Piala Sudirman
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Piala Sudirman ialah sebuah kejohanan badminton campuran dunia yang diadakan setiap dua tahun. Terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu; perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran. Piala ini dinamakan sempena nama Dick Sudirman iaitu bekas pemain Indonesia. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI). Kejohanan pertama berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada 24-29 Mei 1989.
Tiada hadiah berupa wang dalam kejohanan ini buat para pemain. Mereka bermain bagi menaikkan nama negara yang diwakili juga untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam ranking IBF.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
Indonesia ialah negara pertama yang mencadangkan penubuhan kejohanan ini pada tahun 1986. Sepanjang kejohanan ini berlangsung, cuma lima negara iaitu China, Korea Selatan, Indonesia, Denmark, dan England yang berjaya mara ke perlawanan separuh akhir.
China memenangi kejohanan ini pada tahun 1995, 1997, 1999, 2001, 2005, dan 2007. Korea Selatan memenanginya pada tahun 1991, 1993 dan 2003. Indonesia pula menang pada tahun 1989. Piala ini tidak pernah dimenangi oleh negara bukan Asia.
[sunting] Piala
Piala ini setinggi 80 cm. Ia dibuat menggunakan emas-perak 22 karat dan bahagian bawahnya yang berbentuk oktagon dibuat daripada kayu jati. Bentuk piala ini dibuat menyerupai seperti sebiji bulu tangkis dan dihiasi dengan replika candi Borobudur.
Piala ini dibuat oleh Syarikat Masterix Bandung dan berharga lebih kurang RM50,000.
[sunting] Format
Piala Sudirman merupakan kejohanan antarabangsa yang tidak memerlukan pusingan kelayakan diadakan. Pertandingan ini dibahagi kepada 7 kumpulan untuk mengadakan perlawanan. Hanya pasukan dari kumpulan pertama sahaja yang berpeluang untuk membawa pulang trofi Piala Sudirman ini sementara pasukan kumpulan yang lain hanyak bertarung di kejohanan ini untuk tujuan promosi sahaja. Mana-mana pasukan yang mengutip mata terendah untuk setiap kumpulan akan disingkirkan untuk berada di kedudukan terbawah untuk kumpulan pasukan itu, kecuali kumpulan ke pusingan akhir.
[sunting] Keputusan
Tahun | Tuan rumah | Akhir | Separuh akhir | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Juara | Mata | Naib juara | ||||||
1989 | Jakarta, Indonesia | ![]() Indonesia |
3–2 | ![]() Korea Selatan |
![]() China |
![]() Denmark |
||
1991 | Copenhagen, Denmark | ![]() Korea Selatan |
3–2 | ![]() Indonesia |
![]() Denmark |
![]() China |
||
1993 | Birmingham, England | ![]() Korea Selatan |
3–2 | ![]() Indonesia |
![]() China |
![]() Denmark |
||
1995 | Lausanne, Switzerland | ![]() China |
3–1 | ![]() Indonesia |
![]() Korea Selatan |
![]() Denmark |
||
1997 | Glasgow, Scotland | ![]() China |
5–0 | ![]() Korea Selatan |
![]() Denmark |
![]() Indonesia |
||
1999 | Copenhagen, Denmark | ![]() China |
3–1 | ![]() Denmark |
![]() Indonesia |
![]() Korea Selatan |
||
2001 | Seville, Spain | ![]() China |
3–1 | ![]() Indonesia |
![]() Denmark |
![]() Korea Selatan |
||
2003 | Eindhoven, Belanda | ![]() Korea Selatan |
3–1 | ![]() China |
![]() Indonesia |
![]() Denmark |
||
2005 (perincian) |
Beijing, China | ![]() China |
3–0 | ![]() Indonesia |
![]() Korea Selatan |
![]() Denmark |
||
2007 (perincian) |
Glasgow, Scotland | ![]() China |
3–0 | ![]() Indonesia |
![]() Korea |
![]() England |
||
2009 | Guangzhou, China |
[sunting] Pasukan kebangsaan yang berjaya
Indonesia pada mulanya telah memenangi kejohanan Piala Sudirman 1989. Dari mula hingga ke akhir sejarah kejohanan ini diadakan, hanya empat negara yang berjaya memperoleh gelaran kejohanan(juara) atau naib juara kejohanan untuk semua kejohanan Piala Sudirman: Korea Selatan, Indonesia, China, dan Denmark.
China merupakan pasukan paling berjaya untuk Piala Sudirman ini (6 gelaran), diikuti Korea Selatan (3 gelaran) dan Indonesia (1 gelaran). Piala ini tidak pernah diungguli oleh mana-mana negara bukan Asia, Denmark merupakan negara yang bukan negara Asia yang berjaya menjadi naib juara, iaitu Piala Sudirman 1999.
Pasukan | Gelaran | Naib juara |
---|---|---|
![]() |
5 (1995, 1997, 1999, 2001, 2005*, 2007) | 1 (2003) |
![]() |
3 (1991, 1993, 2003) | 2 (1989, 1997) |
![]() |
1 (1989*) | 5 (1991, 1993, 1995, 2001, 2005, 2007) |
![]() |
1 (1999*) |
* = tuan rumah
[sunting] Pautan luar
Piala Sudirman
|
---|
Jakarta 1989 | Copenhagen 1991 | Birmingham 1993 | Lausanne 1995 | Glasgow 1997 Copenhagen 1999 | Seville 2001 | Eindhoven 2003 | Beijing 2005 | Glasgow 2007 Guangzhou 2009 |