Franklin Delano Roosevelt
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Franklin Delano Roosevelt | |
![]() |
|
|
|
---|---|
Dalam pejabat 4 Mac 1933 – 12 April 1945 |
|
Naib Presiden | John N. Garner (1933-1941), Henry A. Wallace (1941-1945), Harry S. Truman (1945) |
Didahului oleh | Herbert Hoover |
Digantikan oleh | Harry S. Truman |
|
|
Lahir | 30 Januari 1882 Taman Hyde, New York |
Meninggal | 12 April 1945 Warm Springs, Georgia |
Warganegara | american |
Parti politik | Parti Demokrat |
Pasangan | Eleanor Roosevelt |
Agama | Episkopal |
Tandatangan | ![]() |
Franklin Delano Roosevelt (30 Januari 1882 – 12 April 1945) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-32 yang berkhidmat antara tahun 1933 hingga tahun 1945, setelah dipilih sebanyak empat kali. Beliau merupakan Presiden yang tunggal untuk berkhidmat melebihi dua tempoh. Seorang tokoh utama dalam abad ke-20, beliau telah ditempatkan sebagai salah satu daripada tiga Presiden Amerika Syarikat yang terutama oleh tinjauan-tinjauan kesarjanaan.
Semasa Zaman Meleset pada dekad 1930-an, Roosevelt mewujudkan Tawaran Baru untuk memberi bantuan kepada penganggur-penganggur, serta untuk memulihkan ekonomi, dan membaharui sistem ekonomi. Warisan-warisannya yang paling terkenal termasuk sistem Keselamatan Sosial dan pengawalan Wall Street. Penggunaan kerajaan persekutuan yang aktif secara agresif memberi tenaga semula kepada Parti Demokratnya. Gabungan Tawaran Baru yang ditubuhnya menguasai politik Amerika sehingga dekad 1960-an. Bersama dengan isterinya, Eleanor, Roosevelt masih merupakan batu uji untuk liberalisme Amerika.
Pihak-pihak konservatif melawan balik, tetapi Roosevelt dapat mengatasi mereka dengan tekal sehingga 1937, ketika beliau mencuba meluluskan rang undang-undang untuk memberi kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk melantik seorang Hakim Mahkamah Agung tambahan bagi setiap hakim melebihi 70 tahun dan 6 bulan yang mengadili perbicaraan. Cadangan itu merupakan gerak balas terhadap Mahkamah Agung yang telah menterbalikkan banyak daripada langkah-langkah Tawaran Baru. Gabungan Konservatif yang baru kemudian berjaya mengakhiri pengembangan Tawaran Baru, dan menamatkan banyak rancangan seperti WPA ketika perang bermula.
Selepas tahun 1938, Roosevelt memimpin negaranya daripada faham pemencilan ketika dunia menuju ke arah Perang Dunia II. Beliau memberi banyak sokongan kepada Winston Churchill dan usaha perang British sebelum serangan Pelabuhan Pearl menolak Amerika Syarikat ke dalam pertempuran. Semasa peperangan, Roosevelt yang bekerja dengan rapat dengan pembantunya, Harry Hopkins, membekalkan pimpinan yang tegas terhadap Jerman Nazi dan menjadikan Amerika Syarikat sebagai pembekal senjata utama dan pembiaya kepada Pihak Berikat yang menewaskan Jerman, Itali, dan Jepun. Roosevelt menurunkan 16 juta orang askar ketika Amerika Syarikat menjadi Gudang Senjata Demokrasi.
Di dalam negara, tempoh Roosevelt memperlihatkan keakhiran pengangguran, pengembalian kemakmuran, cukai-cukai dan kawalan-kawalan baru yang penting, 120,000 orang Jepun dan Amerika-Jepun dihantar ke kem-kem penempatan semula, serta peluang-peluang baru yang dibuka kepada orang-orang Amerika Afrika dan wanita-wanita. Ketika Pihak Berikat hampir mencapai kemenangan, Roosevelt memainkan peranan yang penting untuk membentuk dunia selepas perang, khususnya melalui Persidangan Yalta, dan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Roosevelt meninggal dunia pada hari sebelum kemenangan dalam Perang Dunia II dan diwarisi oleh Naib Presiden Harry S. Truman.
Pentadbiran Roosevelt mentakrifkan semula istilah liberalisme untuk generasi-generasi yang berikut dan menjajarkan semula Parti Demokrat, berdasarkan gabungan Tawaran Barunya, pada buruh, minoriti etnik dan ras, Selatan, jentera-jentera bandar raya, serta orang-orang miskin.
[sunting] Pautan luar
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Franklin Delano Roosevelt |
- Biografi Rumah Putih Presiden Roosevelt
- Rumah FDR: Taman Hyde, New York
- Pulau Campobello: Tempat Kediaman Musim Panas FDR
- Warm Springs GA: Tempat Mencari Ketenangan FDR
- Tugu Peringatan FDR, Washington DC
- Perpustakaan dan Muzium Presiden Franklin D. Roosevelt
- Arkib kartun FDR
[sunting] Ucapan dan petikan: audio dan transkrip
- Petikan Roosevelt yang terkenal
- Projek Kepresidenan Amerika di Universiti California, Santa Barbara
- Rakaman-rakaman Rumah Putih Rahsia Roosevelt melalui Universiti Virginia
- FDR - Keratan video Hari Keaiban (2 minit)
- Keratan audio untuk ucapan-ucapan
- Ucapan Perdana Pertama melalui Universiti Yale
- Ucapan Perdana Kedua melalui Universiti Yale
- Ucapan Perdana Ketiga melalui Universiti Yale
- Ucapan Perdana Keempat melalui Universiti Yale
- Ucapan "Menyesakkan" Mahkamah, 9 Mac 1937
- Ucapan kelas tamatan Universiti Virginia (ucapan "Tikaman dari belakang"), 10 Jun 1940
[sunting] Lain-lain
- IPL POTUS — Franklin Delano Roosevelt
- Ensiklopedia Amerikana: Franklin D. Roosevelt
- Arkib kartun politik daripada kepresidenan Franklin D. Roosevelt
- Warm Springs dan Rawatan Polio FDR
- FDR di Persidangan Atlantik
- Pautan-pautan Franklin D. Roosevelt
- Mengenai visi progresif Franklin Roosevelt daripada Institusi Roosevelt, sebuah kumpulan pemikir pelajar yang diilhami sebahagiannya oleh Franklin Roosevelt.
- Projek Gutenberg: Karya-karya oleh Franklin D. Roosevelt
Presiden-presiden Amerika Syarikat | ![]() |
---|---|
Washington • J Adams • Jefferson • Madison • Monroe • JQ Adams • Jackson • Van Buren • W Harrison • Tyler • Polk • Taylor • Fillmore • Pierce • Buchanan • Lincoln • A Johnson • Grant • Hayes • Garfield • Arthur • Cleveland • B Harrison • Cleveland • McKinley • T Roosevelt • Taft • Wilson • Harding • Coolidge • Hoover • F Roosevelt • Truman • Eisenhower • Kennedy • L Johnson • Nixon • Ford • Carter • Reagan • GHW Bush • Clinton • GW Bush |