Drama lipur lara
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Drama lipur lara merupakan karya drama fiksyen bersiri, sama ada di televisyen atau radio. Tempoh siri drama lipur lara biasanya panjang, kadang-kadang boleh menjangkau ratusan episod.
Nama bagi jenis drama ini berlainan mengikut bahasa. Dalam bahasa Indonesia, drama lipur lara dipanggil "sinetron", iaitu singkatan bagi sinema elektronik. Istilah ini dicetuskan oleh Soemardjono.[petikan diperlukan] Dalam bahasa Inggeris pula, drama jenis ini dipanggil "soap opera" (opera sabun) kerana asalnya drama-drama ini ditaja oleh syarikat sabun.[1] Dalam bahasa Sepanyol, drama lipur lara dipanggil "telenovela".
[sunting] Rujukan
- ↑ Bowles, Kate. Soap opera: 'No end of story, ever' dalam The Australian TV Book, (Eds. Graeme Turner and Stuart Cunningham), Allen & Unwin, St Leonards, NSW, 2000. ISBN 1-86508-014-4
[sunting] Lihat juga
- Telenovela