Serie A
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Liga A (bahasa Itali: Serie A) merupakan bahagian teratas dalam liga bola sepak Itali. Serie A mempunyai 20 pasukan sejak musim 2004/2005 (sebelumnya 18). Tiga kelab terbawah akan diturunkan ke Serie B, dan digantikan oleh tiga kelab teratas dari bahagian tersebut.
Serie A, dalam bentuknya seperti ketika ini, bermula semenjak tahun 1929. Sebelumnya dari 1898 hingga 1929, kejohanan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan wilayah. Pada tahun 1927 tidak ada pasukan yang diberikan gelaran juara setelah Torino dilucutkan gelarannya oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC). Torino ditabalkan sebagai juara bagi musim 1948/1949 setelah sebuah kecelakaan pesawat menjelang akhir musim yang meragut nyawa seluruh anggota pasukan.
Kejayaan menjadi juara biasanya disebut sebagai scudetto (perisai kecil) kerana pasukan juara akan memakai sebuah lambang kecil dengan bendera Itali pada jersi mereka pada musim berikutnya.
Kelab yang paling berjaya ialah Juventus dengan gelaran juara sebanyak 27 kali, diikuti AC Milan (17), Internazionale (14) dan Genoa 1893 (9).
[sunting] Juara
|
|
[sunting] Nota kaki
- ↑ Juventus juara, namun gelarannya dilucutkan kerana mereka terlibat dalam Skandal Serie A 2006.
- ↑ Juventus juara, namun gelarannya dilucutkan kerana mereka terlibat dalam Skandal Serie A 2006.
Templat:Seri A