Proton Gen-2
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Proton GEN-2 | |
---|---|
![]() |
|
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 2004–sekarang |
Pendahulu | Proton Wira (hatchback) |
Kelas | Kereta kompak |
Stail badan | Hatchback 5 pintu |
Pelantar | FF |
Enjin | Campro S4PE I4 1.3 L Campro S4PH I4 1.6 L |
Jarak roda | 2,600 mm |
Panjang | 4,310 mm |
Lebar | 1,725 mm |
Tinggi | 1,435 mm |
Berat | 1,175 kg |
Berkait | Proton Persona |
Proton Gen-2 ialah sebuah kereta keluaran PROTON. Ia dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Enjin CamPro.
Proton Gen.2 merupakan kereta terkini keluaran Proton yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Dengan menggabungkan rekabentuk yang menarik dan kejuruteraan tercanggih, Proton amat berharap agar model terbarunya ini mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap kereta nasional(untuk pengguna tempatan) yang selama ini dikatakan tidak mempunyai kualiti yang diharapkan. Proton sedar mereka perlu keluar dari kepompong mereka dan bertukar menjadi pengeluar kereta yang lebih disegani.
Dengan bantuan Lotus Engineering (Lotus Group dimiliki oleh Proton), buat kali pertamanya setelah lebih 18 tahun menggunakan enjin yang dibekal oleh pengeluar lain (antaranya Mitsubishi dan Renault), Proton akhirnya berjaya mengeluarkan enjinnya sendiri yang dinamakan CAMPRO. Teknologi enjin ini sebenarnya antara yang terbaik di dunia ketika ini kerana menggunakan teknologi yang dibangunkan bersama Lotus Engineering, iaitu Camshaft Profiling. Teknologi ini memberi lebih kuasa tapi pada masa yang sama, tetap menjimatkan penggunaan bahan api serta lebih mesra alam. Ia bolehlah dikatakan teknologi seperti VTEC (Honda), VVT-i (Toyota) dan Double Vanos (BMW). Enjin 1.6 liter Gen.2 yang dilengkapi Camshaft Profiling ataupun CPS (akan ditawarkan tidak lama lagi)[1][2] dikatakan mampu mengeluarkan kira-kira 127 kuasa kuda (hp).
Kemasan dalamannya juga telah direka dengan konsep minimalist yang mirip kepada kereta sport keluaran Lotus. Namun, ruang tempat duduk belakang agak kecil terutamanya untuk penumpang yang agak tinggi. Kualiti sesetengah peralatan juga tidak begitu tinggi tetapi masih boleh diterima dalam kelas ini malahan lebih baik berbanding kebanyakan model kereta buatan Korea.
Dari segi pengendalian dan keselesaan ketika memandu, Lotus telah berjaya menyeimbangkan kedua-duanya dengan kompromi yang paling sedikit. Proton Gen.2 ini sesuai untuk generasi muda yang inginkan gaya dan ciri-ciri pemanduan terbaik dengan kawalan yang responsif dan optimum.
[sunting] Rujukan
- ↑ PROTON SETS FOOT IN THAILAND - from Proton's official website http://www.proton.com
- ↑ Facelifted Proton GEN2 with Campro CPS engine launched in Thailand! - from paultan.org
Garisan masa pengeluaran kereta Proton, 1985-sekarang | |||||||||||||||||||||||||||||||
Jenis | 1980s | 1990s | 2000s | ||||||||||||||||||||||||||||
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | |||
Supermini | Tiara | Savvy | |||||||||||||||||||||||||||||
Sub-kompak | Satria | Satria Neo | |||||||||||||||||||||||||||||
Sedan kompak | Saga | Saga | |||||||||||||||||||||||||||||
Wira | |||||||||||||||||||||||||||||||
Waja | |||||||||||||||||||||||||||||||
Gen-2 | |||||||||||||||||||||||||||||||
Persona | |||||||||||||||||||||||||||||||
Pertengahan | Perdana | ||||||||||||||||||||||||||||||
Coupe | Putra | ||||||||||||||||||||||||||||||
Pikap | Arena | ||||||||||||||||||||||||||||||
Van | Juara |