Michael Jackson
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Michael Jackson | ||
---|---|---|
Imej:Michael Jackson 1984 png edit.png |
||
Latar belakang | ||
Nama lahir | Michael Joseph Jackson | |
Juga dikenali sebagai | Michael Joe Jackson | |
Lahir | 29 Ogos 1958 (umur 49) | |
Asal | ![]() |
|
Genre | Pop, R&B[1] | |
Pekerjaan | Singer-songwriter Penerbit rekod Penyusun muzik Pelakon |
|
Alat muzik | Penyanyi Piano Dram Keyboards Gitar Pelbagai alat |
|
Tahun aktif | 1968–kini | |
Label | Motown Epic Sony The Michael Jackson Company, Inc. |
|
Pihak berkenaan |
The Jackson 5 | |
Laman web | michaeljackson.com |
Michael Joseph Jackson (lahir 29 Ogos 1958), sering dikenali sebagai MJ dan "Raja Pop", ialah pemuzik, penghibur, dan ikon pop dari Amerika Syarikat yang menjadikan kejayaan kerjaya dan hidup peribadi yang penuh kontroversi sebagai sebagai sebahagian budaya pop selama 40 tahun.
Michael Jackson dipandang sebagai salah seorang penghibur terhebat dan artis rakaman paling popular dalam sejarah, dengan mempamerkan teknik-teknik fizikal yang rumit, seperti tarian robot dan moonwalking yang telah membentuk muka hiburan dan tarian popular. Kejayaan beliau dalam industri muzik termasuklah revolusi video muzik,[2] mencatatkan keluaran dan jualan album berprofil tinggi sebagai trend baru untuk syarikat rakaman untuk mengaut untung,[3] mendominasi muzik pop sepanjang 1980-an,[4] dan menjadi penghibur berkulit hitam yang meraih bilangan peminat yang besar di MTV sambil melariskan saluran muzik yang muda ketika itu.[5] Gaya, pergerakan dan vokal beliau yang amat unik telah memberi ilham dan pengaruh, serta melahirkan satu generasi penuh dengan artis-artis hip hop, pop, dan R&B. Belaiu secara simboliknya digelar "Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman" oleh Guinness World Records.[6]
Jackson memulakan kerjaya menyanyi pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Belaiu mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971, sementara masih bersama kumpulan tersebut.[7] Dalam karier solo beliau, Jackson merakam dan menerbit album yang terlaris dijual sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan sedunianya mencecah 104 juta.[8] Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy[9] dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak kali mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.[10] Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah menjual lebih 750 juta unit seluruh dunia,[11] menjadikan Jackson salah seorang artis muzik yang paling laris jualannya sepanjang zaman.
Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.
Senarai kandungan |
[sunting] Lagu-lagu
[sunting] Single #1 di AS (13)
- 1972: "Ben"
- 1979: "Don't Stop 'Til You Get Enough"
- 1980: "Rock with You"
- 1983: "Billie Jean"
- 1983: "Beat It"
- 1983: "Say Say Say" (dengan Paul McCartney)
- 1987: "I Just Can't Stop Loving You"
- 1987: "Bad"
- 1987: "The Way You Make Me Feel"
- 1988: "Man in the Mirror"
- 1988: "Dirty Diana"
- 1991: "Black or White"
- 1995: "You Are Not Alone"
[sunting] Single #1 di negara terpilih
[sunting] Album
[sunting] Album studio
- Keluaran Motown
- 1971: Got to Be There
- 1972: Ben
- 1973: Music and Me
- 1975: Forever, Michael
- Keluaran Epic
- 1979: Off the Wall
- 1982: Thriller
- 1987: Bad
- 1991: Dangerous
- 1995: HIStory
- 1997: Blood on the Dance Floor: HIStory in the Mix
- 2001: Invincible
- keluaran The Michael Jackson Company, Inc.
- 2007: |TBA
[sunting] Rujukan dan nota
- ↑ Michael Jackson: Overview. All Music Guide. Dicapai pada 2006-11-11.
- ↑ Michael Jackson. vh1.com. Dicapai pada 2007-02-22.
- ↑ Michael Jackson. msn.com. Dicapai pada 2007-03-14.
- ↑ Michael Jackson. real.com. Dicapai pada 2007-03-14.
- ↑ Why Are Michael Jackson's Fans So Devoted?. abcnews.com. Dicapai pada 2007-04-06.
- ↑ Jackson receives his World Records. Yahoo! News. (November 14 2006). Dicapai pada 2006-11-16.
- ↑ History: 1970s. Michael Jackson's official website. Dicapai pada 2006-11-11.
- ↑ Jacko's Back!. MTV UK. (November 16 2006). Dicapai pada 2006-11-19.
- ↑ Grammy Winners Search. Grammy's official website. Dicapai pada 2006-11-11.
- ↑ The Return of the King of Pop. accesshollywood.com. Dicapai pada 2007-03-14.
- ↑ World Music Awards lowdown. LA Times. (November 15 2006). Dicapai pada 2007-05-03.