Kepala
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dalam anatomi, kepala adalah bahagian rostral (menurut istilah lokasi anatomi) yang biasanya terdiri dari otak, mata, telinga, hidung, dan mulut (yang kesemuanya membantu pelbagai fungsi pengesan seperti penglihatan, pendengaran, hidu, dan sentuhan). Beberapa haiwan yang sangat sederhana tidak memiliki kepala, tetapi haiwan yang berbentuk simetri bilateral lazimnya memiliki kepala.