Persatuan Bola Sepak Malaysia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Ditubuhkan | 1933 |
---|---|
Afiliasi FIFA | 1956 |
Afiliasi AFC | 1954 |
Presiden | |
HRH Sultan Ahmad Shah |
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan organisasi yang mengawalselia kegiatan bola sepak di Malaysia. Pejabatnya terletak di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FAM merupakan ahli kepada Gabungan Bola Sepak Asia dan FIFA. Presidennya sekarang ialah Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah.
Senarai kandungan |
[sunting] Sejarah
[sunting] Awal 1920-an
Seperti mana dunia bola sepak yang lain, penyebaran permainan bola sepak juga berkait rapat dengan migrasi koloni ideologi British.
Adalah dipercayai permainan pertama di Semenanjung Malaysia pada awal 1800-an sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan orang luar adalah tinggi di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor and Negeri Sembilan.
[sunting] 1951, Tunku Abdul Rahman Al-Haj menjadi presiden
Dalam tahun 1951, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Perdana Menteri Malaysia yang pertama - telah menjadi Presiden.
[sunting] Tahun-tahun di antara 1974 hingga 1984
Dalam tahun 1974, pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua - Tun Abdul Razak Haji Hussein, yang telah berkhidmat hanya setahun.
Kedudukan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah dalam tahun 1976, pada masa itu merupakan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.