Dewan Undangan Negeri (DUN) N8 Machap
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
N08 Machap merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Machap. Ahli DUN (ADUN) kawasan ini adalah YB Lai Meng Chong[1] .
Senarai kandungan |
[sunting] Kematian ADUN
Pada 15 Mac 2007, Datuk Wira Poh Ah Tiam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap pada waktu itu merangkap Pengerusi Perhubungan MCA negeri disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang ini kerana kegagalan buah pinggangnya berfungsi[2] .
[sunting] Pilihanraya kecil 2007
Suruhanjaya pilihanraya akan menentukan pada hari Rabu 21 Mac 2007 bagi membincangkan pilihanraya kecil di kawasan ini. Pada hari berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka ialah pada 3 April 2007, manakala pengundian pada 12 April 2007 jika ada pertandingan.[3] . Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, bagi tujuan pilihan raya tersebut, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk yang disahkan pada 31 Disember 2006 dan dikemaskinikan sehingga 15 Mac 2007.
Beliau berkata, daftar pemilih tersebut mengandungi 9,623 pemilih iaitu 9,515 pemilih awam dan 108 orang pemilih pos dengan sedikit penurunan berbanding 9,889 pengundi pada pilihan raya umum 2004.[4]
[sunting] Penamaan Calon
Pada hari penamaan calon, akhirnya terdapat pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional(BN) yang diwakili oleh Lai Meng Chong dengan Parti Tindakan Demokratik(DAP) yang diwakili oleh Liou Chen Kuang..[5]
[sunting] Keputusan Pilihanraya
[sunting] Pilihanraya kecil 2007
Nama Calon | Parti | Bilangan Undi | Peratusan |
---|---|---|---|
Lai Meng Chong | (BN MCA) | 5,533 | |
Liou Chen Kuang | (DAP) | 1,452 | |
Jumlah Pengundi | 9,623 | ||
Jumlah yang mengundi | 74.35 | ||
Undi Rosak |
[sunting] Pilihanraya 2004
Nama Calon | Parti | Bilangan Undi | Peratusan |
---|---|---|---|
Poh Ah Tiam | (BN MCA) | 5,847 | |
Liou Chen Kuang | (DAP) | 1,285 | |
Jumlah Pengundi | |||
Jumlah yang mengundi | 7132 | ||
Undi Rosak |
[sunting] Notakaki
- ↑ "BN pertahan kerusi Machap", Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-04-13.
- ↑ "ADUN Machap meninggal dunia", Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-03-16.
- ↑ "Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Machap 3 April", Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-03-22.
- ↑ "Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Machap 3 April", Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-03-22.
- ↑ "Machap uji persediaan BN", Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-04-04.