Fujian
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
ç¦å»ºçœ Fújià n ShÄ›ng This infobox describes only the PRC-administered Fujian province |
|
Singkatan: é—½ (Pinyin: MÇn) | |
![]() |
|
Asal-usul nama | ç¦ fú - Fuzhou 建 jià n - Jian'ou |
Jenis pentadbiran | Wilayah |
Pusat pentadbiran (dan bandaraya terbesar) |
Fuzhou |
Setiausaha Jwk CPC | Lu Zhangong |
Gabenor | Huang Xiaojing |
Luas | 121,4001 km² (23) |
Populasi (2004) - Kepadatan |
35,110,0001 (18) 289/km² (14) |
KDNK (2004) - per kapita |
CNY 605.3 bilion (11) CNY 17,200 (7) |
HDI (2005) | 0.784 (sederhana) (9th) |
Bangsa-bangsa utama | Han - 98% She - 1% Hui - 0.3% |
Peringkat prefektur | 9 bahagian |
Peringkat daerah | 851 bahagian |
Peringkat perbandaran†| 11071 bahagian |
ISO 3166-2 | CN-35 |
Lamanb web rasmi http://www.fujian.gov.cn (Cina) Templat:Addrow 1Ini merupakan perangkaan rasmi PRC. Quemoy disertakan sebagai sebuah mukim dan Matsu saebagai sebuah perbandaran. |
|
Sumber untuk data populasi dan GDP:
Sumber untuk data bangsa-bangsa:
《2000年人å£æ™®æŸ¥ä¸å›½æ°‘æ—人å£èµ„料》 Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000
†Seperti pada 31 Disember 2004ISBN 7105054255 |
Fujian? (bahasa Cina: ç¦å»º; pinyin: Fújià n; Ejaan peta pos: Fukien, Foukien; transliterasi tempatan Hokkien dari Min Nan atau bahasa Taiwan Hok-kià n) ialah salah sebuah wilayah di pesisiran pantai tenggara China. Fujian bersempadan dengan Zhejiang di utara, Jiangxi di barat, dan Guangdong di selatan. Pulau Taiwan terletak di timurnya, menyeberangi Selat Taiwan. Nama Fujian dicipta sewaktu Dinasti Tang, berasal daripada gabungan Fuzhou dan Jian'ou, dua buah kota di Fujian.
Kebanyakan tanah Fujian ditadbir oleh Republik Rakyat China (PRC). Sementara itu, kepulauan Kinmen (dahulunya dikenali sebagai Quemoy) (bahasa Cina: 金門; pinyin: JÄ«nmén) dan Matsu (bahasa Cina: 馬祖; pinyin: MăzÅ) di bawah kawalan Republik China (ROC) yang bertapak di Taiwan. Maka, secara de facto terdapat dua wilayah yang sama nama (dari segi pertubuhan kerajaan). Nama kedua-dua pihak ini dipaparkan dalam sistem perumian bahasa Mandarin yang berbeza. Pihak PRC mengeja nama wilayah ini dalam Hanyu Pinyin, iaitu "Fujian", manakala pihak ROC mengejanya dalam Tongyong Pinyin, Wade-Giles dan ejaan peta pos, iaitu masing-masing "FuJian", "Fuchien" dan "Fukien".
Kewujudan dua kerajaan wilayah Fujian yang selari ini merupakan satu kesan Perang Saudara China. Setelah kehilangan tanah besar China (termasuk kebanyakan kawasan Fujian) kepada pihak komunis pada tahun 1949, Republik China (ROC) berundur ke Taiwan sambil mengekalkan kuasanya terhadap sebilangan kecil pulau-pulau luar pesisir Fujian. Sejak itu, pihak PRC (tanah besar) dan ROC (Taiwan) selama ini mengekalkan kerajaan wilayah yang berasingan untuk Fujian. Rencana ini lebih cenderung kepada kawasan Fujian di bawah pentadbiran PRC; lihat Fujian (Republik China) untuk meklumat lanjut mengenai wilayah Fujian ROC.
