Dunia Baru
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Dunia Baru ialah satu nama yang digunakan untuk menggelar rantau Amerika. Apabila istilah ini timbul pada akhir abad ke-15, benua-benua Amerika agak baru kepada orang Eropah yang mula-mulanya menyangka bahawa dunia hanya terdiri daripada Eropah, Asia, dan Afrika (iaitu Dunia Lama). Istilah "Dunia Moden" tidak wajar disamakan dengan "dunia moden"; dunia moden secara amnya memaksudkan suatu zmaan sejarah, bukan sebuah tanah benua.
[sunting] Asal-usul
Pada tahun 1493, Christopher Columbus kembali ke Eropah dari pelayaran sulung beliau ke rantau Amerika, dan pada 1 November tahun yang sama Peter Martyr d'Anghiera dalam sehelai surat beliau menggelar Columbus sebagau penemu "Dunia Baru" (novi orbis).[1] Setahun kemuduan dalam sehelai lagi surat, beliau sekali lagi beliau mengungkitkan nama "Dunia Baru" (orbo novo) lagi.[2] In 1516, Martyr published a work who, title began De orbe novo ("On the New World").
Pada tahun 1524, istilah ini juga dipakai oleh Giovanni da Verrazzano dalam satu catatan pelayaran beliau pada tahun itu sepanjang pesisiran kawasan yang menjadi Amerika Syarikat dan Kanada zaman sekarang.[3]
Seseorang boleh menyebut "Dunia Baru" dalam konteks sejarah apabila membincangkan pelayaran Christopher Columbus, Penaklukan Sepanyol di Yucatán, dsb. Keduanya, dalam konteks biologi, seseorang boleh membincangkan spesis Dunia Lama dan Dunia Baru.
Walaupun Amerika sentiasa dipanggil "Dunia Baru", namun Australasia doleh juga disifatkan sebagai "Dunia Baru" bergantung pada lingkungan perbualan. Dalam konteks biologi, Australasia bukan Dunia Baru mahupun Lama, kerana flora dan faunanya ketara bezanya daripada flora dan fauna di Eurasia dan benua Amerika. Wain dari Australia dan New Zealand dipanggil 'Dunia Baru' kerana hanya baru-baru ini berjaya memasuki pasaran Eropah, sekaligus memintas kelarisan wain Perancis dan Sepanyol (terutamanya di UK).
Lama lagi sebelum Columbus, di Eropah, wujudnya banyak legenda mengenai benua-benua Barat di seberang lautan. Adalah dipercayai bahawa ini berpunca daripada hubungan prasejarah dengan Dunia Baru. Contoh-contoh termasuk Ireland Besar Norse atau Hvítramannaland ("Tanah Orang Putih"); "rumah para orang kudus" yang dilawati St. Brendan, Ketua Rahib Cluainfert, yang tercatat dalam Kitab Lismore Ireland; legenda Madoc dari Wales; dan juga kisah Atlantis oleh Plato.
[sunting] Lihat juga
- Abya Yala
- Hemisfera Barat
- Hemisfera Timur
- Australia
- Dunia Lama
- Hipotesis 1421
[sunting] Rujukan
- ↑ O'Gorman, Edmundo (1961). The Invention of America, p. 84.
- ↑ Zerubavel, Eviatar (2003). Terra Cognita: The Mental Discovery of America, p. 72. Citing: Thacher, John B. (1903). Christopher Columbus, vol. 1, p. 62.
- ↑ Verrazzano, Giovanni da (1524). "The Written Record of the Voyage of 1524 of Giovanni da Verrazzano as recorded in a letter to Francis I, King of France, July 8th, 1524". Citing: Wroth, Lawrence C., ed. (1970). The Voyages of Giovanni da Verrazzano, 1524-1528. Yale, pp. 133-143. Citing: a translation by Susan Tarrow of the Cellere Codex.