Spektroskopi inframerah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Spektroskopi inframerah merupakan satu jenis spektroskopi yang berkait rapat dengan lingkungan inframerah dalam spektrum elektromagnet. Ia meliputi pelbagai jenis teknik, yang paling biasa adalah dalam bentuk spektroskopi penyerapan. Seperti semua teknik spektroskopi lain, ia boleh digunakan untuk mengenalpasti suatu sebatian dan menyiasat kandungan sesuatu sampel.