Liga Perdana 2007-08
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Musim Liga Perdana 2007–08 Barclays merupakan kali ke-16 semenjak penubuhannya. Perlawanan pertama musim terebut telah dimainkan pada 11 Ogos 2007, dan musim ini dijadualkan akan berakhir pada 11 Mei 2008. Manchester United merupakan juara bertahan, telah memenangi Liga Perdana buat kali kesembilan dan johan liga kali ke-16 secara keseluruhan. Penjaring gol pertama pada musim ini adalah Michael Chopra, yang telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 bagi Sunderland melawan Tottenham pada tendangan kick-off awal.[1] Kad merah pertama pada musim ini telah diberikan pada pemain Reading, Dave Kitson setelah melakukan kesalahan ke atas Patrice Evra pada perlawanan pembukaan ke atas Manchester United.