Sumpah Orang Minyak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sumpah Orang Minyak | |
---|---|
![]() |
|
Pengarah | P. Ramlee |
Penerbit | Malay Film Productions Ltd |
Pengarang | P. Ramlee (lakon layar) Teuku Dja'afar (cerita) S. Sudarmaji (dialog) |
Lakonan | P. Ramlee Salleh Kamil Shariff Dol |
Edaran | Shaw Brothers Ltd |
Mula tayangan | 20 April 1958 |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Rujukan filemkita |
Filem Sumpah Orang Minyak mula ditayangkan pada 20 April 1958. Filem ini diarahkan oleh P. Ramlee dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd.
Senarai kandungan |
[sunting] Sinopsis
Kisah berlaku pada tahun 1901 di sebuah kampung yang bernama Tualang Tiga. Si Bongkok hidup tersisih daripada penduduk kampung kerana rupanya yang hodoh. Walaupun begitu, dia seorang yang berhati mulia dan pandai pula melukis. Si Bongkok begitu kecewa dengan nasib dirinya lalu mempersoalkan takdir. Tanpa disedarinya, dia telah di bawa ke alam bunian dan diberi peluang untuk meminta apa sahaja. Si Bongkok meminta untuk menukar rupa hodohnya itu menjadi cantik, tetapi dia diberi satu syarat, iaitu dia mesti bersumpah untuk tidak membunuh sesama manusia. Setelah dikembalikan ke tempat asalnya, Si Bongkok terpaksa menempuh ujian Tuhan yang maha berkuasa. Si Bongkok tidak dapat melawan perasaannya yang dicabar, dan akibatnya telah melakukan suatu pembunuhan. Kerana melanggar sumpahnya, kecantikan Si Bongkok tidak dapat lagi dilihat oleh manusia. Dia menjadi halimunan, lalu muncullah pula syaitan yang menawarkan janji palsu untuk membantunya. Si Bongkok terpaksa menjadi orang minyak dan memperkosa 21 orang gadis dalam masa tujuh hari, selain mengaku bahawa syaitan adalah tuhan. Sanggupkah Si Bongkok melakukan semuanya?
[sunting] Pelakon
- P. Ramlee (Si Bongkok)
- Salleh Kamil (Buyong)
- Shariff Dol (Syaitan)
- Sri Dewi (Afida)
- Marion Willis (Puteri Bunian)
- Daeng Idris (Bang Selamat)
- Haji Mahadi
- Ali Rahman
- Malik Sutan Muda
- Salbiah
- M. Rafee
- Fatimah Osman
- Rahmah Rahmat
- Ahmad C
- Raja Hamidah
- Mustarjo
- Nyong Ismail
- Ahmad Ghani
- Rokiah Hashim
- Pranic Pramut
[sunting] Pengarah
[sunting] Pencapaian
- Festival Filem Asia Pasifik ke-5, 1958 (Manila)
- Sinematografi Hitam Putih Terbaik - A. Bakar Ali