Jerebu
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Senarai kandungan |
[sunting] Indeks Pencemaran Udara
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Nilai IPU | Kualiti udara |
---|---|
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak sihat |
201 - 300 | Sangat tidak sihat |
301 - 400 | Berbahaya |
401 - 500 | Sangat berbahaya |
Lebih 501 | Darurat |
[sunting] Masalah kesihatan
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
[sunting] Jerebu di Asia Tenggara
Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.
Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.[2][3]
Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi.
[sunting] Rujukan
- ↑ Kamus Dewan DBP. Jerebu. Diperolehi pada 4 Mac 2007.
- ↑ Utusan Malaysia. 2 tempat darurat -- IPU di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang melepasi 500.
- ↑ Bernama. IPT Diarah Tangguh Semua Kuliah Jika IPU Melebihi 400.
[sunting] Pautan luar
- (Melayu) Bacaan IPU di Malaysia
- (Melayu) Jerebu, Petunjuk Kebersihan Atmosfera Kita
- (Inggeris) STOPHAZE! Campaign
- (Inggeris) HazeOnline