IRC
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
- Bersembang dalam IRC bersama penyunting Wikipedia di #Wikipedia.
IRC (Internet Relay Chat, harfiah Sembang Geganti Internet) ialah sebuah bentuk sembang maya di Internet yang mana penghuninya boleh berbual dengan menaip pada papan kekunci. IRC mendapat sambutan pada suatu ketika dahulu. Pada hari ini, pelbagai khidmat mesej pantas yang merupakan alternatif kepada IRC lebih diminati oleh pengguna baru.
Terdapat beribu-ribu saluran IRC yang meliputi pelbagai tajuk. Seseorang itu dapat menyertai kumpulan perbincangan di salah satu daripada ribuan saluran IRC, di salah satu daripada ratusan jaringan IRC, atau sekadar berbual secara peribadi bersama keluarga atau kawan, di mana saja mereka berada. Terdapat pelbagai ragam dan minat manusia, idea, dan isu di dalam IRC.
[sunting] Pelanggan IRC
Untuk menyertai IRC, seseorang perlu menggunakan atur cara pelanggan IRC. Kesemua pelanggan adalah bersambung antara satu sama lain dan menghantar mesej dari pengguna kepada pengguna yang lain di dalam jaringan IRC. Antara pelanggan IRC yang paling popular dalam Windows ialah mIRC.
[sunting] Pautan luar
- (Melayu) Pengenalan IRC dan mIRC
- (Melayu) Panduan penggunaan mIRC
- (Indonesia) Pengenalan IRC untuk pengguna baru