Pesawat pejuang
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Pesawat pejuang adalah pesawat tentera yang direka untuk bertempur dengan kapal terbang lain. Ia berbeza dengan pesawat pengebom, yang direka bagi menyerang sasaran darat, terutamanya menggugurkan bom. Pesawat pejuang secara umumnya, adalah lebih kecil (jika dibandingkan dengan pesawat pengebom), lebih laju, mempunyai ketangkasan yang tinggi dan dilengkapi dengan sistem deria dan senjata yang semakin canggih untuk memintas dan bertempur dengan kapal terbang musuh.

Pada suatu masa sejurus sebelum meletusnya Perang Dunia II, terdapat dua jenis pesawat pejuang. Pesawat kecil satu enjin yang digunakan sebagai pesawat pemintas dan pesawat pesawat pejuang siang, kadang-kala dirujuk sebagai pengejar (pursuit), sementara rekabentuk enjin berkembar digunakan sebagai pesawat pejuang berat.
Peranan yang terakhir ternyata tidak dapat dilaksanakan, atau tidak cukup usaha diberikan untuk menjadikan ia kekal berguna. Kemudian ia disenaraikan kepada peranan kedua yang sentiasa bertambah, termasuk pejuang penyerang (strike fighter), pemusnah pengebom dan pejuang malam, di mana enjin berkembar memberikannya keupayaan tambahan yang diperlukan untuk memenuhi peranan ini.
Ketika prestasi enjin pesawat semakin meningkat, terutamanya dengan enjin jet pada 1960-an, keperluan bagi rekabentuk berlainan perlahan-lahan lenyap. Mula-mula reka bentuk pesawat pemintas, pemusnah pengebom dan pejuang malam digabung kedalam kelas pesawat tunggal. Kemajuan berikutnya dalam sistem pensasar dan peningkatan keupayaan bebanan bererti pejuang moden mampu membawa beban seberat pengebom Perang Dunia II, menyingkirkan kebanyakan peranan pengebom dan pesawat penyerang darat. Kini biasanya hanya terdapat dua reka bentuk pejuang umum, pesawat kecil yang merupakan asas tunjang kebanyakan tentera udara, dan reka bentuk yang lebih besar untuk beroperasi pada jarak lebih jauh, kadang kala dikenali sebagai interdiktor.
Pesawat pejuang dimajukan semasa Perang Dunia I, dan digunakan bagi menjatuhkan pesawat peninjau musuh dan belon. Kuasa enjin amat terhad sehinggakan ia hampir teidak mampu terbang, tetapi pada akhir peperangan ia menjadi reka bentuk utama dalam simpanan.
Pada Perang Dunia II pesawat pejuang amat penting. Kawalan langit, atau kelebihan udara, telah menjadi bahagian penting dalam doktrin ketenteraan, terutamanya dalam kes blitzkrieg. Ketidak upayaan Luftwaffe untuk memusnahkan skuardon pejuang British semasa Pertempuran Britain menjadikan penjajahan British melalui laut tidak dapat dilaksanakan. Apabila kuasa enjin meningkat, rekabentuk sedia ada seringkali digunakan bagi peranan lain, dengan pesawat seperti Republic P-47 dan Hawker Typhoon menjadi mashyur sebagai pesawat penyerang.
Messerschmitt memajukan pejuang jet beroperasi yang pertama, Me 262, terbukti lebih pantas berbanding pesawat berkipas biasa. Dari segi umum, jet adalah kebal selagi juruterbangnya menggunakan kelebihan kepantasannya. Me 262 mampu terbang jauh daripada pejuang yang bertahan, atau, ditangan juruterbang terlatih, ia mampu mengejar pejuang lawan begitu pantas sehinggakan lawan tidak mampu lari daripada meriamnya. Me 262 kurang digunakan, sebahagiannya akibat kekurangan bahan api Jerman. Tambahan lagi, kelebihan kelajuannya dihadkan dengan banyak oleh desakan Adolf Hitler agar ia digunakan terutamanya sebagai pejuang pengebom. Bagaimanapun pesawat itu jelas menunjukkan berakhirnya tempoh pejuang berenjin berkipas. Gloster Meteor Britain, yang dibangunkan semenjak akhir 1930-an, dihasilkan tidak lama kemudian, dirangsang oleh laporan mengenai jet Jerman, dan pada akhir perang kesemua reka bentuk pejuang berenjin kipas terhenti.
