Ferdinand Marcos
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Ferdinand Marcos | |
![]() |
|
Presiden Filipina ke-10
Presiden ke-6 bagi Republik ke-3 Presiden pertama bagi Republik ke-4 |
|
---|---|
Dalam pejabat 30 Disember 1965 – 25 Februari 1986 |
|
Naib Presiden | Fernando Lopez (1965-1972) Arturo Tolentino (1986) |
Didahului oleh | Diosdado Macapagal |
Digantikan oleh | Corazon Aquino |
Perdana Menteri Filipina ke-3
Perdana Menteri bagi Pemerintahan Diktator ke-2 |
|
Dalam pejabat 12 Jun 1978 – 30 Jun 1981 |
|
|
|
Lahir | 11 September 1917 Sarrat, Ilocos Norte |
Meninggal | 28 September 1989 Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat |
Parti politik | Parti Nacionalista (1965-1978) Kilusang Bagong Lipunan (1978-1986) |
Pasangan | Imelda Romualdez |
Agama | Roman Katolik (dahulu: Aglipayan) |
Tandatangan | ![]() |
Ferdinand Emmanuel Edralín Marcos (11 September 1917 – 28 September 1989) ialah presiden Filipina ke-10 yang berkhidmat antara tahun 1965 hingga tahun 1986. Pada tahun 1972, beliau mengisytiharkan pemerintahan tentera untuk membenarkan diri terus memegang kuasa sehingga memansuhkannya pada tahun 1981. Beliau dipilih semula pada tahun yang sama tetapi tempoh yang baru ini telah digagalkan oleh persoalan kesihatan peribadi, salah pengurusan politik, pencabulan hak asasi manusia, dan rasuah yang menular. Pada tahun 1986, Marcos dipilih semula buat kali keempat dalam sebuah pilihan raya kilat, akan tetapi pilihan raya ini dipertikaikan dan beliau kemudian disingkirkan dari jawatannya secara aman melalui "Kuasa Rakyat" (Revolusi EDSA).
Bagaimanapun, Marcos merupakan seorang tokoh yang unggul kerana menjadi Presiden Senat terakhir yang dipilih ke jawatan presiden serta presiden pertama untuk dipilih selama dua tempoh berturut-turut.
[sunting] Kehidupan awal
Ferdinand Marcos dilahirkan di Sarrat, Ilocos Norte kepada Mariano Marcos, seorang peguam yang merupakan wakil rakyat untuk Ilocos Norte, dan Josefa Quetulio Edralín, seorang guru. Dia adalah anak kedua dalam sebuah keluarga empat adik-beradik yang berketurunan campuran Filipina (Ilocano), Cina, dan Jepun. Marcos belajar di sekolah kerajaan, bermula daripada sekolah rendah di Sekolah Pusat Sarrat, dipindahkan ke Sekolah Rendah Shamrock (Laoag), dan akhirnya menghabiskan pendidikan sekolah rendahnya pada tahun 1929 di Sekolah Rendah Ermita (Manila) apabila ayahnya dipilih sebagai wakil rakyat untuk Kongres Filipina.
Marcos berkhidmat sebagai Leftenan Ketiga di Pasukan Konstabel Simpanan Filipina (polis negara) pada tahun 1937. Pada tahun yang sama, ketika dia masih merupakan pelajar undang-undang di Universiti Filipina, dia didakwa membunuh Ahli Kongres Julio Nalundasan, salah satu pesaing politik yang akan bertanding dengan ayahnya dalam pilihan raya yang akan datang, dan disabit bersalah pada November 1939. Bagaimanapun, dia ditawarkan pengampunan oleh Presiden Manuel Quezon, telah menolakkannya dan kembali secara rela ke Penjara Provinsi Laoag di mana dia menghabiskan masa untuk menyediakan pembelaan diri semasa belaar untuk peperiksaan undang-undang.
Marcos diterima menjadi peguam dan diberikan kebenaran untuk merayu terhadap kes sendiri di mana dia mengemukakan alasan yang cukup meyakinkan kepada Mahkamah Agung Filipina dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh pada tahun yang berikut oleh Hakim Bersekutu Jose P. Laurel. Di Universiti Filipina, Marcos merupakan ahli Upsilon Sigma Phi.
Pada tahun 1954, selepaspercintaan mendadak selepas 11 hari, Marcos berkahwin dengan ratu cantik Imelda Romualdez yang kemudian membantunya dengan amat berjaya untuk menjalankan kempen-kempen untuk jawatan presiden. Mereka dikurniakan dengan empat orang anak: Imee Marcos (ahli Kongres untuk Ilocos Norte), Ferdinand "Bongbong" Marcos, Jr. (gabenor Ilocos Norte), Irene Marcos (sosialit), dan anak angkat perempuan, Aimee Marcos (usahawan dan ahli muzik).
Pada tahun 2004, sebuah akhbar Sydney mengatakan bahawa Marcos dan seorang peragawati pakaian renang mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan pada tahun 1971. [1]
[sunting] Rujukan
- Ferdinand, Marcos (1973). tajuk: Notes on the New Society of the Philippines (Nota-nota mengenai Masyarakat Baru Filipina).
- Primitivo, Mijares (1976). tajuk: The Conjugal Dictatorship of Ferdinand Marcos and Imelda Marcos (Pemerintahan Diktator Suami Isteri Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos).
[sunting] Pautan luar
- Laman web Kerajaan Filipina – mengenai presiden-presiden negara
- Biografi Ferdinand Marcos
- Tak Mungkin Sekali Lagi: Kesan-kesan pemerintahan diktator Marcos – laman web yang kritis terhadap tempoh pemerintahan tentera serta rejim Marcos, dan yang menyenaraikan penyalahgunaan kuasa oleh tentera serta kekayaan Marcos yang diperoleh secara haram.
- Pencuri: Detik-detik Agung Marcos – rencana yang kritis terhadap pembicaraan rasuah Marcos
- Projek Jawatan Presiden Filipina
- Laman web rasmi Yayasan Marcos
- Berita Inquirer: Rencana mengenai tinjauan terkini terhadap pengadaran prestasi presiden yang lalu
- Transparency Internasional: 10 Ketua Negara Yang Paling Korup
- Kumpulan Google: Obituari
Didahului oleh: Pedro A. Albano |
Wakil, Daerah ke-2 Ilocos Norte 1949–1959 |
Diikuti oleh: Simeon M. Valdez |
Didahului oleh: Eulogio Rodriguez |
Presiden Senat Filipina 1963–1965 |
Diikuti oleh: Arturo M. Tolentino |
Didahului oleh: Diosdado Macapagal |
Presiden Filipina 1965–1986 |
Diikuti oleh: Corazon Aquino |
Didahului oleh: Ditempatkan semula |
Perdana Menteri Filipina 1978–1981 |
Diikuti oleh: Cesar Virata |
Daftar Presiden Filipina |
![]() |
Aguinaldo | Quezon | Osmeña | Laurel | Roxas | Quirino | Magsaysay | Garcia | Macapagal | Marcos | Aquino | Ramos | Estrada | Arroyo |