memeluk agama Islam selepas mereka mendengar cerita Yusuf a.s. ini kerana ia sesuai dengan cerita-cerita yang mereka ketahui. Dari cerita nabi Yusuf a.s. ini, Nabi Muhammad s.a.w. mengambil unsur pengajaran yang banyak dan merupakan penghibur terhadap beliau dalam menjalankan tugasnya.
[sunting] Isi kandungan
- Keimanan: Kenabian Yusuf a.s. dan mukjizat-mukjizatnya; ketentuan yang berhubungan dengan keagamaan adalah hak Allah semata-mata; qadha Allah tak dapat diubah; para rasul semuanya lelaki.
- Hukum-hukum: Keharusan merahsiakan sesuatu untuk menghindari fitnah; barang dan anak temuan wajib dipelihara dan tidak boleh dibiarkan; boleh melakukan helah yang tidak merugikan orang lain untuk memperoleh sesuatu kemaslahatan.
- Kisah-kisah: Riwayat Nabi Yusuf a.s. bersaudara dengan orang tua mereka Yaakub a.s.
- Dan lain-lain: Beberapa unsur teladan yang mulia yang dapat diambil dari cerita Yusuf a.s: persamaan antara agama para nabi-nabi ialah tauhid.
Al-Quran القــرآن الكـــريم | ||
---|---|---|
1. Surah Al-Fatihah |
39. Surah Az-Zumar |
77. Surah Al-Mursalat |
Didahului oleh: Surah Hud |
Surah 12 | Dikemudiannya oleh: Surah Ar-Ra’d |
Al-Quran |