Pada 1950-an, pesawat berenjin jet yang mampu mencapai penerbangan supersonik dibangunkan. Kuasa enjin yang dihasilkan masih rendah, dan rekabentuk dikhususkan bagi peranan tertentu. Sebanarang tentera udara mungkin menmpunyai tiga atau empat rekabentuk, pejuang siang, pejuang malam, pesawat penyerang dll.
Perbezaan ini berterusan berkurangan semasa 1960-an, tidak semestinya dangan hasil yang baik. McDonnell F-4 Phantom II direka sepenuhnya sebagai pemintas bagi Tentera laut Amerika Syarikat, tetapi berjaya dalam peranan pesawat pelbagai peranan bagi Tnetera udara Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat termasuk juga kebanyakan negara lain. Hanya beberapa tahun kemudian, bagaimanapun, General Dynamics F-111, bertujuan berperanan sebagai pejuang pelbagai-peranan, pelbagai-khidmat, terbukti hampir bencana, tidak berguna sebagai pejuang sehinggakan versi tentera laut dibatalkan, dan jenis tersebut berakhir sebagai pengebom. Belanjawan dan realiti politik semakin memaksa pembangunan pelbagai-peranan berbanding pesawat khusus, tetapi selain pengecualian tertentu (seperti F/A-18 Hornet), permintaan bagi pesawat penyerang yang baik dan pejuang tempur udara yang baik kekal sukar dicapai.
Pembangunan terkini termasuk penonjolan radar bagi pesawat--teknik yang dikenali sebagai stealth--termasuk juga peningkatan jarak pada kelajuan supersonik (superkruise) dan pergerakan yang lebih bail. Akhirnya, kebanyakan pihak percaya bahawa tidak terdapat masa depan bagi pesawat pejuang berpemandu kerana mereka akhirnya akan digantikan oleh Pesawat Udara Tempur Tak Kendali (Unmanned Combat Air Vehicle) (UCAV). Bagaimanapun, pasukan udara utama dunia sekarang dalam proses menggantikan pesawat mereka dengan pesawat generasi baru, dengan itu perubahan ini kemungkinannya memakan masa yang lebih lama.
Senarai kandungan |
[sunting] Pandangan sejarah
[sunting] 1914-1918
Pertempuran udara mula-mula timbul semasa Perang Dunia I
- Penerbang Perancis Roland Garros diberi pingat kerana ciptaannya meletakkan mesingan pada kapal terbangnya, yang menembak peluru melalui kipas. Walaupun rekabentuk tersebut jatuh ketangan Jerman, Garros menggunakannya untuk menjatuhkan tiga pesawat musuh.
- Kapalterbang ternama:
- Nieuport
- Rumpler Taube
- Fokker: Fokker Dr.I, Fokker D.VII
- S.P.A.D., or "Spad"
- Sopwith Camel
- RAE SE5a
- Albatros
[sunting] 1919-1938
Semasa tempoh antara perang reka bentuk pejuang berubah daripada kapal terbang dua sayap yang diperbuat daripada kayu dan kain semasa Perang Dunia I, menjadi kapal terbang satu dan dua sayap yang diperbuat daripada logam.
Dalam tempoh beberapa tahun sebelum Perang Dunia II, pejuang yang menjadi terkemuka semasa Pertempuran Britain dimajukan - Supermarine Spitfire, Hawker Hurricane dan Messerschmitt Bf 109. Yang terakhir diuji dalam Perperangan Saudara Sepanyol.
