Majeedah Bolkiah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah (lahir 16 Mac 1976) merupakan anak keempat kepada Hassanal Bolkiah dan isterinya, Pengiran Anak Saleha.
Puteri Majeedah mempunyai a BA (Hons) Administration and Public Policy daripada Universiti Brunei Darussalam. Beliau turut memiliki Master dalam Pembangunan Persekitaran daripada King’s College of the Universiti London.
Puteri Majeedah kini merupakan Pegawai Persekitaran Kanan dan Ketua Jabatan Pengurusan dan Perancangan, Taman dan Rehlah, satu agensi dalam Kementerian Pembangunan. Salah satu tugas Jabatan Pengurusan dan Perancangan adalah bagi menilai Lapuran Penilaian Kesan Persekitaran bagi Pembanginan Tapak Industri Sungai Liang. Majeedah telah menyelia beberapa projek yang berjaya, termasuk Forum Pemuda ASEAN berkenaan Alam Semulajadi, yang diadakan 8 Januari, 2007.
Majeedah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tugas Khas di unit Alam Semulajadi (Environmental Unit), satu seksyen bagi Kementerian Pembangunan bertanggung jawab bagi hal-ehwal strategi dan polisi alam sekitar, pada 11 Februari, 2002. Antara hasil penulisan beliau termasuk: Environmental Management Guidelines for Quarry Activity; dan Position Paper on Brunei’s Accession to the Basel Convention to Control the Disposal and Transboundary Movement of Hazardous Wastes.
[sunting] Perkahwinan
Pada 10 Jun 2007, Puteri Majeedah berkahwin dengan Khairul Khalil. Khairul dianugerahi gelaran kerabat YAM Pengiran Anak