Python
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
![]() |
|
Paradigma: | Aneka-paradigma |
---|---|
Diterbitkan pada: | 1991 |
Direka oleh: | Guido van Rossum |
Dibangunkan oleh: | Yayasan Perisian Python |
Versi terbaru: | 2.5.1 / 18 April 2001 |
Penjenisan: | Tegas, dinamik ("penjenisan itik") |
Pelaksanaan utama: | CPython, Jython, IronPython, PyPy |
Dialek: | Stackless Python |
Dipengaruhi oleh: | ABC, C, Haskell, Icon, LISP, Modula-3, Perl, Java |
Mempengaruhi: | Ruby, Boo |
Sistem pengendalian: | Silang pelantar |
Lesen: | Lesen Python |
Tapak web: | http://www.python.org/ |
Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta oleh Guido van Rossum pada tahun 1991. Ia merupakan sebuah bahasa ditafsir, interaktif dan berorientasi objek.
Python adalah beraneka paradigma, menggunakan sistem penjenisan dinamik dan pengurusan memori automatik. Oleh kerana itu, ia lebih kurang sama dengan Perl, Ruby, Scheme, Smalltalk dan Tcl.
Pelaksanaan piawai untuk bahasa ini ialah CPython. CPython dikendalikan oleh Yayasan Perisian Python yang bukan untung di bawah model pembangunan sumber terbuka iaitu diterbitkan di bawah Lesen Python, CPython adalah sebuah perisian bebas.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Pembina dan pereka utama Python ialah Guido van Rossum. Versi python yang terawal direka di CNRI (kep. Centre for National Research Initiatives, BM: Pusat Inisiatif Kajian Kebangsaan). Walaubagaimanapun, pada tahun 2000, Guido dan pasukan Python (termasuk Tim Peters, Barry Warsay, Jeremy Hylton, dan Fred Drake) berpindah ke BeOpen dan kemudiannya ke Digital Creations.
[sunting] Python 1.5.2
Python dibangunkan dan dikeluarkan melalui lesen awam yang dibekalkan oleh CNRI. Python 1.5.2 mengandungi kebanyakan kefungsian seperti Python yang ada pada hari ini. Keluaran terakhir Python 1.5.2 adalah pada 13 April 1999.
[sunting] Python 1.6
Dalam September tahun 2000 (selepas Guido meninggalkan CNRI), terdapat dua versi keluaran Python 1.6; Python 1.6 dari CNRI dan Python 1.6b1, versi beta dikeluarkan oleh Guido dan pasukan pembinaan BeOpen.
Versi ini mengandungi sedikit kemajuan iaitu termasuk perubahan di dalam cara objek senarai berkerja serta kemajuan pada soket dan alatan penukaran deretan-kepada-angka.
[sunting] Python 2.0
- 5 September 2000 - Versi 2.0 datang dengan beberapa pembaharuan untuk Versi 1.6 termasuklah operator-operator baru, sintaksis senarai yang baru, dan pengimpotan modul yang lebih baik. Versi 2.0 menunjukkan perubahan yang amat ketara pada pustaka Python, dalam masa lebih setahun. Versi ini memperbaiki beberapa pepijat, menambah beberapa cirian baru dan suit peralatan XML yang ditulis semula secara keseluruhan. Versi terakhir Python 2.0 dibebaskan pada 16 Oktober 2000.
- 28 Oktober 2000 - Guido mengumumkan di laman web Python yang pasukan Python telah berpindah lagi. Kali ini ke Digital Creations, tulang belakang Zope (kep. "Z-Objek Publishing Environtment", BM: Persekitaran Penerbitan Objek-Z) iaitu projek Python yang terkenal.
[sunting] Sintaks dan semantik
Python direka agar amat mudah dibaca. Ianya mensasarkan kepada reka letak yang tidak berserabut, menggunakan kata kunci Bahasa Inggeris dengan kerap sedangkan bahasa lain kerap menggunakan tanda baca.Python memerlukan kurang plat dandang berbanding bahasa berstruktur yang ditaip secara statik seperti C atau Pascal, dan bilangan penerimaan sintaks yang lebih kecil. Python menggunakan ruang kosong daripada menggunakan kurungan kerinting, membatasi blok-blok kenyataan. Kenyataan-kenyataan python termasuklah:
- Kenyataan
if
- melakukan sesuatu blok kod secara bersyarat, sekali denganelse
danelif
(pendekan daripada else-if). - Kenyataan
while
- menjalankan sesuatu blok kod sehingga sesuatu keadaan adalahFalse
(salah). - Kenyataan
for
- mengulangi sesuatu pengulangan, meletakkan setiap unsur ke sebuah pemboleh ubah setempat untuk kegunaan blok yang berkenaan. - Kenyataan
class
- menjalankan sebuah blok kod dan memautkan ruangnama setempatnya kepada kelas, untuk kegunaan dalam pengaturcaraan berorientasikan objek. - Kenyataan
def
- mentakrifkan sebuah fungsi.
Setiap kenyataan mempunyai semantiknya yang tersendiri:sebagai contoh, kenyataan def
tidak melakukan sebuah blok kod secara terus, tidak seperti kenyataan lain.
[sunting] Contoh
Berikut ialah contoh skrip hello world yang ditulis dalam Python.
print 'Hello world!'
[sunting] Rujukan
C. Brown, Martin (2001), Python: The Complete Reference, US: McGraw-Hill
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Tapak web rasmi Python
- (Inggeris) Tutorial Python
- (Inggeris) Python FAQTs
- (Inggeris) The Architecture of Python membincangkan dalaman Python.
- (Inggeris) Charming Python — Jujukan rencana mengenai topik-topik Python oleh David Mertz.
- (Inggeris) Norm Matloff's Quick Python Tutorials — UC Davis Professor Norm Matloff's menerbitkan web sumber Python untuk pelajarnya dan peneroka Python.
- (Inggeris) Useless Python - Gedung kod Python, kebanyakannya separa serious kod buangan yang hidup lebih lama dari yang dijangkaka.
- (Inggeris) Python 2.5 Quick Reference - Gambaran yang padat mengenai ciri-ciri teras bahasa ini.
Bahasa pengaturcaraan (senarai penuh, glosari) |
---|
ALGOL | APL | Ada | BASIC| C | C++ | C# | COBOL | Common Lisp | Eiffel | FORTH | Fortran | Haskell | Java | JavaScript | Jython | LISP | LOGO | Mesa | Modula-2 | Oberon | Ocaml | Objective-C | Perl | PHP | Prolog | PL/I | Pascal | PostScript | Python | Ruby | Scheme | Smalltalk | SQL | Tcl | Visual Basic |