Kapalterbang dua sayap
- Gloster Gladiator - beroperasi di Mediterranean semasa Perang Dunia II
- Hawker Fury - bertugas dalam Perang Saudara Sepanyil
Kapalterbang sayap tunggal
[sunting] 1939-1945
- Australia
- CAC Boomerang
- Perancis
- Dewoitine D.520
- See also Daftar kapal terbang kepunyaan Armée de l'Air, Perang Dunia II
- Jerman
- Messerschmitt Bf 109
- Messerschmitt Bf 110
- Focke-Wulf Fw 190
- Messerschmitt Me 163
- Messerschmitt Me 262
- Heinkel He 162
- Lihat juga Daftar kapal terbang Luftwaffe, Perang Dunia II
- Itali
- Macchi C.202
- Macchi C.205
- Jepun
- Kawanishi N1K-J
- Mitsubishi Zero
- Latvia
- VEF Irbitis I-16
- Poland
- PZL P.7a
- PZL P.11c
- Soviet Union
- Mikoyan-Gurevich MiG-3
- Lavochkin La-5
- Yakovlev Yak-9
- United Kingdom
- Supermarine Spitfire
- Hawker Hurricane
- Hawker Typhoon
- Hawker Tempest
- De Havilland Mosquito
- Gloster Meteor
- Amerika Syarikat
- Vought F4U Corsair
- Grumman F6F Hellcat
- Lockheed P-38 Lightning
- Bell P-39 Airacobra
- Curtiss P-40
- Republic P-47 Thunderbolt
- North American P-51 Mustang
- See also List of aircraft of the USAAF, World War II
- Sweden
- Saab J21
- Yugoslavia
- Rogozarski IK-3
Kebanyakan pesawat ini mampu melebihi 400 bth (600 km/h) dalam penerbangan mendatar, dan cukup pantas ketika menjunam sehinggakan ia mula berhadapan dengan gelora transonik yang dialami hampir pada Mach 1, kadang-kala berkecai dalam penerbangan akibat beban berat pada kapal terbang semasa hampir "tabir bunyi". Brek junaman dimajukan pada akhir Perang Dunia II bagi menimima masaalah ini dengan itu mengembalikan kawalan pada juruterbang.
[sunting] 1945-1952
- U.S.
- Lockheed P-80 Shooting Star
- Republic F-84 Thunderjet
- North American F-86 Sabre
- Northrop F-89J Scorpion
- Lockheed F-94C Starfire
- Grumman Panther
- Grumman Cougar
- McDonnell XF-85 Goblin
- Douglas F4D Skyray
- U.S.S.R
- Mikoyan-Gurevich MiG-15
- Mikoyan-Gurevich MiG-17
- United Kingdom
- de Havilland Vampire
- Hawker Hunter
- English Electric Lightning
- France
- Dassault MD 450
- Dassault Mystere IVB
- Dassault MD 550 Mirage I
- Sweden
- Saab Tunnan
- Saab Lansen
Jet pejuang generasi pertama menghadapi masalah pada kelajuan sonik (menyerupai dengan pejuang berenjin ombah) sehinggalah jurutera penerbangan Richard Whitcomb menemui "aturan luas permukaan Whitcomb" pada 1952. Rekaan berikut menonjolkan fiuslaj "berbentuk botol" yang meningkatkan prestasi. Ini merupakan perbezaan penting antara jet pejuang awal (F-86, dan lain-lain) dengan yang berikutnya seperti F-5.
[sunting] 1953-kini
- Canada
- Avro CF-100
- Avro Arrow
- Europe
- Panavia Tornado
- Eurofighter Typhoon
- France
- Dassault Super Étendard
- Dassault Mirage III
- Dassault Mirage F1
- Dassault Mirage 2000
- Dassault Rafale
- Japan
- Mitsubishi F-2
- U.S.
- North American F-100 Super Sabre
- Republic F-105 Thunderchief
- Convair F-106 Delta Dart
- Douglas F5D Skylancer
- Northrop F-5 Freedom Fighter
- Lockheed F-104 Starfighter
- F-111 Aardvark
- RF-101 Voodoo
- F-4 Phantom II
- F-14 Tomcat
- F-15 Eagle
- F-16 Fighting Falcon
- F-117 Nighthawk
- F/A-18 Hornet
- F-20 Tigershark
- F-21 Kfir
- U.S.S.R
- Mikoyan-Gurevich MiG-19
- Mikoyan-Gurevich MiG-21
- Mikoyan-Gurevich MiG-23
- Mikoyan-Gurevich MiG-25
- Mikoyan-Gurevich MiG-29
- Sukhoi Su-24
- Sukhoi Su-27
- Sweden
- Saab Draken
- Saab Viggen
- Saab Gripen
- United Kingdom
- English Electric Lightning
- Hawker Siddeley Harrier
- Yugoslavia
- Soko J-1 Jastreb
- Soko J-22 Orao
[sunting] Rekabentuk masa depan, Ujian, baru diperkenalkan
- U.S.
- U.S. and U.K.
- F-35 Joint Strike Fighter
- Russia
- MiG-35
- Su-47
- India
- HAL Tejas
- Su-30MKI
- France
- Dassault Neuron
- China
- J-10
- Pakistan and China
- JF-17