Pasitan Sepanyol
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Ketika Zaman Pertengahan, Pasitan Sepanyol (Inggeris: Spanish Inquisition) merupakan satu institusi soal siasat yang mempunyai duluan dalam pasitan lain. Penaklukan semula Sepanyol dari orang-orang Moor menyebabkan Sepanyol mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama dengan komuniti Muslim dan Yahudi yang besar. Namun keganasan anti-Yahudi terjadi hingga menyebabkan orang Yahudi memeluk Kristian Katolik beramai-ramai. Keikhlasan sesetengah pemeluk baru ini diragui dan Dekri Alhambra pada 1492 mengarahkan semua orang Yahudi untuk berpindah, hingga kira-kira 40,000 orang Yahudi berpindah.
[sunting] Sumber
- Encyclopedia Britannica