Fuzhou merupakan ibu wilayah Fujian di bawah kawalan PRC manakala Kinmen dijadikan pusat pentadbiran wilayah Fujian ROC, namun secara amali kebanyakan kuasa di Fujian kawalan ROC ditugaskan kepada daerah-daerah Kinmen dan Kepulauan Matsu.
[sunting] Pembahagian pentadbiran
Republik Rakyat China mengawal kebanyakan kawasan wilayah ini, dan membahagikannya kepada sembilan bahagian peringkat prefektur, kesemuanya bandaraya peringkat prefektur:
- Fuzhou (Cina Ringkas: ç¦å·žå¸‚; Hanyu Pinyin: FúzhÅu Shì)
- Xiamen (厦门市 Xià mén Shì)
- Zhangzhou (漳州市 ZhÄngzhÅu Shì)
- Quanzhou (泉州市 QuánzhÅu Shì)
- Sanming (三明市 SÄnmÃng Shì)
- Putian (莆田市 Pútián Shì)
- Nanping (å—平市 NánpÃng Shì)
- Longyan (龙岩市 Lóngyán Shì)
- Ningde (å®å¾·å¸‚ NÃngdé Shì)
Kesemua bandaraya peringkat prefektur kecuali Longyan, Sanming, dan Nanping terletak di sepanjang pantai.
Kesemua sembilan bahagian peringkat prefektur dibahagikan kepada 85 bahagian peringkat daerah (26 daerah, 14 perbandaran peringkat daerah, dan 45 mukim), dan dibahagikan lagi kepada 1107 bahagian peringkat bandar (605 bandar, 328 perbandaran, 18 perbandaran etnik, dan 156 subdaerah). Peringatan: inilah merupakan perangkaan rasmi PRC. Maka, Quemoy termasuk sebagai salah satu daripada 45 mukim dan Matsu sebagai salah satu daripada 334 perbandaran.
Mukim Quemoy dikawal oleh bandaraya peringkat prefektur Quanzhou atas nama, tetapi sebenarnya sedang ditadbir secara keseluruhan oleh Republik China di Taiwan. Mukim Lianjiang yang ditadbir PRC di bawah perundangan bandaraya peringkat prefektur Fuzhou, merangkumi Kepulauan Matsu atas nama, tetapi Matsu sebenarnya dikawal Republik China di Taiwan yang mentadbir Matsu sebagai Mukim Lienchiang (nama yang sama tetapi berbeza perumiannya).
[sunting] Pautan luar
- Galeri Foto Gunung Wuyi
- Galeri Foto Xiamen
- Galeri Foto Fu Zhou
- Galeri Foto Pulau Mei Zhou, Pu Tian
- Galeri Foto De Hua
- Galeri Foto Nan An
- Galeri Foto Quan Zhou
- Galeri Foto Zhang Zhou
- Galeri Foto Kampung Nanjing, Nanjing (wilayah Fujian)
- (Cina)Kerajaan Wilayah Rakyat Fujian PRC
- Fujian International: Laman web niaga dengan pengenalan kepada wilayah ini
- Guide to Fujian Province
- Peta besar Fujian
|
||
---|---|---|
Wilayah | Anhui · Fujian · Gansu · Guangdong · Guizhou · Hainan · Hebei · Heilongjiang · Henan · Hubei · Hunan · Jiangsu · Jiangxi · Jilin · Liaoning · Qinghai · Shaanxi · Shandong · Shanxi · Sichuan · Taiwan1 · Yunnan · Zhejiang | ![]() |
Kawasan autonomi | Guangxi · Mongolia Dalam · Ningxia · Tibet (Xizang) · Xinjiang | |
Kawasan perbandaran | Beijing · Chongqing · Shanghai · Tianjin | |
Kawasan pentadbiran khas | Hong Kong · Macau | |
1 Dituntut oleh Republik Rakyat China, tetapi kini ditadbir Republik China. Lihat juga Status politik Taiwan. |