Piala Dunia FIFA 2002
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Piala Dunia FIFA - Korea/Jepun 2002 2002 FIFA월드컵 한국/일본 2002 FIFAワールドカップ 韓国/日本 |
|
---|---|
![]() Logo rasmi |
|
Maklumat kejohanan | |
Pasukan | 32 (dari 199 entri) |
Tuan rumah | Korea/Jepun |
Juara | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jum perlawanan | 64 |
Gol (dijaring) | 161 (purata 2.52 per perlawanan) |
Kehadiran | 2,705,197 (purata 42,269 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() 8 gol |
Piala Dunia FIFA 2002 merupakan Piala Dunia pertama yang berlangsung di luar Benua Amerika dan Eropah. Ia juga merupakan Piala Dunia pertama dilangsungkan di dua negara: Korea Selatan dan Jepun. Berlangsung pada 31 Mei-30 Jun 2002 di 20 Kota.
Senarai kandungan |
[sunting] Gelanggang
Korea Selatan dan Jepun masing-masing menyediakan 10 stadium, sebahagian besarnya baru dibina khusus untuk kejohanan ini.
[sunting] Korea Selatan
- Stadium Piala Dunia Suwon, Suwon - 43,188 Mei 2001
- Stadium Piala Dunia Daegu, Daegu - 68,014 Mei 2001
- Stadium Piala Dunia Seoul, Seoul - 63,961 Disember 2001
- Busan Asiad Stadium, Busan - 55,982 Julai 2001
- Incheon Munhak Stadium, Incheon - 52,179 Disember 2001
- Munsu Stadium, Ulsan - 43,550 Mei 2001
- Gwangju World Cup Stadium, Gwangju - 42,880 September 2001 (dinamakan Guus Hiddink Stadium setelah Piala Dunia 2002)
- Jeonju Castle, Jeonju - 42,391 September 2001
- Jeju World Cup Stadium, Jeju - 42,256 Disember 2001
- Purple Arena, Daejeon - 40,407 September 2001
[sunting] Jepun
- International Stadium, Yokohama - 70,000 Oktober 1997
- Saitama Stadium, Saitama - 63,000 Julai 2001
- Ecopa Stadium, Shizuoka - 50,600 Mac 2001
- Nagai Stadium, Osaka - 50,000 Mei 1996
- Miyagi Stadium, Miyagi - 49,000 Mac 2000
- Stadium Big Eye, Oita - 43,000 Mac 2001
- Stadium Big Swan, Niigata - 42,300 Mac 2001
- Sapporo Dome, Sapporo - 42,000 Mei 2001
- Kashima Stadium, Ibaraki - 42,000 Mei 2001
- Wing Stadium, Kobe - 42,000 Oktober 2001
[sunting] Pusingan Kelayakan
32 tempat diperuntukkan kepada keenam-enam benua gabungan FIFA berdasarkan kekuatan masing-masing. Agihannya ditetapkan sebagai berikut:
- Eropah - diwakili UEFA: 50 pasukan memperebutkan 13.5 tempat (Perancis layak sebagai juara bertahan; jadi Eropah sebenarnya mempunyai 14.5 tempat)
- Afrika - CAF: 51 pasukan, 5 tempat
- Amerika Selatan - CONMEBOL: 10 pasukan, 4.5 tempat
- Asia - AFC: 40 pasukan, 2.5 tempat (Korea Selatan dan Jepun layak sebagai tuan rumah; jadi Asia sebenarnya mempunyai 4.5 tempat)
- Amerika Utara, Tengah dan Caribian - CONCACAF: 35 pasukan, 3 tempat
- Oceania - OFC: 10 pasukan, 0.5 tempat
[sunting] Catatan tentang pusingan kelayakan
Piala Dunia 2002 merupakan kejohanan terakhir kalinya juara bertahan akan layak secara automatik. Pada piala dunia yang seterusnya (2006 ke atas) juara bertahan dikehendaki menyertai pusingan kelayakan.
- Malaysia - Malaysia telah gagal di pusingan awal peringkat kelayakan pertama Asia.
[sunting] Pertandingan
Kejutan terjadi seawal perlawanan pembukaan di Seoul World Cup Stadium, Seoul, 31 Mei 2002. Wakil asal Afrika, Senegal, menundukkan juara bertahan Perancis 1-0 hasil gol tunggal Boupa Diop pada minit ke-30. Tersingkirnya Les Bleus adalah kejutan paling besar. Tanpa gol dan tanpa kemenangan. Perancis hanya mampu seri dengan Uruguay 0-0 dan dua kali kalah, 0-1 dengan Senegal dan 0-2 dengan Denmark. Ianya merupakan penampilan terburuk juara bertahan sejak Piala Dunia pertama 1930.
Langkah Lions of Teranga (julukan Senegal) berterusan pada pusingan kedua. Jaringan emasHenri Camara menundukkan Sweden. Tapi jaringan emas jugalah yang menghentikan langkah Senegal, di mana Ilhan Mansiz menjaringkan gol pada minit ke-94, yang memberikan kemenangan bagi Turki ke atas Senegal pada peringkat suku akhir. Pada peringkat kumpulan, kejutan juga terjadi. Amerika Syarikat memulakan perjalanannya dengan mengalahkan Portugal 3-2. Portugal sempat bangkit dengan menang ke atas Poland, tapi langkahnya berakhir dengan kekecewaan setelah dikalahkan pasukan kejutan lainnya, Korea Selatan.
Eropah unggul dalam "kumpulan maut". England dan Sweden mengenepikan cabaran Argentina dan pasukan elit Afrika, Nigeria. Perlawanan balas dendam Inggeris dan Argentina berlangsung di Sapporo Dome, Jepun, 7 Jun 2002. Kapten David Beckham, yang diberi kad merah empat tahun sebelumnya, menjadi bintang dengan gol tunggalnya dari titik penalti.
Argentina, yang seri dengan Sweden pada perlawanan terakhir, terpaksa menelan pahit kerana terpaksa pulang awal. Pusingan kedua kembali menyajikan hasil di luar jangkaan. Korea Selatan bertemu dengan Itali dan menang 2-1 hasil jaringan emas Ahn Jung Hwan. Ironisnya, gol ini membuat Ahn disingkirkan dari kelabnya dalam Siri A Itali, iaitu Perugia.
Pada suku akhir, Korea menyingkirkan pasukan ternama Eropah lainnya, Sepanyol melalui sepakan penalti 5-2. Kemaraan Korea Selatan tersekat akibat kalah 0-1 kepada Jerman pada separuh akhir, walaubagaimanapun kejayaan layak ke separuh akhir ini sudah menjadi kejayaan luar biasa buat pasukan asia. Tuan rumah lainnya, Jepun, juga membuat kejutan dengan layak dari Kumpulan H, yang dihuni Belgium, Rusia, dan Tunisia. Langkah Jepun dihentikan Turki di pusingan kedua. Tapi setidaknya hasil ini menunjukkan bahawa sepak bola Asia sudah semakin maju.
Brazil tidak mendapat cabaran sukar dalam Kumpulan C: Turki dikalahkan 2-1, Cina 4-0, dan Costa Rica 5-2. Selanjutnya langkah pasukan Samba menundukkan Belgium 2-0, England 2-1 pada suku akhir, dan kembali bertemu Turki 1-0 di separuh akhir. Jerman sama sekali tidak dianggap sebagai pilihan di awal kejohanan. Perjalanan Panser diawali dengan membelasah Arab Saudi 8-0, Cameroon 2-0, serta seri dengan Irland 1-1.
Tiga perlawanan selanjutnya, Jerman hanya mampu menang dengan satu gol: Paraguay di pusingan kedua, Amerika Syarikat di suku akhir, dan Korea Selatan di separuh akhir.
[sunting] Perlawanan Akhir
Kejohanan diakhiri dengan pertemuan dua pasukan gergasi bolasepak: Brazil dan Jerman.
Ketumpulan barisan penyerang, ditambah dengan penggantungan Michael Ballack akibat kad merah ketika menentang Korea Selatan membuat Jerman hilang arah pada perlawana yang diadakan di International Stadium Yokohama, pada 30 Jun 2002.
Ronaldo, yang empat tahun lalu tampil dengan persembahan buruk, menebus kesilapan lalu dengan muncul selaku hero. Dua golnya memberikan gelaran kelima bagi pasukan Selecao.
Satu catatan lain, dengan kejayaan ini, menjadikan Brazil sebagai negara tunggal yang mampu memenangi Piala Dunia walau di benua mana sekalipun ianya dilangsungkan.
[sunting] Anugerah
Juara Piala Dunia FIFA 2002 |
---|
![]() BRAZIL Gelaran kelima |
Pemenang Kasut Emas: | Naib Juara: | Tempat ke-3: | Anugerah Pemain Terbaik: | Trofi Permainan Bersih FIFA: | Pasukan Paling Menarik: |
---|---|---|---|---|---|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
[sunting] Pasukan Bintang (All stars team) FIFA
- Penjaga Gol: Oliver Kahn, Rustu Recber
- Pertahanan: Roberto Carlos, Sol Campbell, Fernando Hierro, Hong Myung-Bo, Alpay Özalan
- Tengah: Rivaldo, Ronaldinho, Michael Ballack, Yoo Sang-Chul
- Penyerang: Ronaldo, Miroslav Klose, El Hadji Diouf, Hasan Sas
[sunting] Lain-lain
- Maskot : Ato, Kaz, dan Nik (The Spheriks)
- Bola rasmi : Fevernova
- Jumlah peserta : 192 (32 di pusingan akhir)
- Jumlah perlawanan : 64
- Jumlah gol : 161
- Purata gol : 2.52
- Jumlah penonton : 2,705,134
- Purata penonton : 42,268
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) laman rasmi
Bola sepak antarabangsa
|
|||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
|||||||||||
|
|||||||||||
|